Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai i10 (2020) Masuk UK Januari Depan, Harga Bermula RM67k
Roda4

Hyundai i10 (2020) Masuk UK Januari Depan, Harga Bermula RM67k

Abang HirataBy Abang Hirata19/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


OGOS lalu, India melancarkan Hyundai Grand i10 Nios yang  ditawarkan pada harga cukup menarik, 4.99 lakh (RM29,190) untuk varian petrol VTVT 1.2L.

Terbaharu pada Januari akan datang, giliran Britain pula memperkenalkan Hyundai i10, tetapi perbezaan harga begitu ketara. Varian aras mula, i10 SE 1.0 MPi dengan transmisi manual dijual pada harga £12,495 (RM67,570). Kenapa berbeza? Ini kerana spesifikasi Britain (UK Spec) lebih lengkap supaya dapat menarik perhatian pengguna segmen-A yang sengit di negara itu.

BACA >>> #PanduUji: Kia Picanto (2013)

Hyundai menawarkan pelbagai ciri unik berbanding pesaing lain dalam kelas sama dan menumpukan kepada teknologi, konektiviti dan ciri keselamatan canggih. Menariknya, i10 spesifikasi Britain menawarkan konfigurasi 5-kerusi berbanding 4-kerusi untuk kebanyakan model segmen-A lain.

Malah varian aras mula i10 SE dengan enjin 1.0 MPi dan transmisi manual dilengkapi ciri standard canggih seperti:

  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAA)
  • Sistem Amaran Pelanggaran Depan (FCWS) dengan Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Sistem Amaran Tukar Lorong dengan LKA
  • eCall untuk panggilan kecemasan automatik apabila berlaku kemalangan serius
  • Kawalan Jelajah.
  • Bantuan Lampu Suluh Tunggi (HBA)

Selain varian standard di atas, i10 juga ada dua varian lebih premium, iaitu SE Connect dan Premium.

i10 SE Connect diberikan paparan skrin sentuh 8 inci, kamera undur, langganan percuma Apple CarPlay dan Android Auto dan fungsi aktif suara Bluetooth. i10 Premium pula mempunyai lampu utama halogen dwi-fungsi, lampu siang (DRL) LED, lampu kabus dan cermin privasi. Bahagian dalaman dilengkapi fungsi pemanas pada kerusi depan dan stereng.

Selain enjin 3-silinder 1.0 MPi berkuasa 65hp, i10 turut menawarkan opsyen enjin 4-silinder 1.2 MPi berkuasa 82hp. Pengguna juga ada pilihan kotak gear AMT untuk kedua-dua varian enjin.

SE Connect 1.0 MPi berharga £13,995 (RM75,680), manakala i10 Premium 1.2 MPi AMT, £15,495.00 (RM83,790). Jika dibandingkan nilai tukaran matawang Malaysia, harga i10 ketara tinggi, tetapi ia patut diukur dengan pendapatan warga Britain.

Senario sama juga berlaku India, dan ditambah pula ciri UK Spec yang jauh lebih lengkap.

BACA >>> 6 Fakta Pantas: Tentang Teknologi CVVD untuk Enjin Hyundai Baharu yang Perlu Anda Tahu

GALERI
hatchback hyundai Hyundai Grand i10 Nios Hyundai i10 Hyundai UK Roda4 segmen A supermini
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.