Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda N-Van Compo – MPV Mini JDM Edisi Khas untuk Kaki Piknik
Auto Terkini

Honda N-Van Compo – MPV Mini JDM Edisi Khas untuk Kaki Piknik

Han OthmanBy Han Othman23/09/20212 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


N-VANCompo ialah versi naik tarafi daripada barisan kenderaan pelbagai guna (MPV) kecil Honda yang dilengkapkan dengan banyak kelengkapan utnuk berpiknik dan perkhemahan.

Honda baru saja menyiarkan imej N-Van Compo, iaitu model kamper yang dibangunkan daripada barisan MPV kecil N-Van. Versi naik taraf N-Van Compo ini dijangka diperkenalkan dengan dua  lagi MPV, iaitu N-Box baharu dan Freed baharu pada awal Oktober depan di Jepun.

BACA >>> 8 Ganjaran Menarik Menanti Hidilyn, Termasuk Van 13 Tempat Duduk
BACA >>> Honda Brio Cipta Sejarah, Jadi Model Paling Laris di Indonesia Sepanjang 2020

N-Van edisi khas, iaitu versi Compo dilengkapkan banyak kelengkapan untuk kegunaan trip piknik dan perkhemahan. Paling signifikan ialah sengkuap (awning) yang dipasanglan pada sebelah kiri dan boleh ditarik untuk dijadikan kanopi atau khemah kecil.

Dalam kabin, ruang N-Van Compo direka menjadi rumah bergerak dan disertakan semua utiliti diperlukan. MPV pasaran domestik Jepun (JDM) ini memiliki dimensi panjang hampir 4.4 meter dan jarak roda 2.52 meter.

Kelengkapan lain yang menarik perhatian ialah katil boleh buka-lipat dengan keluasan 3 meter persegi, sekali gus memberikan cukup ruang untuk memuatkan dua dewasa.

MPV ini juga didatangkan dengan pintu kelambu untuk menghalang gangguan seranggan seperti nyamuk daripada menceroboh masuk ruang kabin ketika berkhemah malam.

Honda turut menawarkan pilihan khemah atas bumbung untuk ekstra ruang buat penumpang lain berehat. Tangga dipasangkan di pintu belakang untuk memudahkan akses ke khemah bumbung.

Bahagian belakang MPV boleh diatur menjadi dapur kecil, siap dengan pili, sinki, kabinet ketuhar gelombang mikro dan meja makan. Ini adalah salah satu daripada tiga rekabentuk dalaman yang dihasilkan Honda untuk N-Van Compo.

Sebagai tambahan, pemilik boleh memilih untuk menyusun lebih banyak barangan keperluan seperti ketuhar, skrin hiburan, dan rak simpanan. Meja berdiri disediakan di belakang MPV untuk tujuan berpiknik.

Honda turut merekabentuk banyak kabinet dan simpanan untuk N-Van Compo. Tangki air bersih dipasangkan di belakang untuk kegunaan memasak dan cucian asas.

Di Jepun, N-Van dijual pada harga bermula sekitar 1,276,000 yen (RM48,540) untuk pacuan roda depan (FWD), hingga 1,872,200 yen (RM71,245) untuk varian pacuan empat roda (4WD) turbo enjin turbo.

N-Van didatangkan dalam empat varian dengan opsyen enjin petrol aspirasi natural (NA) 660cc berkuasa 52hp dan enjin 660cc turbo (63hp) dengan transmisi automatik CVT dan manual 6-kelajuan, serta pilihan FWD, dan 4WD. Menariknya, setiap varian dipakejkan bersama ciri bantuan pemandu Honda SENSING sebagai standard.

BACA >>> Honda N-One (2021) Kini dengan Kit Badan Mugen untuk Gaya Lebih Sporty

SUMBER: Honda.co.jp

Auto Terkini Honda N-Van Honda N-Van Compo Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW M3 40th Anniversary Limited Edition, 40 Unit Termasuk Wagon, Had Laju Naik 280/290 KM/J!

03/05/2026
Auto Terkini

#AutoChina2026: Kenapa Jetour T2 i-DM Ada Livery Alan Walker? Edisi Terhad atau Bukan?

02/05/2026
Auto Terkini

#AutoChina2026: Jetour Bukan Lagi Sekadar Jenama SUV, Kini Sasar ‘Travel Lifestyle Brand’ Global

02/05/2026
HEV

GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

02/05/2026

2 Comments

  1. Simon on 21/06/2022 16:17

    Very interesting? Where can i buy this?

    Reply
    • AO on 10/08/2022 20:17

      Buy drom AP dealer

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie02/05/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.