Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mustang Klasik Bikin Jadi Elektrik, 536hp, 1500Nm, Harga 1.9 Juta!
Roda4

Mustang Klasik Bikin Jadi Elektrik, 536hp, 1500Nm, Harga 1.9 Juta!

Abang HirataBy Abang Hirata09/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERALIHAN kepada teknologi elektrifikasi menghasilkan pelbagai cetusan idea evolusi dan revolusi. Bukan setakat kereta baharu, model klasik juga dizahirkan semula dengan teknologi elektrifikasi.

Terbaharu, Electric Mustang by Charge Cars ditayangkan buat kali pertama sempena Salon Privé London pada 21 April lalu. Itu bukan sekadar tontonan kerana pelanggan turut boleh menempah kenderaan elektrik (EV) tersebut.

Di pasaran, sudah ada syarikat menawarkan pengubahsuaian kereta klasik kepada EV. Cuma  versi ini tampil menarik kerana melibatkan model sport popular Mustang. Projek ini bukan daripada Ford, tetapi syarikat EV Charge Cars dari London dengan kakitangan berpengalaman luas dalam bidang pembangunan kenderaan mewah dan prestasi tinggi.

Berikut ciri Electric Mustang by Charge Cars:

  • Diubah suai daripada Mustang Fastback 1967.
  • Terhad 499 unit sahaja.
  • Hasil usaha selama enam tahun dan pertama kali ditayangkan dalam bentuk prototaip pada 2019.
  • Menggunakan badan besi (body shell) baharu dengan pelesenan Ford dan panel badan komposit bagi mengurangkan berat kereta.

  • Teknologi EV daripada rakan kerjasama, Arrival yang membekalkan perisian dan teknologi perkakasan.
  • Mempunyai empat motor berkuasa 536hp dan tork 1,500Nm.
  • Ada fungsi pemvektoran tork (torque vectoring).
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.9 saat sahaja.
  • Jarak pandu 402km dengan bateri modular 64kWh dan keupayaan mengecas pantas hingga 50kW.

Pameran di London itu bukan setakat pengenalan rasmi, tetapi pelanggan boleh menempah berserta aksesori pilihan peribadi, termasuk tontonan secara realiti maya (VR). Hargas seunit model khas ini ialah £350,000 (RM1,926,170)

BACA >> Ford Mustang California Special (2022), Sensasi Amerika Kini di Eropah, Harga RM285k
BACA >> Rumah Tiada Elektrik? Ford F-150 Lightning (2022) Boleh Bantu Cas Sampai 3 Hari!

Charge Cars Electric Mustang Electric Mustang by Charge Cars EV Ford Mustang Mustang Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.