Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Pro Electric SuperVan Ini Berkuasa 2,000hp, Mampu Pecut 0-100kmj Bawah 2 Saat!
Roda4

Ford Pro Electric SuperVan Ini Berkuasa 2,000hp, Mampu Pecut 0-100kmj Bawah 2 Saat!

Abang HirataBy Abang Hirata07/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROJEK menghasilkan van penumpang berkuasa luar biasa bukan kerja aneh. Memang ada saja pengeluar yang muncul dengan projek van prestasi yang menggiurkan.

Projek terbaharu itu dapat dilihat melalui Ford Pro Electric SuperVan berkuasa 2,000hp dengan pecutan 0-100kmj di bawah 2 saat! Van iatu adalah kesinambungan siri Supervan Ford sejak berdekad lalu.

BACA >>> #BikinKereta: Ford Transit Custom – Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty
BACA >>> Fakta Unik, Van Komersial Ford Transit Custom Jadi Kenderaan Kedua Terlaris di Britain

Bagaimanapun, Ford Pro Electric SuperVan bukan untuk dijual kepada umum, tetapi cuma kenderaan elektrik (EV) versi demonstrasi yang dibangunkan Ford Performance secara rahsia bersama pakar rali dan perlumbaan elektrifikasi dari Austria, STARD.

Rekabentuk van itu dihasilkan pusat rekabentuk Ford Design di Cologne, Jerman. Berikut ciri Ford Pro Electric SuperVan:

Trenkuasa

  • Empat motor elektrik dengan sistem pacuan semua roda (AWD).
  • Pek bateri 50kWj penyejukan cecair yang dipasang untuk agihan berat optimum dan pusat graviti rendah.
  • Cas penuh sekitar 45 minit menggunakan pengecas EV pantas standard.
Rekabentuk Luaran
  • Direka Ford Design, Cologne, Jerman.
  • Komponen menggunakan input Ford Performance dan STARD seperti spliter depan, skirt sisi, difuser belakang.
  • Rekabentuk belakang radikal dengan potongan ke dalam dan sirip menghala ke spoiler belakang bagi menjana daya mendap dan lebih cengkaman di litar.
  • Mengekalkan ciri van dengan muatan di belakang dan pintu di sisi.
Casis dan Suspensi
  • Kombinasi Lantai Ford E-Transit Custom dengan kerangka ruang (spaceframe) besi dan panel badan daripada komposit.
  • Subfrem depan dan belakang lumba.
  • Suspensi double wishbone dengan ukuran tidak sama panjang.
  • Rangka keselamatan penuh.
Sistem Elektronik dan Mod Pemanduan

  • Skrin sentuh SYNC diambil daripada Mustang Mach-E yang mengawal sistem konektiviti canggih dan maklumat.
  • Dilengkapi fungsi perancangan laluan, carian pengecas, sambungan WiFi dan membuat panggilan telefon melalui skrin SYNC.
  • Opsyen mod pemanduan melalui skrin bagi menetapkan tork, brek regeneratif dan respons kawalan seperti berikut:
    • Road: Pemanduan normal.
    • Track: Untuk mengimbangkan kelajuan dan selekoh di litar menggunakan tayar slik.
    • Drag: Untuk pecutan maksimum di litar drag menggunakan tayar lumba drag.
    • Drift: Untuk drift, demonstrasi dan pemanduan ketika salji.
    • Rally: Untuk prestasi optimum atas jalan berturap dan kelikir dengan tayar khas.

  • Kawalan traksi, kawalan mula pandu dan pengehad halaju laluan pit.
  • Tiga tahap brek regeneratif sama seperti Mod L pada van E-Transit.
  • Mod ECO untuk kecekapan optimum.
  • Butang E-Boost untuk lonjakan kuasa dan tork sementara.
  • Mod Tyre Cleaning dengan fungsi brek sebelah roda dan sebelah lagi diligatkan untuk aksi burnout bagi membersihkan dan memanaskan tayar sebelum beraksi.
  • Fungsi penghantaran data masa nyata untuk pengurusan kenderaan dari jauh.
  • Boleh diawasi jurutera Ford Performance menerusi perisian pengurusan khas dan menterjemah data kepada maklumat seperti kelajuan, masa pusingan dan sistem kenderaan.

Ford Pro Electric SuperVan ini dipandu Romain Dumas dalam acara permotoran Goodwood dan pernah mencatatkan rekod di Goodwood dan Pikes Peak, termasuk menang empat kali perlumbaan enduran 24 Hours of Nürburgring.

Siri SuperVan Ford pertama dimulakan pada 1971 dengan Transit Mk.1 yang dikuasakan enjin Ford GT40 dengan menjuarai perlumbaan Le Mans. SuperVan 2 pula menyusul melalui van Transit Mk.2 dengan badan dibuat daripada gentian kaca dan enjin Cosworth V8 berkuasa 590hp yang digunakan kereta lumba Ford C100.

SuperVan 3 pula menggunakan enjin Cosworth HB 650hp yang dikongsikan daripada jentera Formula Satu (F1).

BACA >>> Ford Ranger Raptor (2022) Buka Tempahan di UK, Harga Mula RM316k!
BACA >>> Risau Terlajak Laju? Ford Kaji Sistem Tetapan Had Laju Automatik!

Ford Pro Electric SuperVan

Siri Ford SuperVan:

Auto Terkini EV Ford Ford Pro Ford Pro Electric SuperVan Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 Van Elektrik Van EV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, Rim 24 Inci, Lengkap Pintu Suicide!

    04/05/2026
    Demonstrasi ujian perlanggaran Chery Tiggo 9 dan Chery Tiggo 7 Pro di Wuhu, China.
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tayang Ujian Perlanggaran Tiggo 9, Tiggo 7

    04/05/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Kos Subsidi Bahan Api Meningkat RM5 Bilion Sebulan

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    Protected: EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.