• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Proton Saga 2016 Bocor! Mampukah Cabar Perodua Bezza?

Foto Proton Saga 2016 Bocor! Mampukah Cabar Perodua Bezza?

August 4, 2016 By Abang GYL 59 Comments

8.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Proton Saga 2016
Kini tiba giliran gambar Proton Saga 2016 pula bocor, di mana gambar menunjukkan pandangan hadapan dan belakang nampak jelas. Berdasarkan gambar tersebar itu, ia seakan diambil dari dalam kilang pemasangan Proton.

Pihak Proton sudah mengumumkan bahawa Proton Saga 2016 akan dilancarkan pada September ini, iaitu selepas pelancaran Proton Persona. Jika dibandingkan Saga sedia ada, rupa model baharu ini lebih menarik, sama ada dari pandangan hadapan atau belakang.

Proton Saga 2016 Bocor

ENJIN 1.3L

Dari segi prestasi, kami difahamkan Proton Saga 2016 hanya dipadankan enjin bersesaran 1.3L, yakni 'jantung' sama digunakan model Iriz. Tiada lagi enjin 1.6L diperkenalkan pada varian Proton Saga 2016. Lebih menarik, Proton Saga 2016 dikhabarkan mempunyai mod pemanduan ECO yang bakal memberikan penjimatan bahan api lebih baik.

Proton Saga 2016 Bocor_Pandulajudotcomdotmy (2)

KEKAL HARGA LAMA?

Kami meramalkan Proton akan mengekalkan harga sama seperti model Saga sedia ada, iaitu sekitar RM35,000 hingga RM45,000.

Proton Saga 2016

PENCABAR PERODUA BEZZA?

Apa yang pasti, kehadiran Proton Saga 2016 bakal memberi cabaran hebat buat Perodua Bezza. Jika Saga 2016 mampu mengekalkan harga seperti model sedia ada, sudah pasti akan jadi kelebihan buat Proton. Bayangkan dengan harga RM35,000 anda dapat menikmati jentera berenjin 1.3L, berbanding Perodua Bezza 1.0L yang dijual pada harga bermula RM37,000. Oppsss...

Apapun, kami harap kehadiran Proton Saga 2016 ini akan melonjak kembali nama dan keyakinan orang ramai terhadap jenama Proton. Buat pembaca PanduLaju, pastikan anda setia bersama kami kerana banyak lagi info yang akan disiarkan dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan

8.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Gambar Bocor, Proton, Proton Persona 2016, Proton Saga 2016, Proton Saga 2016 bocor, Proton Saga Bocor

Comments

  1. Kechik says

    August 4, 2016 at 10:17 PM

    He2 produa memang terbaik.dan harap2 sistem keselamatan tidak ada yang tergangu seperti kenderaan2 yang bru keluar didalam negara......

    Reply
  2. Mohd Ali says

    August 5, 2016 at 8:59 AM

    Kalau suis signal sebelah kanan kan bagus selalu tersilap dgn viper bila kita biasa guna kereta jepun suis signal sebelah kanan.

    Reply
    • Mat Sbn says

      September 6, 2016 at 1:49 PM

      kalau biasa guna Saga Waja Persona versi sebelum yang ini tiada masalah indicator stalk sebelah kiri. Yang ni pun stail Eropah, isu kecik

      Reply
      • Jeritan batinku says

        September 8, 2016 at 10:42 PM

        Kalau biasa bwk BMW Audi VW Renault Peugeot pun tiada masalah juga.. Sebab sama jugak signal stick belah kiri wiper belah kanan..

        Reply
  3. anonymoes says

    August 5, 2016 at 3:19 PM

    kelebihan perodua bezza engin kecil tapi power lebih dan kelebihan elektronik dia
    kelebihan proton saga kereta dah lama keluar banyak kelemahan dia dah diperbaiki dan banyak barang aftermarket

    Reply
    • rashuk_khan2 says

      August 5, 2016 at 6:10 PM

      Menurut jiran aku yg kerja di Proton. Saga Standard harga rm34k/37k didatangkan dgn ABS/EBD. Lock pintu dlm adalah dari jenis Persona lama. serta ada ECO indicator. Garisan pada pintu, bumbung belakang mirip Preve. Rim besi 13''. Yg exec plak RM39k/42k dgn spot rim 14'' dan ada spoiler Yg premium rm45k cvt saja....ada abs,ebd, tcs, esc, ba dan hha....Bumbung mcm vios ada dan mampat. Tak kira spec apa korang beli mmg boleh tapau Bezza....

