Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda HR-V (2022) Serba Baharu Debut! Kini Lebih Slik dan Anggun
Roda4

Honda HR-V (2022) Serba Baharu Debut! Kini Lebih Slik dan Anggun

Han OthmanBy Han Othman19/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA HR-V (2022) serba baharu melakukan debut global di Eropah dan Jepun (dinamakan Vezel) yang tampil dengan rekabentuk  gaya coupe dan dilengkapkan teknologi terkini.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak ini dijadualkan dilancarkan di Eropah pada lewat 2021 dalam trenkuasa eksklusif, iaitu hibrid. Bagaimanapun, Honda mendakwa model sama untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) adalah berbeza kerana direka mengikut cita rasa penduduk negara itu dan dijangka debut sebagai model 2022.

Tiada maklumat harga didedahkan, dan begitu juga perincian spesifikasi seperti angka kuasa. Berikut perincian ringkas yang diketahui mengenai HR-V (2022) serba baharu setakat ini:

BACA >>> Honda Siar Video Acah HR-V (2021) Serba Baharu, Akan Debut Global Februari Ini!

Luaran
  • Gaya badan lebih slik dan ringkas berbanding model sedia ada. Sekali pandang nampak seakan model SUV Mazda, terutama dari pandangan sisi.
  • Profil badan lebih sporty dengan garis bumbung condong ke belakang. Spoiler nampak disepadukan dengan bumbung dalam satu unit.
  • Hendal pintu belakang masih mengekalkan ciri model sedia ada, disorokkan di sebalik sudut panel tingkap, sebelah pilar-C.

  • Lampu belakang lebih slik dan kompak dengan reflektor melintang sepanjang pintu but dan dipisahkan dengan lencana ‘H’ . Lekuk belakang juga lebih jelas pada bampar dan pintu but.
  • Bahagian bawah bampar depan dan belakang menggunakan material plastik tanpa cat untuk penampilan lebih sporty.
  • Ada pilihan warna badan dwi-tona untuk model Jepun.
  • Rim aloi baharu pasti mengingatkan kita kepada rim Proton Saga.
Dalaman

  • Rekabentuk dan susun atur papan pemuka direka serba baharu dengan unit infotainment gaya tablet di tengah papan pemuka.
  • Panel kawalan penyaman udara diasingkan dalam unit tunggal dengan tiga butang putar.

  • Ventilator penyaman udara direka supaya tidak menonjol dalam satu panel horizontal bersambung dengan kawalan corong lebih ringkas.
  • Stereng multifungi dengan tiga jejari direka lebih ringkas dengan gaya oldskool.
  • Sesetengah bahagian upholsteri kabin menggunakan material kulit dengan sulaman benang putih, trim hitam kilat dan krom, dan ada bumbung panoramik (tiada dalam gambar).
CIRI KESELAMATAN
  • Honda membekalkan sistem bantuan pemandu seperti sistem pra-perlanggaran, sokongan kawalan lorong, kawalan jelajah adaptif, pengecaman tanda jalan, pemantau titik buta, kamera pandang sekeliling 360º dan kawalan turun bukit.
TRENKUASA
  • Jika HR-V Eropah cuma ada satu varian enjin, iaitu hibrid e:HEV, model Jepun pula turut menawarkan enjin petrol 1.5L DOHC i-VTEC yang dipadankan transmisi automatik CVT.
  • Di Eropah, enjin hibrid dipakejkan dengan dua motor elektrik.

BACA >>> Mazda CX-3 LE (2020) Buka Tempahan, Tawar Pakej Kemas Kini Bernilai RM14,500
BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020

HONDA HR-V (2022) EROPAH
HONDA HRV (2021) JEPUN
Crossover debut Honda Honda H-RV (2022) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV segmen-B SUV subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

14/05/2026
Roda4

Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

14/05/2026
Auto Terkini

Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

13/05/2026
Toyota Corolla 60th Edition 2026
Roda4

Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

12/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
KTM 390 Series Launch
Roda2

KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

By Shazwan Hisam11/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.