Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#BikinKereta: Jentera Lumba Civic Si Ini Sentuhan Divisyen Permotoran Honda Amerika
Roda4

#BikinKereta: Jentera Lumba Civic Si Ini Sentuhan Divisyen Permotoran Honda Amerika

Abang HirataBy Abang Hirata10/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA baru-baru berkongsi foto Civic Si baharu dengan spoiler tinggi. Imej kereta berceloreng penuh itu didedahkan menjelang pelancaran rasmi sedan kompak itu.

Foto itu juga mengesahkan Civic Si ditawarkan dalam bentuk sedan dan bukan hatchback seperti sebelumnya.

Honda sekali lagi menarik perhatian dan kali ini berkongsi gambar penuh kereta lumba Civic Si yang dibangunkan divisyen permotoran Honda Performance Development (HPD). Model itu ditayangkan sempena Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA) 2021.

Di tempat lain, ramai mengenali tuner Honda seperti Modulo dan Mugen, tetapi di Amerika Syarikat (AS) dilakukan HPD, iaitu divisyen permotoran rasmi Honda yang ditubuhkan sejak 1993.

HPD terlibat dalam pelbagai acara kompetitif seperti IndyCar, IMSA dan perlumbaan off-road SCORE (Baja 1000/500). Model ditayangkan di SEMA adalah versi prototaip jentera lumba Civic Si yang dibangunkan untuk perlumbaan kereta penumpang (touring).

HPD memiliki banyak pengalaman dalam bidang tersebut, termasuk membangunkan model lumba Civic generasi ke-10. Model itu dibangunkan dalam bentuk body-in-white untuk pelbagai pertandingan dan acara, sama ada profesional seperti SRO TC America dan amatur selain perlumbaan kelab dan hari litar.

Bagi jentera model lumba ini pula, Civic Si hadir tanpa peredam bunyi, lapisan bawah badan (underbody coating) dan pengedap sambungan (seam sealer). Semua itu dibuat bagi meringankan berat jentera dan HPD turut memuatkan sangkar keselamatan (roll cage).

Berikut Ciri Prototaip Civic Si Sentuhan HPD
Trenkuasa

  • Unit kawalan elektronik (ECU) ditala HPD
  • Radiator aluminium kapasiti tinggi PWR/HPD
  • Diferensial gelincir terhad (LSD) lumba Cusco/HPD
  • Ekzos kembar Borla/HPD

* Tiada maklumat jenis dan prestasi enjin diberikan

Casis
  • Abdorber boleh laras double interverted Bilstein / HPD
  • Spring lumba Eibach
  • Rim Momo Etna 17 x 8 dengan tayar lumba Pirelli 245/620-17
  • Kaliper brek 6-piston Superlite Wilwood dengan cakera brek 2-piece Wilwood
  • Pad brek lumba Pagid
  • Hos brek tahan karat HPD
Dalaman dan Keselamatan
  • Perehat kaki pemandu dan penumpang HPD
  • Stereng boleh tanggal OMP
  • Kerusi lumba OMP dan cagak HPD
  • Tali keledar 6-poin OMP
  • Sistem pemadam api OMP
  • Paparan utama MXP AiM Technologies
  • Perakam data C125 Motec

Menerusi pengenalan itu, nampaknya pasukan dan pelumba berminat tidak perlu menunggu tawaran Civic Type R baharu kerana Civic Si sudah sedia untuk dilumbakan!

BACA >>> Honda Passport TrailSport (2022) – SUV Lasak Khas untuk Orang Amerika!

Bikin Auto Bikin Kereta Honda Honda Civic Honda Civic Si Honda Performance Development (HPD) HPD Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.