Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda City (2023) Baharu Tiba dalam 5 Varian, Ada Honda SENSING, Harga Mula RM84.9k!
Roda4

Honda City (2023) Baharu Tiba dalam 5 Varian, Ada Honda SENSING, Harga Mula RM84.9k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia melancarkan model Honda City (2023) baharu yang didatangkan dengan penambahbaikan luaran dan ciri termaju untuk terus mengekalkan dominasi dalam sedan segmen-B tempatan.

Ada lima varian diperkenalkan termasuk, dua versi RS pada harga jualan bermula RM84,900. Berikut perincian Honda City (2023) baharu:

VARIAN & HARGA

  • e:HEV RS: RM111,900
  • RS (petrol): RM99,900
  • V: RM94,900
  • E: RM89,900
  • S: RM84,900

* Harga atas jalan tidak termasuk insurans

WARNA

  • Semua varian petrol penuh didatangkan dalam lima warna pilihan: Ignite Red Metallic (merah), Meteoroid Gray Metallic (kelabu), Platinum White Pearl (putih), Crystal Black Pearl (hitam) dan Lunar Silver Metallic (perak).
  • Honda City 1.5L e: HEV RS pula dalam tiga pilihan warna: merah, kelabu dan putih.

TRENKUASA

Enjin varian lain
Enjin e:hev RS

Ada dua pilihan enjin disediakan Honda City (2023) baharu, iaitu hibird dan konvensional.

e:HEV RS

  • Enjin 4-silinder 1,498cc DOHC 16-injap i-VTEC (kitaran atkinson) i-MMD dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI yang dipadankan unit motor elektrik, manakala transmisi e-CVT. Output kuasa seperti berikut:
    • Enjin: Kuasa 97hp @ 5,600-6,400rpm; Tork 127Nm @ 4,500-5,000rpm
    • Motor: Kuasa 107hp @ 3,500-8,000rpm; Tork 253Nm @ 0-3,000rpm

S,E, V dan RS

  • Enjin 4-silinder 1,498cc DOHC 16-injap i-VTEC dengan sistem suntikan bahan api (PGM-FI), berkuasa 119hp @ 6,600rpm dan tork 145Nm @ 4,300rpm, manakala transmisi automatik CVT.

DATA PRESTASI

  • Model petrol 1.5L (S, E, V dan RS) mampu mencapai kelajuan maksimum 196kmj, manakala enjin hibrid 1.5L e:HEV pula 177kmj.
  • Masa pecutan 0-100kmj untuk varian S dan E ialah 10.2 saat, manakala petrol V dan RS petrol 10.4 saat.
  • Honda City e:HEV pula lebih pantas dengan catatan masa 9.9 saat untuk pecutan 0-100kmj.

PENJIMATAN PETROL

  • Varian S, E, V danRS: 5.6 liter per 100km
  • Varian e:HEV: 3.6 liter per 100km

PERUBAHAN LUARAN

  • Honda City (2023) baharu menerima set bampar depan dan belakang baharu, termasuk rekaan gril diperbaharui dan rim lebih segar.
  • Varian RS ada sedikit perubahan pada bampar depan, lampu kabus, skirt sisi, dan lencana RS dikemas kini serta difuser bampar belakang.
  • Rim aloi berbeza mengikut varian dengan RS dan e:HEV RS menggunakan saiz 16 inci dwi-tona, manakala V, 16 inci satu tona.
  • Varian E hadir dengan rim aloi dwi-tona dan S pula satu tona. Kedua-dua varian ini menerima rim 15 inci.

PERBEZAAN

  • Varian RS, e:HEV RS, E dan V menerima sistem audio 8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Kelebihan RS adalah sambungan dibuat secara wayarles. Varian S pula menggunakan sistem audio standard.
  • Kecuali S, semua varian Honda City (2023) tersedia sistem penyaman udara automatik dengan latar lampu berubah pada tombol, iaitu biru untuk penurunan suhu dan putih untuk kenaikan suhu.
  • Varian basis, S pula dilengkapi penyaman udara manual.
  • Kluster instrumen ada perbezaan untuk siri RS dan varian lain iaitu:
    • e:HEV RS: Kluster instrumen TFT 7 inci definisi penuh (HD) dengan paparan maklumat hibrid dan jarum indikator merah.
    • RS: Kluster instrumen  TFT 7 inci HD dan jarum indikator merah.
    • S, E dan V: Kluster instrumen 4.2 inci TFT dengan ambien putih dan hijau.
  • Semua varian disediakan penyaman udara untuk penumpang belakang.
  • Varian S dan E mendapat material kulit tiruan (leatherette) pada stereng dan tombol gear serta kerusi fabrik. Varian V, RS dan e: HEV RS mendapat material kulit dalam kabin.
  • Siri RS menerima pedal kaki sport, manakala varian lain pedal biasa.
  • Hendal pintu varian E dan V berwarna krom, manakala varian lain mengikut warna badan.

HONDA SENSING

Apa menarik, semua model dilengkapi ciri keselamatan termaju Honda SENSING, terdiri daripada:

  • Low Speed Follow (LSF) – hanya untuk varian e:HEV RS
  • Lead Car Departure Notification (LCDN)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Ciri keselamatan lain ialah enam beg udara dan kunci pintu automatik apabila pemandu meninggalkan kereta Walk Away Auto Lock.

Versi RS dan e:HEV RS pula menerima bonus konektiviti telefon pintar Honda CONNECT sebagai ciri standard, tetapi pemilik varian lain juga boleh menikmati aplikasi Honda CONNECT sebagai pakej opsyen. Harga istimewa ditawarkan cuma RM1,500 hingga Januari 2024.

Honda City (2023 Baharu) Honda City (2023) Facelift Honda Malaysia Roda4 Sedan sedan segmen-B
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.