Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»HEV»Honda CR-V Generasi ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih
HEV

Honda CR-V Generasi ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

Abang HirataBy Abang Hirata02/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda CR-V 2026 | Jepun

HONDA secara rasmi melancarkan Honda CR-V generasi keenam untuk pasaran Jepun pada 27 Februari 2026 yang membawa evolusi besar dalam aspek keselesaan dan prestasi pemanduan.

Walaupun Honda CR-V generasi keenam sudah berada di banyak negara, tetapi Jepun baru saja menerimanya.

Apa lebih menarik, Jepun terlebih dahulu menerima varian hidrogen atau sel bahan api – Honda CR-V e:FCEV pada 2024 sebelum kehadiran CR-V terbaharu itu.

Honda CR-V sememangnya kenderaan utiliti sukan (SUV) popular. Sejak diperkenalkan pada 1995, sudah lebih 15 juta unit terjual peringkat global.

Rekabentuk Luaran, Dalaman

Honda CR-V e:HEV RS 2026 Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun

Luaran Honda CR-V baharu itu menampilkan evolusi gaya lebih gagah dan bertenaga. Garis badan pada bahagian bonet dan pilar menggunakan rekabentuk mendatar ringkas bagi menonjolkan imej matang dan mewah.

Ciri ikonik lampu belakang jenis vertikal tetap dikekalkan, tetapi posisi lampu pada pintu belakang dan plat nombor dialihkan lebih atas untuk memberikan kesan visual lebih stabil.

Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun

Ruang dalaman menggunakan gaya tajam dengan panel instrumen mendatar, dan garis hiasan lurus bagi menonjolkan kekuatan sebuah SUV dan berkualiti premium.

Hiasan pada panel instrumen dan pintu depan disusun pada kedudukan yang membantu pemandu menjangka lebar kereta dan postur kenderaan lebih mudah.

Pakej itu menghasilkan ruang sporty yang meningkatkan rasa kesatuan dengan pemandu dan kemudahan pengendalian cemerlang.

Pakej Ruang, Keselesaan Maksimum

Honda CR-V e:HEV RS 2026 Jepun

Honda juga menambah baik pakej dalaman dengan mengekalkan DNA Honda CR-V yang mudah dipandu dalam pelbagai kondisi jalan.

Sudut stereng kini diubah daripada 28º kepada 25º untuk memberikan posisi pemanduan lebih tegak dan ergonomik.

Bagi penumpang belakang, ruang kaki telah dipanjangkan 16mm berbanding model sebelum ini, dan menjadikan antara terluas dalam kelas.

Kerusi belakang juga mempunyai fungsi sandaran boleh laras 8-tetapan untuk keselesaan perjalanan jauh.

Ruang but pula direka dengan lantai rata dan bukaan luas, manakala kapasiti simpanan boleh diperbesar melalui mekanisme gelongsor kerusi belakang.

Trenkuasa

Tidak seperti CR-V tempatan yang mempunyai pilihan enjin 1.5L turbo dan 2.0L hibrid, CR-V Jepun hanya ditawarkan dalam pilihan tunggal hibrid.

Sistem e:HEV generasi ke-4 menggabungkan enjin petrol 2.0L dengan sistem dual-motor elektrik.

Gabungan itu menghasilkan prestasi pemanduan berkuasa, tetapi masih tetap efisien, yang memberikan keseimbangan antara pecutan responsif dan penjimatan bahan api tinggi dalam pelbagai situasi pemanduan.

Sistem itu turut didokong sistem pacuan semua roda (AWD) dipertingkatkan, yang mana agihan tork ke roda belakang kini boleh ditperingkat sehingga 50:50 (berbanding 60:40 sebelum ini) untuk kestabilan luar biasa atas jalan licin atau bersalji.

Enjin: Petrol LFC2 4-silinder sebaris 1,993cc DOHC
Output kuasa: 148ps @ 6,100rpm, dan tork 183Nm @ 4,500 rpm
Motor: Motor elektrik jenis H6 (AC Synchronous Motor)
Kuasa Motor Elektrik: 135kW (184ps) @ 5,000-8,000rpm
Tork Motor Elektrik: 335Nm @ 0 – 2,000rpm
Bateri: Litium-ion dengan 72 sel
Transmisi: Elektrik e-CVT dengan nisbah gear terus enjin 1.409 (low) dan 0.707 (high)
Sistem AWD: Agihan tork roda belakang kini boleh dipertingkat sehingga 50:50 berbanding 60:40 sebelum ini.
Mod Pemanduan: SPORT, NORMAL, ECON, SNOW dan INDIVIDUAL
Kapasiti Tangki Minyak: 57 liter

Dinamik Pemanduan, Kesenyapan Kabin

CR-V menggunakan Damper Respons Kekerapan (FRD) pada semua varian untuk memberikan kualiti serapan optimum.

