Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Pilot 2026: SUV Tiga Baris Tempat Duduk dengan Pakej Baharu, Enjin Kekal 3.5L V6
Roda4

Honda Pilot 2026: SUV Tiga Baris Tempat Duduk dengan Pakej Baharu, Enjin Kekal 3.5L V6

Abang HirataBy Abang Hirata19/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda Pilot 2026

WALAUPUN Honda mempunyai peminat dan pelanggan besar, pengeluar itu sebenarnya kekurangan model di pasaran tempatan berbanding pesaing lain dari Jepun.

Model dimaksudkan ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) tiga baris tempat duduk saiz sederhana, sama segmen seperti seperti Proton X90, Toyota Fortuner, Nissan X-Trail dan Mazda CX-8. Di Malaysia, pengguna masih tiada model lanjutan selepas HR-V dan CR-V.

Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026

Berbeza pasaran Amerika Syarikat (AS), Honda menawarkan Pilot dengan tiga baris tempat duduk dalam gaya lasak. Terbaru, Pilot 2026 tampil membawa perubahan pada gaya luaran, teknologi kabin dan prestasi pemanduan.

Model SUV tiga baris tempat duduk itu dipasang di Alabama dan ditawarkan dalam enam varian: Sport, EX-L, Touring, TrailSport, Elite, dan Black Edition, serta bakal tiba di pusat pengedar seluruh AS pada Disember ini.

Honda Pilot 2026

Dari segi rekabentuk, Honda Pilot 2026 tampak berbeza daripada versi sebelum ini ala CR-V, tetapi membawa gaya WR-V/Elevate (Jepun/India) dengan frem gril berkotak.

Pembaharuan Utama, Ciri Standard

Honda Pilot 2026

Model 2026 membawakan peningkatan ketara berbanding model terdahulu untuk semua varian:

  • Teknologi dan Konektiviti: Unit infotainme skrin sentuh definisi tinggi (HD) 12.3 inci (37 peratus lebih besar), kluster instrumen digital 10.2 inci (43 peratus lebih besar), Apple CarPlay dan Android Auto wayarles, Wi-Fi 5G, dan integrasi Google built-in
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
  • Keselesaan: Kabin lebih senyap dengan pengurangan bunyi 2-3dB melalui penggunaan kaca pintu separa baja (semi-tempered) dan penebat tambahan. Pintu but elektrik dan rel bumbung kini standard untuk semua varian
  • Mekanikal: Fiil stereng (EPS) ditala semula untuk lebih ketepatan dan sistem Brek Pra-Perlanggaran (PCB) diperkenal
  • Warna Baharu: Solar Silver Metallic (perak) dan Smoke Blue Pearl (biru)

Perincian Mengikut Varian

Honda Pilot TrailSport 2026
Honda Pilot TrailSport 2026

Setiap varian menerima penambahan spesifikasi khas:

  • TrailSport (foto atas): Kerusi belakang dengan pemanas, pilihan kulit coklat sulaman jingga, warna baharu Ash Green Metallic, logo belakang kemasan jingga dan plat sil pintu (scuff plate) rekaan khas.
  • Touring: Kamera 360º, upholsteri premium, pilihan kulit coklat dan rim aloi 20 inci Shark Gray rekaan baharu.
  • Elite: Rim 20 inci Shark Gray dan aksen kerusi Ultra-Suede sulaman berlian.
  • Black Edition: Rim aloi 20 inci Berlina Black.

Rekabentuk Gril: Hitam (Sport/EX-L), Kelabu (TrailSport), Hitam Kilat (Touring/Elite/Black Edition).

Prestasi, Trenkuasa

Di sebalik tiga baris tempat duduk, Pilot dikuasakan enjin besar yang tidak begitu digemari pengguna di Malaysia.

  • Enjin 3.5L V6 DOHC berkuasa 285hp @ 6,100 rpm, dan tork 355Nm @ 5,000rpm
  • Transmisi automatik 10-kelajuan.
  • Pacuan semua roda (AWD) i-VTM4 dengan pemvektoran tork (standard pada TrailSport, Touring, Elite, dan Black Edition). Mampu mengagihkan 70 peratus tork ke gandar belakang dan 100 peratus ke kiri atau kanan
  • Mod pemanduan Normal, Econ, Snow, Sport, dan Tow (Standard). Tambahan mod Sand dan Trail untuk model AWD. Kawalan Turun Bukit (HDC) kini standard

Keupayaan Off-Road (TrailSport)

Honda Pilot TrailSport 2026
Honda Pilot TrailSport 2026

Varian TrailSport direka khas untuk kegunaan lasak dengan ciri tambahan:

  • Plat gelincir keluli (steel skid plates) untuk perlindungan bawah badan
  • Suspensi ditinggikan untuk jarak tinggi bumi lebih baik
Honda Pilot TrailSport 2026
Honda Pilot TrailSport 2026
  • Tayar semua permukaan (all-terrain) untuk cengkaman atas lumpur, pasir, dan salji

Ciri Honda SENSING

Semua varian dilengkapi standard dengan struktur badan ACE, beg udara canggih dengan perlindungan kepala dan keselamatan dipertingkat serta pakej Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Honda SENSING yang terdiri daripada:

  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS) dengan Pengesan Pejalan Kaki
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dan Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKAS) dan Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
Honda Pilot TrailSport 2026
Honda Pilot TrailSport 2026
Honda Pilot TrailSport 2026
Honda Pilot TrailSport 2026
Honda Pilot TrailSport 2026
Honda Pilot TrailSport 2026
Honda Pilot TrailSport 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Pilot 2026
Honda Honda Pilot Honda Pilot 2026 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Saiz Sederhana SUV segmen-D
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

    26/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.