Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Giliran Thailand Bawa Masuk Honda CBR 250RR Versi CBU Jepun, Malaysia Bila Lagi?
Roda2

Giliran Thailand Bawa Masuk Honda CBR 250RR Versi CBU Jepun, Malaysia Bila Lagi?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS Indonesia dan Jepun, Thailand menjadi negara ketiga melancarkan sportbike Honda CBR 250RR pada Pameran Motor Antarabangsa Bangkok  (BIMS) 2019 yang menurut laman rasmi Honda AP Thailand diimport terus dari Jepun.

Namun,  seperti diketahui, sportbike suku liter itu sebenarnya didatangkan dari Indonesia kerana dipasang Astra Honda Motor (AHM) Indonesia. Cuma untuk pasaran Jepun, kuasa dihasilkan model ini digenapkan daripada 38.7hp menjadi 38hp dan tork 23.3Nm menjadi 23Nm.

BACA >>> Honda CBR250RR Versi HRC Dipamer di GP Jepun, Bakal Lancar Bulan Depan

Perubahan itu dilakukan supaya menepati undang-undang jalan raya dan regulasi Jepun. Bagi pengalaman tunggangan lebih menyeronokkan, CBR250RR didatangkan dengan tiga mod pilihan: Sport, Comfort dan Sport+.

Spesifikasi lain tidak banyak perbezaan dengan versi Jepun dan Indonesia, satu-satunya perubahan ialah lampu signal LED yang dipisahkan lampu siang (DRL) dan diletakkan di sisi kowl depan. Cuma harganya agak mahal, 249,000 baht (RM32,000) seunit dengan dua pilihan warna: merah dan hitam.

BACA >>> Apa Perkembangan Terkini Honda CBR250RR Ke Malaysia? Ini Jawapan Boon Siew Honda!

Selepas membaca berita ini mungkin ada kalang peminat dua roda tempatan yang makan hati kerana model berkenaan masih tidak kunjung tiba ke Malaysia. Seperti kami nyatakan dua tahun lalu, selagi masih tidak mematuhi standard spesifikasi Euro4, memang mustahil CBR 250RR dilancarkan ke pasaran Malaysia.

Bertabahlah yob!!!!

Boon Siew Honda (BSH) Honda Honda AP Thailand Honda CBR 250RR Honda CBR 250RR custom Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.