      Reply
      • AkuIs says

        August 6, 2016 at 4:55 PM

        Kalo dari segi harga & spec maybe bleh tapau bezza. Tapi dari segi kualiti belum tentu mampu menandingi perodua.. Moga2 ada perubahan dari Proton dan tidak seperti model2 sebelumnya,

        Reply
        • Seeker says

          September 1, 2016 at 5:23 PM

          Siapa kata quality perodua terbaik dri proton?.

          Reply
          • hilmi says

            September 6, 2016 at 3:14 PM

            Saya setuju

          • Syauqi says

            September 8, 2016 at 3:40 PM

            Betul..saya setuju..xde lah kualiti sangt perodua..lebih2 lagi d bandingkan dgn harga..paling yg saya x suka dgn perodua..pemanduan dia yang tak mnyeronokkan..kurang meyakinkan..pastu mahal..sekian

        • Mak Bedah says

          September 7, 2016 at 12:02 PM

          Kualiti Perodua lebih baik dari Proton???? celah bedah mana??

          Reply
          • Azmi says

            November 25, 2016 at 1:58 PM

            Mak bedah kata kualiti proton tidak ok. . Macam mana mak bedah tahu . .dari segi apa mak bedah bandingkan. . Sy ada kereta produa 1 unit, proton g2 1 unit, saga blm 1unit, vios 1 unit, preve 1 unit dan terbaru saga vvt. . Semua sama saja. . Kalu nk jimat minyak kena pandu berhemat. . Kelajuan stabil. . . Kalu pecut. . Kereta kecil pn makan minyak mcm keta besar. . .
            Kalu perjalanan jarak jauh. . Kereta cc besar lg jimat. .

  4. Jurukereta says

    August 6, 2016 at 9:12 AM

    kalau yang drive kerap drive highway saga power.
    bezza cuma untuk drive dlm bandar

    Reply
  5. naz nasir says

    August 8, 2016 at 11:01 AM

    Sy pakai person 1.6 proton dah 3 tahun,steady aje sampai sekarang,xpernah rosak ,sistem mantap,puas hati sampai sekarang

    Reply
  6. adelah.. says

    August 8, 2016 at 10:52 PM

    Jalau engine aluminium macam bezza dan axia masalah sikitlah.
    Sbbnya lebih ramai org malaysia yg malas jaga air drp yg rajin.
    Bila engin panas, tukar baru terus.

    Reply
  7. areos says

    August 10, 2016 at 6:13 PM

    Sdr Husein Mat Omar (HMO), pemilik Perodua Axia menulis dlm fb semasa memandu di berhampiran Juru, PP .."tiba-tiba steering Axia lock dan tak boleh dipusingkan...apalagi saya terus tekan brek tetapi malangnya brek juga tidak berfungsi langsung...terus menghentam railing sisi kanan dan terus ia seret kesebelah railing sisi kiri dan terus kereta saya trhenti...airbag juga tidak berfungsi.."perodua kata kete HMO ni accident sebab tayar botak tapi dinafikan oleh HMO....so ada quality issue yang serius bagi kereta perodua...HMO sedang kumpul maklumat bagi pemilik axia yang sama nasib dengannya untuk buat tindakan undang-undang terhadap perodua...

    Reply
    • Jay says

      August 31, 2016 at 2:09 PM

      Klu steering tiba2 lock bukan masalah tayar ni

      Reply
  8. Laila says

    August 11, 2016 at 4:56 PM

    Syabas PROTON.....saya amat meyakini PROTON kerana handling yang sangat bagus. terasa mantap mengambil selekoh dan tak tipu meterial. apa kebaikan jika sudah terang-terang syarikat pengeluar kereta sendiri sedia mencanang bahaya berat kereta tersebut telah di kurangkan.???? jawapanya ini adalah keuntungan pada Pengilang dan bukan pada penguna. !!!

    binaan kereta proton amat mudah untuk buat kerja baik pulih dan sevis,. berbanding kereta pesaing yang sangat sempit dan padat.

    saya tak kata Proton semua terbaik. tetapi dari pengamatan saya penguna kereta Proton setiap keluaran Proton telah menunjukan Kemahiran Proton menghasilkan Kenderaan yang kian berkualiti.

