Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Mustang Dark Horse (2023) Baharu, Mustang Prestasi Tinggi dengan Kuasa 500hp!
Roda4

Ford Mustang Dark Horse (2023) Baharu, Mustang Prestasi Tinggi dengan Kuasa 500hp!

Abang HirataBy Abang Hirata19/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Ford bukan saja memperkenalkan Mustang (2024) baharu, tetapi turut menghangatkan tawaran menerusi pengenalan Mustang Dark Horse yang lebih berkuasa dan menumpukan pemanduan litar.

Berdasarkan sejarah, Mustang pernah menampilkan beberapa edisi dan Mustang Dark Horse ialah jenama prestasi baharu selepas Mustang Bullitt (2001).

BACA >>> Mustang Klasik Bikin Jadi Elektrik, 536hp, 1500Nm, Harga 1.9 Juta!
BACA >>> Laju-Laju Nak ke Mana? Mustang Terbang, Jatuh Bersepai Langgar Pengadang Konkrit

Mustang Dark Horse menampilkan gaya ‘jahat’ dengan enjin 5.0L V8 diubah suai dan juga paling berkuasa setakat ini, 500hp! Kru Ford khas, yang terdiri daripada jurutera, pereka dan pakar mengambil tempoh lebih tiga tahun menghasilkan model ini yang juga dibuat untuk pemanduan litar.

Trenkuasa
  • Enjin 5.0L V8 Gen IV yang diubah suai.
  • Aci sesondol (camshaft) baharu talaan khas Mustang Dark Horse.
  • Dual-badan terotel (throttle-body) dengan suapan masukan udara dua kali ganda untuk mendapatkan prestasi maksimum.
  • Transmisi manual 6-kelajuan TREMES dengan tombol titanium cetakan 3D.
  • Transmisi automatik 10-kelajuan dengan pedal syif.
Performance Package Sebagai Standard

  • Penyejuk minyak enjin tambahan, penyejuk minyak transmisi (dengan transmisi automatik) dan penyejuk gandar belakang.
  • Radiator lebih ringan dengan penolakan rendam haba lebih tinggi, kipas penyejukan lebih berkuasa.
  • Diferensial gelincir terhad (LSD) Torsen.
  • Palang anti-oleng belakang lebih besar, pendakap belakang dan damper depan tugas berat.
  • Suspensi aktif MagneRide.
  • Kaliper brek depan Brembo 6-piston dengan cakera lebih besar (13.9 inci).
  • Rim 19 x 9 inci (depan), dan 19 x 9.5 inci (belakang) yang dibalut tayar Pirelli P Zero PZ4.
  • Sistem brek parkir elektronik (EPB) untuk kegunaan litar.
  • Brek Parkir Elektronik Prestasi (Performance Electronic Parking Brake, PEPB) untuk pemandu novis mempelajari dan meningkatkan kemahiran drift dan sistem siapa ada dan sedia digunakan untuk pelumba mahir.
Penampilan luaran Mustang Dark Horse
  • Lampu depan LED dengan rekaan bayang sekeliling lampu.
  • Gril hitam kilat corak trapezoid.
  • Bawah bampar baharu dengan taring berkilat.
  • Spoiler belakang, dan difuser ala lumba.
  • Muncung ekzos gelap.
  • Logo asal Mustang digantikan logo Mustang Dark Horse pada gerbang roda, sil pintu dan but.
  • Logo pony kekal di depan dalam kemasan Dark Tarnish.
  • Logo pony pada kluster instrumen dan paparan multi-info digital (MID) digantikan Mustang Dark Horse.
  • Setiap kereta mempunyai nombor casis individu dengan warna metalik eksklusif, Blue Ember.
  • Pakej Appearance dengan kaliper brek Brembo warna Notorious Blue Brembo dan logo Grabber Blue lebih terang.
Dalaman Mustang Dark Horse
  • Stereng bawah rata lebih tebal dengan pedal syif perak dan butang mod pemanduan.
  • Kluster instrumen digital 12.4 inci.
  • Tali keledar biru.
  • Mustang Dark Horse Appearance Pack dengan kerusi warna Indigo Blue corak khas.
  • Kemasan dan saluran warna Black Alley menggantikan aksen perak pada Mustang lain.
  • Sistem audio B&O dengan 12 pembesar suara dan subwufer.

Selain ciri di atas, ada lagi buah tangan lain, iaitu rim gentian karbon Carbon Revolution yang bakal ditawarkan kemudian hari.

BACA >>> Ford Pro Electric SuperVan Ini Berkuasa 2,000hp, Mampu Pecut 0-100kmj Bawah 2 Saat!
BACA >>> Prototaip Ford Capri RS3100 (1972) Ini Catat Rekod Dunia, Dilelong Lebih RM400k!

Ford Ford Mustang 2024 Ford Mustang Dark Horse Ford Mustang Dark Horse 2024 kereta muscle muscle car Mustang Dark Horse Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    12/05/2026
    Chery Tiggo V 2026
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tiggo V Diperkenal, SUV ‘Transformer’ yang Gabungkan MPV, Trak Pikap dan RV dalam Satu Badan

    11/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.