Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
Auto Terkini

HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam28/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Yamaha YZF-R25 2025

SEMPENA MotoGP Malaysia 2025, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasmi memperkenalkan model Yamaha YZF-R25 2025 baharu di majlis eksklusif MotoGP Rider Meet & Greet yang turut dihadiri pengurusan tertinggi HLYM dan pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP dan Prima Pramac Yamaha MotoGP.

Rekabentuk baharu model kali ini diilhamkan berasaskan DNA perlumbaan R-Series, yang membawa semangat litar ke jalan raya pada harga RM23,098, tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran.

Gaya R-Series Baharu

Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025

Yamaha YZF-R25 2025 tampil lebih agresif, dinamik dan bergaya dengan menampilkan evolusi terkini R-Series dengan menerusi aerodinamik yang lebih tajam dan padat.

Rupa depan kini dilengkapi fairing panjang yang memberikan imej kelajuan, manakala panel kontras dwi-tona menambah gaya moden dan maskulin. Lampu posisi kembar LED pula memberikan gaya agresif yang jelas menyerlah dari setiap sudut.

Rekabentuk Mesra Penunggang

Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025

Untuk pengalaman tunggangan lebih yakin, YZF-R25 2025 direka dengan bentuk ringan dan tangkas untuk kawalan lebih mudah di selekoh dan trafik bandar.

Pelana dan panel sisi lebih tirus memastikan keselesaan ergonomik untuk pelbagai saiz penunggang.

Klac Antigelincir Assist & Slipper (A&S)

Yamaha YZF-R25 2025

Buat kali pertama, Yamaha YZF-R25 2025 dilengkapi ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) yang membolehkan penukaran gear lebih lancar, terutama ketika menurunkan gear dalam tork tinggi.

Ini membantu mengurangkan gejalan brek enjin berlebihan, sekali gus menjadikan tunggangan lebih stabil dan menyeronokkan di jalan raya atau litar.

Aplikasi Yamaha Y-Connect

Yamaha YZF-R25 2025

Sportbike suku liter itu turut menyokong aplikasi Yamaha Y-Connect, yang membolehkan penunggang menyambungkan motosikal ke telefon pintar untuk memantau notifikasi penting, penggunaan bahan api, cadangan servis dan juga lokasi parkir terakhir.

Aplikasi pintar itu menambah nilai praktikal kepada gaya hidup penunggang moden masa kini.

Enjin 2-Silinder Prestasi Tinggi

Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025

Yamaha YZF-R25 2025 dijana enjin 4-lejang 2-silinder sebaris 249cc DOHC penyejukan cecair dengan output kuasa 26.4kW (35.4hp) @ 12,000rpm dan tork 22.6 Nm @ 10,000rpm.

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan lampu LED penuh memastikan keselamatan maksimum tanpa menjejaskan gaya sporty R-Series.

Warna, Harga dab Ketersediaan

Yamaha YZF-R25 2025 ditawarkan dalam dua warna menarik: Pearl Blu (putih, biru cair) dan Racing Blu (biru gelap), yang menggambarkan semangat ‘Racing DNA’ Yamaha. Sporbike itu kini boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha seluruh Malaysia.

Maklumat lanjut, boleh layari: www.yamaha-motor.com.my/rangkaian-yamaha

Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025
Yamaha YZF-R25 2025
HLYM Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) roda2 Sportbike Suku Liter Yamaha YZF R-25 2025
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Urus SE Performante, Lagi Ringan, Super SUV Paling Pantas di dunia!

    01/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

    01/07/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Harga Petrol, Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bermula Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.