    Syabas pada Pengasas Proton. Tahniah kepada semua Pekerja Proton, dari boss besar hingga operator dan pak guard yang telah membangunkan kereta Nasional hingga kehari ini.

    Reply
    • Jay says

      August 31, 2016 at 2:11 PM

      Saya masih guna iswara thn2002 dan preve 2013. sy berpuas hati dgn kereta2 keluaran proton

      Reply
    • Cik jal says

      September 22, 2016 at 6:52 PM

      Saya telah menggunakan proton saga iswara aeroback SE sejak dr thn 2003 hingga kini.... terbaik proton... setakat sakit sikit2 biasa la pd kereta

      Reply
    • Azmi says

      November 25, 2016 at 2:13 PM

      Dari segi pemanduan untuk kereta proton sy akui memang sempurna. .

      Preve 1.6 cvt. . Very smat. . Minyak jimat dari vios 1.5A (perjalanan seremban - kangar )

      Saga vvt 2016 - mendaki bukit sangat baik( cameron highland)

      Saga vvt 2016 . . Speed . .gurun- sg.Petani 180kmh.( ini bkn high speed lg.) Masih stabil. .

      Sesiapa yg nak kepastian. . Emmm cuba sendiri.

      Reply
  9. mangga says

    August 22, 2016 at 4:03 PM

    saya guna BEZZA Auto Advance, drive dari KL - Alor Setar (jarak tak kurang 420km) isi minyak sekali saja di

    Shell Duta RM 47.00 Travel dari Tol Duta sampai Tol Juru kemudian Drive lagi melalui Tol Sg Dua hingga

    Tol Hutan Kampung. Minyak masih boleh bertahan untuk 120km lagi... Sebelum ni guna MyVi 1.3 Auto.

    Minyak kene isi dua kali (Shell Duta RM 47.00) dan (Shell Selepas Tol Juru RM 25.00) so pada saya Bezza ni

    memang jimat minyak tahap anak Gaban. Kalau Proton Saga ni boleh jimat macam tu, bolehlah saya jual

    Nissan SEG saya yang kuat pelahap minyak... Trade in ke Proton Saga...

    Reply
    • IbnuAhmad says

      August 24, 2016 at 1:04 PM

      Menarik penjimatan yg dirakam oleh Bezza yaa...

      Reply
    • Rozi Abdul Majid says

      September 5, 2016 at 5:27 PM

      Proton adalah terbaik dari segi pengendalian dan jangan cerita pasal nak jimat minyak sebab seperti saya pakai Preve, tak kan nak speed 100 km, Speed saya secara purata bila memandu ialah 120 ~ 130 km sejam, barulah kita namakan kepuasan memandu. Mana yang nak jimat minyak bolehlah pakai Bezza, axia dan yang CC kecil. Siapa kata Perodua, Nissan dan kereta-kereta Jepun Mat salleh takda masalah, malahan kalau ada problem dan rosak mau menangis nak ganti spare part.

      Reply
      • Azmi says

        November 29, 2016 at 7:38 PM

        Setuju sangat

        Reply
      • Nazrim says

        December 15, 2016 at 7:41 AM

        Terbaik. Setuju.. .. .

        Reply
    • SAYA LA says

      September 6, 2016 at 12:44 PM

      saya pakai kereta lain dari tu, ala besar sikit je dari Bezza & MyVii tu, dan keta saya takde eco drive pun sy isi minyak RM60 kat Sri Gombak, sampai kampung kat Kangar masih ada lagi 2 bar. 🙂 🙂

      Reply
      • Azmi says

        November 25, 2016 at 1:37 PM

        Saya pakai proton. . .dr thn 1986. . Org kata proton tin milo lh waktu tu. . Tapi sy ttp sy. . Proton juga sy pakai dn sy yakin dgn proton. .

