Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ford Mustang California Special (2022), Sensasi Amerika Kini di Eropah, Harga RM285k
Auto Terkini

Ford Mustang California Special (2022), Sensasi Amerika Kini di Eropah, Harga RM285k

Abang HirataBy Abang Hirata23/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD Mustang ialah model sport yang sinonim dengan Amerika Syarikat (AS) yang memberikan imej cool dengan aura tersendiri kepada si pemandunya. Bagi gaya lebih ‘Amerika’, pandu saja model kovertibel sambil memakai cermin mata hitam dengan rambut bebas ditiup angin.

Kini gaya pantai barat Amerika itu dibawa merentasi lautan Atlantik menerusi Ford Mustang California Special (2022) yang ditawarkan secara rasmi di Eropah. Model itu menyertai siri Mustang lain di Eropah seperti Mustang GT fastback dan konvertibel, termasuk varian prestasi Mach 1,model elektrik Mach-E dan Mach-E GT.

Membawa semangat model asal 1968, Mustang California Special (2022) hanya ditawarkan dalam gaya badan konvertibel dengan bumbung lipat untuk gaya klasik dan sensasi pemanduan terbuka.

Berikut ciri Mustang California Special (2022) versi Eropah:

  • Enjin 5.0L V8 berkuasa 458hp dan tork 529Nm dengan transmisi manual 6-kelajuan dan fungsi padanan rev.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 4.8 saat untuk transmisi manual, dan 4.5 saat untuk transmisi automatik 10-kelajuan.
  • Ada mod Good Neighbour dengan fungsi had bunyi ekzos yang boleh diprogramkan mengikut masa.

  • Ciri Diferensial gelincir terhad (LSD) diberikan standard, dengan pilihan sistem suspensi MagneRide®.
  • Sistem suspensi beroperasi automatik dengan pengawasan 1,000 kali per saat dan sistem elektronik bagi mengawal bendalir untuk memadankan redaman mengikut kondisi pemanduan.
  • Ciri eksklusif seperti lencana khas dan grafik California Special.
  • Gril corak sarang lebah (honeycomb) warna Ebony Black (hitam), dan lencana GT/CS warna Race Red (merah).
  • Spliter depan besar dan pilihan skup udara sisi.
  • Rim aloi lima jejari saiz 19 x 9 inci di depan dan 19.5 inci di belakang dengan warna Carbonised Grey (kelabu) yang sepadan komponen lain seperti spliter, skirt sisi dan difuser belakang.
  • Braket suspensi depan dengan logo California Special.
  • Kerusi depan dengan fungsi pemanas dan penyejuk.
  • Kerusi kulit dan trim pintu dengan sebahagian kemasan sued kelabu Miko®, iaitu material sintetik daripada poliester kitar semula.
  • Logo GT/CS pada kerusi dan karpet kaki.
  • Kluster instrumen 12 inci dengan panel aluminium Carbon Hex
  • Sembilan warna dengan pilihan signatur Grabber Blue (biru) dan Cyber Orange (jingga).

Selain ciri disebutkan, Mustang ini dilengkapi teknologi bantuan pemandu standard seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Bantuan Pra-Pelanggaran (PCA) dan Amaran Kekal Lorong (LKA). Mengenai harga, model ini ditawarkan bermula  £52,105 (RM285,890) untuk pasaran Britain.

Jika sudah jatuh cinta memandu Mustang konvertibel ini, anda mungkin boleh cuba jenguk mana-mana pengimport bebas (AP) yang membawa masuk ke pasaran tempatan.

BACA >>> Rumah Tiada Elektrik? Ford F-150 Lightning (2022) Boleh Bantu Cas Sampai 3 Hari!
BACA >>> Volkswagen Dedah Foto Awal Amarok Baharu, Kongsi Enjin, Platform Ford Ranger!

Ford Ford Mustang Ford Mustang California Special Ford Mustang California Special (2022) Mustang California Special
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    23/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.