• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CBR250RR Versi HRC Dipamer di GP Jepun, Bakal Lancar Bulan Depan

Honda CBR250RR Versi HRC Dipamer di GP Jepun, Bakal Lancar Bulan Depan

October 20, 2018 By AI Leave a Comment

995
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HUJUNG minggu ini berlangsung perlumbaan Grand Prix (GP) Jepun dan Honda mengambil kesempatan mempamerkan CBR250RR yang disembur cat pasukan HRC. Pilihan grafik dan padanan triwarna (tiga warna) pada badan jentera menukarkan penampilan model tersebut sama seperti jentera lumba enduran CBR1000RRW.

Ini kali pertama Honda memilih padanan triwarna pada CBR250RR sejak 2017.  Buat masa ini, sportbike dengan warna baharu itu hanya untuk pameran, tetapi jika dilancarkan pasti akan melonjakkan nilai pasaran model berkenaan.

BACA>>>Dikritik Tidak Cukup Power, Honda CBR1000RR Fireblade Akan Dapat Lebih Kuasa

Menurut Young Machine, cat badan HRC itu mirip CBR1000RR pada frem dengan suspensi warna emas. Latar hitam ruang nombor jentera lumba direka baik pada muka jentera.

HONDA CBR 1000 RRW (2018)
HONDA CBR250RR HRC COLOR
HONDA CBR250RR HRC COLOR (2)

Khabarnya, CBR250RR (2019) bakal didedahkan bulan depan dan warna sedia ada akan mengalami perubahan. Model sportbike suku liter versi 2019 itu akan ditawarkan dalam warna merah baharu, selain triwarna (Disember). Warna lama pula, merah tradisional dan perak akan disingkirkan daripada katalog.

BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?

Sebaliknya, warna putih sedia ada diteruskan, manakala hitam mengalami perubahan minor. Semua varian didatangkan dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) kecuali varian triwarna. Harga Honda CBR250RR ABS (2019) di pasaran Jepun dijangka sekitar ¥810,000 (RM29,924).

HONDA CBR250RR 2018
HONDA CBR250RR 2019

BACA >>> Apa Perkembangan Terkini Honda CBR250RR Ke Malaysia? Ini Jawapan Boon Siew Honda!

Jika Indonesia mengumumkan warna merah kusam aka matte pada Julai lalu, pasaran Jepun pula bakal memperkenalkan warna merah berkilat. Seandainya Boon Siew Honda membawa masuk CBR250RR (2019), tahun depan, pasti ramai peminat teruja dengan warna HRC ini jika dijadikan opsyen.

Apa pendapat anda?

995
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2018 MotoGP, Boon Siew Honda (BSH), GP Jepun, Honda, Honda CBR250RR, Japanese GP, MotoGP, roda2, sportbike, Yamaha R25

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
    Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
  • Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
    Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
  • Pejalan Kaki OKU Maut Dilanggar Honda Stream Dipandu Remaja
    Pejalan Kaki OKU Maut Dilanggar Honda Stream Dipandu Remaja
  • Tidak Lepas Piawai Emisi, 4 Gergasi Motosikal Jepun Bakal Hentikan 20 Model Popular
    Tidak Lepas Piawai Emisi, 4 Gergasi Motosikal Jepun Bakal Hentikan 20 Model Popular

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my