        Reply
    • Hzaini says

      September 25, 2016 at 11:09 AM

      Saya x suka komen pasal petrol..
      Saya ada iriz 1..6
      Orang kata kuat minyak..
      Dari penang sampai temerloh ..satu tank singgah genting h.land..
      Cara pemanduan..
      H.way 150++

      Reply
  10. Org kb says

    August 27, 2016 at 1:50 PM

    Sy juga guna bezza 1.3 auto premium x. Minyak mmg jimat. Dr kb ke gua musang pastu balik kb hanya guna rm35 je. Rasa mcm x caya tp mmg btul. Sy juga guna alza dn kancil. X pernah ada problem. Kancil tu thn 2003 lg. Bagus la kalu saga pun dpt jimat minyak. Pakat2 la beli keta malaysia. X perlu beĺi keta import dn hope proton dn perodua brsaing secara sihat.

    Reply
    • Jay says

      August 31, 2016 at 2:15 PM

      Oo ya koo..KB - G musang 180km.. gi balik 360km. Minyak dlm 10sen utk 1km

      Reply
      • mrbomb says

        September 23, 2016 at 11:28 PM

        axia isi full dari kat subang jaya, sampai gua musang topup 30 ringgit, baru masuk rm25.80 dah limpah. :3 memang jimat gila. tapi belakang bontot lori la naik bukit kalau start slow, awal2 lagi kena pecut.. haha

        Reply
    • Nazrim says

      December 15, 2016 at 7:45 AM

      Sekarang saya dah xkisah sangat pasal minyak. Yang saya kisah pasal tol yang mahal. Minyak kereta jimat tapi yang tak tahan ialah harga tol. Mengalahkan minyak kereta saya.

      Reply
  11. Eazman says

    August 31, 2016 at 1:00 AM

    Saya dah tukar kpd honda.. mcm susah nak balik kpd perodua atau proton..syabas yg beli proton dan perodua..sbb dah puas pakai perodua dan masa untuk beralih kpd kereta lain.

    Reply
  12. raunA says

    September 2, 2016 at 5:36 PM

    Saya pengguna preve 1.6 auto cvt 2013. Pandu dari pontian-simpang renggam-air hitam-yong peng- segamat-muadzam- kuantan- kuala terengganu. Minyak tinggal 2 bar lagi. Isi di petron rm63. Preve jalan jauh memang jimat. Tak berapa sesuai untuk jalan dalam bandar. Setakat ni alhamdulillah memang puas hati.

    Reply
  13. Lee Chai Wah says

    September 8, 2016 at 7:02 AM

    Tapi ku guna proton bezza hantar anak ke sekolah 37km sudah pakai minyak petrol rm10....rasanya mahal.Ada siapa ada kira manual petrol selain memandu dekat highway.

    Reply
  14. P1P2fan says

    September 15, 2016 at 7:54 AM

    Saya pengguna viva dari 2010. Setakat ni ok kecuali bberapa perkara.
    Saya dah 3 kali jmpa kereta myvi sangkut di traffic light dan baru baru ni viva juga stuck di traffic light.

    Reply
  15. Sagittarius says

    September 15, 2016 at 6:59 PM

    Sy nk tunggu pelancaran saga baru sebab nk tengok kelebihan dia. Nk trade in myvi 2008 yg baru sy beli 3 tahun lepas. Sebab macam2 kerosakan perlu diperbaiki. Seronoknya myvi ni luas, jimat minyak dan tinggi. Bawa anak saudara yg tinggi galah pon tak risau. Saga, tunggu da lihat. Saga atau bezza.....hihiiii, wajar tak?