Penggunaan Nisbah Gear Variabel (VGR) memastikan stereng rasa ringan pada kelajuan rendah dan stabil pada halaju tinggi.

Kesenyapan kabin, Honda menggunakan roda jenis Noise Reducing dan sistem Kawalan Bising Aktif (ANC) yang membatalkan bunyi bising dari luar secara aktif.

Selain itu, gril pengatup (shutter grill) pada bahagian depan berfungsi mengoptimum aliran udara untuk imbangan antara penyejukan enjin dan prestasi aerodinamik.

Teknologi Keselamatan Honda SENSING 360

Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun

Walaupun lambat dipasarkan di Jepun, Honda CR-V di sana tampil lebih istimewa kerana satu-satunya pasaran yang menawarkan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Honda SENSING 360.

Sementara varian lain dilengkapi Honda SENSING standard, varian Honda CR-V e:HEV RS Black Edition menjadi lebih eksklusif apabila dilengkapi sistem canggih 360 tersebut dan menjadikan satu-satunya model CR-V yang memiliki ciri tersebut berbanding pasaran luar Jepun.

Sistem itu memperluaskan kawasan pengesanan melalui sensor bucu tambahan dan kamera sudut lebar, yang membabitkan Amaran Trafik Lintas Depan (FCTW), Bantuan Tukar Lorong (LDA) serta Kawalan Stereng Aktif (ASC).

Harga CR-V di Jepun

Honda CR-V 2026 di Jepun ditawarkan pada harga berikut:

  • Honda CR-V e:HEV RS (FF) – 5,122,700 yen (RM127,720)
  • Honda CR-V e:HEV RS (4WD) – 5,392,200 yen (RM 134,430)
  • Honda CR-V e:HEV RS Black Edition (4WD) – 5,779,400 yen (RM 144,080)

Spesifikasi Honda CR-V Jepun 2026

Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun

Trenkuasa, Prestasi

  • Enjin: LFC2 petrol 4-silinder sebaris 1,993cc DOHC
  • Output kuasa: 114kW (148ps) @ 6,100rpm, dan  tork 183Nm @ 4,500rpm
  • Motor: Elektrik jenis H6 (AC Synchronous Motor).
  • Output kuasa motor: 135kW (184 ps) @ 5,000 – 8,000rpm, dan tork 335Nm @ 0 – 2,000rpm
  • Bateri: Litium-ion dengan 72 sel
  • Transmisi: Elektrik e-CVT (Nisbah gear terus: 1.409 Low / 0.707 High)
  • Kecekapan Bahan Api (WLTC):
    • 19.8km per liter (FF)
    • 18.2km per liter (4WD)
    • 18km per liter (Black Edition)

Dimensi, Kapasiti

  • Dimensi: Panjang 4,700mm, lebar 1,865mm, dan tinggi 1,680mm – 1,690mm, manakala jarak roda 2,700mm
  • Jarak tinggi bumi: 200mm (FF) atau 210mm (4WD)
  • Berat: 1,750kg hingga 1,830kg
  • Kapasiti penumpang: 5 orang
  • Kapasiti tangki bahan api: 57 liter
  • Saiz tayar: 235/55R19 101Y

Teknologi, Multimedia

  • Unit infotainment Honda CONNECT 9 inci dengan Google Built-in
  • Sistem bunyi BOSE Premium Sound System dengan 12 pembesar suara termasuk subwufer 11.6 liter
  • Kemudahan pengecasan USB 60W (depan) dan wayarles 15W
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS Black Edition 2026 | Jepun
Honda CR-V e:HEV RS 2026 Jepun
Honda CR-V e:HEV RS 2026 Jepun
Honda CR-V e:HEV RS 2026 Jepun
Honda CR-V e:HEV RS 2026 Jepun
Honda CR-V e:HEV RS 2026 Jepun
Honda CR-V e:HEV RS 2026 Jepun
Honda CR-V e:HEV RS 2026 Jepun
Honda CR-V e:HEV RS 2026 Jepun
Honda CR-V e:HEV RS 2026 Jepun
Honda CR-V e:HEV RS 2026 Jepun
Honda Honda CR-V Honda CR-V 2026
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.