Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Kit Honda Access Buat Civic Hatchback Nampak Lebih Bergaya!
Aksesori

Kit Honda Access Buat Civic Hatchback Nampak Lebih Bergaya!

Abang HirataBy Abang Hirata29/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA kegemaran ramai, Honda Civic mempunyai tiga gaya badan, iaitu sedan, Hatchback dan coupé. Ketiga-tiga gaya badan tersebut lengkap dipasarkan di Amerika Syarikat (AS), cuma tiada lagi pilihan coupé untuk Civic generasi ke-11.

Bagaimana negara kita? Setakat ini cuma ada dua, sedan biasa dan Hatchback versi Type R. Di negara jiran Indonesia lebih meriah, pengguna disana ditawarkan versi sedan, Hatchback dan Type R.

BACA >>> Honda Lancar 3 Varian Civic 1.5L (2022) di Thailand, Harga Mula RM121k!
BACA >>> Honda Civic Sedan, Hatchback (2022) Raih Rating Tertinggi TSP+ 2021 IIHS

Bercakap tentang Civic Hatchback, model generasi ke-11 mempunyai perbezaan pada bahagian belakang, tidak seperti model generasi ke-10 yang berkongsi komponen. Civic Hatchback terbaharu sudah pun ditawarkan di beberapa pasaran seperti AS dan negara asal model itu, Jepun.

Amnya, Civic Hatchback lebih sporty dan menambah lagi gaya model itu ialah kit aksesori Honda Access. Pelanggan di Jepun pula ditawarkan pakej Honda Access seperti berikut:

BACA >>> Tuner India Bikin Civic Jadi ‘Aventador SVJ’ 1.8L
BACA >>> UK Lancar Honda Civic Type R (2020) dengan 4 Varian Pilihan, Harga Mula RM179k!

Kit Badan dan  Luaran
  • Skirt bampar depan
  • Spoiler belakang
  • Pelindung cermin sisi
  • Lencana hitam
  • Rim aloi 18 inci MS-038
  • Rim aloi 18 inci ME-024
  • Lampu kabus LED
Kit Dalaman
  • Lampu lantai dan bawah kerusi
  • Nyalaan konsol tengah, slot cawan, pembuka pintu dan ruang simpanan pelapik pintu
  • Pelapik ambang pintu
  • Pengecas tanpa wayar
  • Pattern projector (suluhan logo Civic dari bawah pintu ke permukaan jalan)
  • Lampu LED pada but
  • Pelapik but
  • Set pembesar suara JVC KENWOOD

Daripada pakej ditawarkan itu, bahagian luaran kit Honda Access tampil ringkas dan tanpa skirt sisi. Spoiler dan skirt bampar depan pula direka ringkas tanpa berlebihan. Walaupun ringkas, Civic Hatchback dengan kit Honda Access tetap menarik, terutama sekali jika dipadankan bersama rim aloi 18 inci Modulo MS-038.

Civic Hatchback dengan kit Honda Access boleh menjadi alternatif kepada peminat Civic Sedan yang nampak sederhana dan ‘selamat’ berbanding Civic generasi ke-10.

Selain itu, jika ada yang tertanya, kenapa Honda membezakan penawaran gaya badan di beberapa pasaran, perhatikan fakta Civic versi Jepun seperti berikut:

  • Tiada Civic sedan, hanya ada Civic Hatchback.
  • Ada varian, EX dan LX.
  • Ada satu pilihan enjin, 1.5L VTEC Turbo berkuasa 180hp dan tork 240Nm.
  • Ada dua pilihan transmisi, automatik CVT dan manual 6-kelajuan!

Mengenai harga, harga Civic hatchback versi Jepun bermula 3,190,000 yen (RM120,150) untuk varian asas EX, manakala LX berharga 3,539,800 yen (RM133,320).

Di Asean, Civic generasi ke-11 sudah dilancarkan di Thailand dan Singapura. Malaysia pula mungkin menunggu masa sesuai, selari pembukaan ekonomi secara berperingkat pasca krisis Covid-19.

BACA >>> Honda N-Van Compo – MPV Mini JDM Edisi Khas untuk Kaki Piknik

Honda Honda Access Honda Civic Honda Civic Hatchback Modulo
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Pandu uji Mercedes G-Class KL - Cameron Highlands
    Pandu Uji

    #PanduUji: KL – Cameron Highlands Bersama Mercedes-Benz GLA 250, GLC 200 4MATIC – Ujian Dunia Sebenar Tanpa Konvoi

    07/05/2026
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Coupé Electric 2027, Gayaan Bawa DNA 911

    07/05/2026
    Roda4

    Audi Q5 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM352,990

    06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    07/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.