    Reply
  16. yeyn says

    September 24, 2016 at 12:00 AM

    Paling tak BEZZ pasal proton ni ialah SERVIS... dari dulu sampai skrg tiada peningkatan.... dh la mahal

    Reply
  17. Protondua says

    September 24, 2016 at 6:44 AM

    Kete takat main highway mmg kompom la jimat. Lg plk kalo kaki jenis tekan minyak rilek2.. Org mlaysia ramai abaikn bab safety tp pling utamakn jimat minyak.. So x perlu la nk loyal sgt dgn 1 brand jer, mne yg elok kite support.
    Produa mnyk mmg jimat sket dr proton tp feel bawak mmg lngsung xde. Proton feel bwk mmg superb tp contra dgn mnyk yg kuat sket laa..

    Tp serius smpai skrng aku tgelak bile tgk bezza atas jln.. Xtau knape..
    Bentuk die.. aduii.. x proportionate btul.. huhuu

    Reply
    • Nazrim says

      December 15, 2016 at 7:47 AM

      Setuju... . hihi

      Reply
  18. autoconpius says

    September 25, 2016 at 3:22 PM

    saiz tayar bezza nampak kurang lebar. kalau tukar dengan tayar lebar mungkin dh kurang jimat minyak kot.

    Reply
  19. Whatever says

    September 28, 2016 at 7:21 PM

    Pape je la. Komen2 kt sini bkn boleh percaya sgt pun.

    Reply
  20. Atok says

    September 28, 2016 at 9:11 PM

    Aku bli myvi 2009. Ngam lps 1 thn exzos gasket rosak. Nk repair kat parodua servis dlm rm 16+.++klau x silap. Tngh tunggu turn dngr perbualan tlpn kerani n customer baru beberapa minggu tukar exzos gasket rosak smula. Aku x jd repair trus g workshop luar repair rm 50.00.

    Reply
  21. kapcai port klang says

    September 29, 2016 at 3:48 AM

    Hmmm.... ok2. Citer mudah camni je. Nak cari keta jimat minyak dan mampu milik. Mampu milik ni subjektif.... jadi kena tengok poket gak. Dok gila kejar vios last2 suffer bayor bulan2 + insuran yang tinggi. Baik angkat axia standard E je.

    Vios vs Axia = Vios lagi jimat minyak.
    Vios vs Myvi = Vios lagi jimat minyak
    Vios vs Bezza 1.3 = Aku tak tahu. Walaupun bezza guna enjin NR-VE, tapi at the moment, aku tak dapat feedback dari org yang dah guna. But looks like menghampiri jimat vios sebab dual vvti. Looks like ye.... perodua/toyota memang pakar bodohkan orang. Ko ingat toyota senang2 ker nak kasi ranap sales vios depa?

    Proton ni.... hmmm.... bab jimat minyak vs model terkini perodua (kecuali myvi 1.5 dan alza), memang sah perodua lagi jimat. Tapi proton punya kereta bila korang tengok betul2, dia ada feel sket kereta setanding kereta import. Perodua ni.... hmmm.... janji ada rupa keta dah boleh jual sebagai kereta. Perodua lagi kualiti? Hmm.... proton punya kualiti pun dah setanding perodua.

    Iriz vs saga = Saga lagi jimat. Enjin sama tapi aku x tahu apa pasal jadi camni.
    Persona vs iriz = Hahaha.... sapa x kenal campro 1.6 proton. Pelahap minyak

    Korang berkemampuan nak beli keta nearly 100k? Ok, mari kita lihat

    Vios vs honda city = Aku x tahu
    Vios vs almera = Vios. Please jangan beli almera. Minyak sama cam saga, pickup lagi lembab berbanding saga
    Vios vs attrage = Aku x tahu. Cuma aku agak... minyak sama tapi attrage lembab. Yela, cc kecik.

    So overall, vios still the best dari segi fc dan power. Tapi klu ko tanya aku, daripada aku beli vios seken hand 40k, baik aku beli bezza baru. Sebab aku bukan kaya sangat. Hahaha..... Vote keta baru berbanding vios seken.

    Perasan tak komen yang korang baca kat internet. Puji tinggi melangit. Tengok2..... kereta pertama beli. Dah tu camne dia nak komen secara tepat sedangkan dia tak pernah memiliki kereta lain.

    Reply
  22. Max says

    September 29, 2016 at 1:14 PM

    selama ni aku godam kete seken je... taun depan nak test kereta baru kot, Cuma otak tengah fikir BEZZA or Saga Baru 2016. huhuu........

