Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Mustang Mach-E – Crossover EV Berkuasa dengan Jarak Perjalanan Hingga 600km!
Roda4

Ford Mustang Mach-E – Crossover EV Berkuasa dengan Jarak Perjalanan Hingga 600km!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD memperkenalkan butir terperinci crossover bateri-elektrik Mustang Mach-E serba baharu, terdiri daripada dua saiz bateri, dua opsyen trenkuasa dan satu edisi khas.

Crossover ini didatangkan dengan standard sistem pacuan roda belakang (RWD) dalam dua opsyen enjin: 75kWh (254hp) atau 99kWh (281hp) yang masing-masing menawarkan anggaran jarak perjalanan 450km dan 600km.

BACA >>> Toyota, Subaru Jalin Kerjasama Hasilkan Platform EV, Crossover Akan Jadi Model Pertama

Tork dihasilkan Mach-E dihadkan pada 415Nm utnuk membantu crossover ini mencapai jarak perjalanan paling jauh berbanding Mach-E lain. Varian paling mahal ialah versi pacuan semua roda (AWD) dengan tork 582Nm daripada trenkuasa sama (254hp). Ia turut menawarkan kombinasi kuasa setinggi 99kWh (332bhp), untuk jarak 540km menurut kitaran WLTP.

Semua bateri ada jaminan 8 tahun atau 160,000km, tetapi tidak diketahui seberapa banyak prestasi yang akan hilang atau merosot sebelum tiba tempoh tamat hayat itu.

Ford Mustang Mach-E

Model standard mampu memecut 0-100kmj dalam masa kurang 8 saat untuk kedua-dua varian, manakala versi AWD  mengambil masa kurang 7 saat. Bagaimanapun, angka kuasa itu masih belum disahkan sepenuhnya, tetapi kelajuan maksimum untuk semua Mach-E dikatakan 179kmj. Versi GT (foto atas) pula mampu memecut  100kmj sepantas kurang 5 saat dan akan tiba menjelang musim panas 2021.

Pengecasan boleh dibuat menggunakan soket domestik AC. Itu pun jika anda ada banyak masa terluang untuk menunggu berhari-hari lama. Jadi, pemiliki disarankan membeli peti cas khas 11kW Ford Connected Wallbox untuk tempoh mengecas sepanjang malam.

Di ruang awam, Mach-E boleh dicas hingga 150kW menggunakan soket DC (130kW untuk pek bateri 75kWh) dan mampu meningkatkan peratusan cas daripada 10 peratus kepada 80 peratus dalam masa 38 minit (75kWh), atau 45 minit (99kWh). Berat kerb Mach-E di bawah dua tan untuk varian aras mula, dan lebih 2.2 tan untuk edisi khas First Edition, iaitu varian AWD yang dilengkapkan dengan opsyen dan output paling berkuasa sebagai ciri standard.

Dimensi Mach-E memiliki panjang 4,712mm, lebar 1,881mm dan tinggi 1,597mm tinggi, sama seperti sedan biasa lain, menjadi ia 150mm lebih rendah dan hampir 110mm lebih tinggi daripada Mondeo, atau Fusion di Amerika Syarikat.

Masih tidak jelas sama ada teknologi yang ada akan menjadi ciri standard semua model, tetapi Ford mendakwa antaramuka skrin sentuh berpusat 5.5 inci ala-Tesla, keupayaan pemanduan satu pedal yang sama seperti Nissan Leaf, kapasiti but 100 liter dan kemudahan menggunakan telefon pintar sebagai kunci. Diilhamkan daripada Tesla, kemas kini perisian akan dihantar terus secara atas talian.

Mach-E ini juga memiliki fungsi buka pintu but dan kawalan imobiliser jarak jauh menerusi aplikasi mobil sekiranya berlaku kecurian. Dalam opsyen Pek Teknologi, pengguna diberikan fungsi Amazon Alexa dengan ciri kamera 360º dan semua sistem keselamatan standard.

Varian paling murah diberikan rim aloi 18 inci (19 inci untuk varian atasan) dan tiada lampu utama LED penuh, kerusi depan elektrik dengan 8-tetapan, atau kaliper brek merah. Bagi pilihan First Edition, pembeli akan mendapat edisi bumbung panoramik penuh, but elektrik, set audio 10 pembesar suara Bang & Olufsen, dan opsyen warna khas, Grabber Blue Metallic.

BACA >>> SUV EV – Mercedes-Benz EQ C Mampu Gerak Sejauh 482km

Pilihan warna lain sedikit membosankan, iaitu hitam, dwi-putih, perak dan kelabu, tetapi diserikan biru dan merah untuk memberikan imej elegan.

GALERI
Ford Mustang Mach-E

SUMBER: CarThrottle

Crossover Crossover EV EV Ford Ford Mustang Ford Mustang Mach-E Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kereta elektrik Roda4 SUV EV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.