Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Passport TrailSport (2022) – SUV Lasak Khas untuk Orang Amerika!
Auto Terkini

Honda Passport TrailSport (2022) – SUV Lasak Khas untuk Orang Amerika!

Abang HirataBy Abang Hirata07/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA ialah jenama besar di Amerika Syarikat (AS) hingga memiliki model tersendiri yang tidak dijual di negara lain. Bukan setakat model sendiri, jenama premium Acura misalnya adalah subsidiari Honda yang lebih menumpukan pasaran sana.

Antara model dibangunkan Honda untuk pasaran AS ialah kenderaan utiliti sukan (SUV), Passport.

BACA >>> Honda Passport (2019) Muncul Kembali, SUV Berkuasa dengan Ciri Off-Road
BACA >>> Honda Malaysia Tawar Insurans Ansuran Bulanan, Baucar Servis untuk Pelanggan Divaksin

Honda Passport (2019)

Sejarah Passport memang menarik, generasi pertama dijenamakan daripada Isuzu Rodeo dan dijual dari 1993 hingga 1997. Generasi kedua juga menggunakan formula sama, dan dikeluarkan dari 1997 hingga 2002.

Passport kemudian terhenti selama belasan tahun hingga generasi ketiga diperkenalkan pada 2018 dan kali ini tidak lagi berkongsi dengan mana-mana pengeluar.

Dari segi posisi, Passport diletakkan antara CR-V dan Pilot yang juga satu lagi model eksklusif dari Honda untuk pasaran AS. Tahun ketiga di pasaran, tiba masa Passport (2022) versi dipertingkat (facelift) diperkenalkan, iaitu pada September lalu.

BACA >>> 300 Unit Acura NSX Type S (2022) Habis Ditempah Dalam 24jam!
BACA >>> Selepas 10 Tahun, Acura Integra Type-R Ditemui di Sebalik Dinding Garaj

Menariknya, Honda turut memperkenalkan Passport TrailSport (2022) (foto atas), iaitu Passport versi lasak untuk kegunaan jelajah atau off-road. Jika anda suka Ridgeline, TrailPassport tampil dengan gaya depan ala trak pikap unibodi.

Berikut ringkasan mengenai Passport TrailSport (2022):

  • Bampar depan dan belakang direka agresif dengan kemasan skid perak.
  • Membezakan lagi TrailSport daripada Passport biasa ialah logo sendiri yang diilhamkan daripada keindahan alam sekitar dan semangat kembara.
  • Ideanya ibarat Proton X70 mempunyai saudara kembar untuk kegunaan lasak dan off-road.
  • Menggunakan rim 18 inci dengan dwi-tona Pewter (timah/kelabu kebiruan) yang dipadankan tayar 245/60R dengan bunga pada bahagian dinding untuk gaya lebih rugged.
  • Tidak sekadar berbeza pada nama dan kosmetik, jurutera Honda juga menambah lebar trek roda depan dan belakang kepada 10mm untuk menambah baik kestabilan dan profil.
  • Bahagian dalaman TrailSport mendapat kemasan sulaman jingga pada stereng, panel pintu dan kerusi.

  • Logo Trailsport jingga disulam pada penyandar kepala dan juga boleh dilihat pada pelapik lantai jenis lasak (all season).
  • Selain itu, kluster meter sama seperti Passport, dengan iluminasi kelabu dan jarum meter putih, tetapi berbeza pada bahagian keliling berwarna hitam krom.
  • Pada malam, ruang dalaman dilimpahi lampu kabin (amber lighting) yang menyala pada kaki, konsol atas, tuil pintu dan pemegang cawan.
  • Honda tidak memperincikan aspek trenkuasa, kecuali Passport yang dijana enjin 3.5L V6 berkuasa 280hp dan tork 355Nm, serta dipadankan transmisi antomatik 9-kelajuan dalam konfigurasi pacuan semua roda (AWD) i-VTM4™ dengan pemvektoran tork dan sistem Pengurusan Traksi Pintar.
  • Sistem pemanduan dan traksi berfungsi dengan menghantar hingga 70 peratus tork ke roda belakang secara automatik. Sistem sama juga berterusan membahagikan daya tork antara roda belakang berdasarkan kondisi pemanduan untuk setiap roda.

Honda sebenarnya ada rancangan tambahan untuk TrailSport dalam tempoh beberapa tahun lagi seperti tayar lebih agresif dan suspensi off-road. Dari situ kita dapat lihat hala tuju dan bagaimana SUV itu dibangunkan mengikut gaya hidup pengguna dan kondisi muka bumi AS.

BACA >>> Kit Honda Access Buat Civic Hatchback Nampak Lebih Bergaya!

Auto Terkini Honda Passport Honda TrailSport Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV TrailSport
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Auto Terkini

    Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

    08/05/2026
    Roda4

    Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod di Nürburgring!

    08/05/2026
    Roda4

    Audi Q5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM352,990

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.