    Reply
    • Azmi says

      November 25, 2016 at 2:22 PM

      Pilih saga hehehe. .

      Reply
      • Nazrim says

        December 15, 2016 at 7:52 AM

        Betul. Klu saya pun pilih saga baru.

        Reply
  23. Izz steady says

    October 1, 2016 at 8:31 PM

    Family saya baru beli perodua bezza and selang beberapa minggu diikuti proton persona dan proton saga....kami sekeluarga memang lebih selesa dengan kedua2 jenis jenama kenderaan sebab kedua2 nya sangat bagus macam proton mmg power tp ade kekurangannya, perodua pulak mmg cekap dengan enjinnya tp sama juga ade kekurangannya....tp rakan2 saya cakap perodua kualiti barangan luar dan dalam mmg lebih berbanding proton dan tahan lama ttp proton pon ape kurangnye enjin pon power but ade org ckp (bukan saya cakap)barang/komponen dalaman proton x tahan lama ....

    Sekian

    Reply
  24. klon says

    November 23, 2016 at 8:24 PM

    saya pakai viva lagi jimat dan laju

    Reply
    • Azmi says

      November 25, 2016 at 2:30 PM

      Viva jimat dn laju. . Berapa kmh tuan speed. . Cc keta kecik. . Pandu laju2 . .brapa rpm naik. . .bila pandu laju cc kecil. .bermakna tuan telah memaksa injin keta tuan berkerja keras. . Xsempat abis bayar 108 bln. . Injin keta tuan dah bunyi mcm nak luruh . . . Byng2kn lah. .

      Reply
      • Nazrim says

        December 15, 2016 at 7:53 AM

        Hahaha... ..

        Reply
  25. budakposhe says

    November 25, 2016 at 10:57 PM

    Ok lah. Aku satu family pakai proton wira 1.5 dan saga flx se 1.6. Sb..sb bila perjalanan jauh paling best drive laju kt highway.. (bab nk jimat minyak toksah cter la kalau proton) enjin CVT so tak terasa tsengguk2 time drive. Just saga flx se 1.6 ni enjin mmg bising dan mmg rase cm drive kete lumba..paling best masa selekoh..saga flx sgt2 bagus..
    ..

    Pernah drive Myvi,alza,viva,kancil....tapi.sisi kecik ni aku tak berapa nak pergi sgt... Serius lah aku tak boleh...knp tah mind set aku ni tak minat keluaran produa...tapi utk interior mmg produa win .serius Weyh.., proton still mcm tu jugek.. Takde yg menarik sgt..
    Walaupun proton skang agak kureng. Tpi still yakin dgn tahap power dari segi enjin dan keselesaan.

    Cuma bab minyak.jgn sembang lah. Seminggu 2 kali isi. Haha.

    Reply
  26. Azmi says

    November 29, 2016 at 7:57 PM

    1. Campro IAFM . . Minyak ada kuat cikit
    2. Campro IAFM + . Jimat dari no.1
    3. Campro CFE lagi jimat dari no.1 dan no.2
    4. Campro vvt lebih jimat dari sume diatas. .
    Siapa kata proton tiada peningkatan

    Reply
    • Nazrim says

      December 15, 2016 at 7:55 AM

      Ini dah siap bilang satu-satu ni. Terbaiklah

      Reply
  27. Mat says

    December 26, 2016 at 7:28 PM

    Saya baru beli persona executive. Memang terbaik bos. Ruang kabin dua tona. Masuk haiwey walaupun bawak melebihi 120km tahap kebisingan di luar tak kuat. Seat belakang lebih condong memberi kepuasan pada penumpang. Bonet saiz 510liter terbaik

    Reply
  28. taboogen says

    December 28, 2016 at 1:00 PM

    korang perasan tak saga ni ada bodykit tapi masa luching takde pn versi ni.. mana pergi ekk

    Reply
  29. Unknown says

    January 18, 2017 at 11:57 PM

    Saga baru atau axiaa. ? Confiussss amatt.

    Reply
  30. Raihan says

    April 26, 2017 at 7:07 PM

    Saga baru atau bezza?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my