• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Ranger Raptor (2022) Buka Tempahan di UK, Harga Mula RM316k!

Ford Ranger Raptor (2022) Buka Tempahan di UK, Harga Mula RM316k!

June 4, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


FORD Ranger Raptor
menawarkan sensasi tersendiri untuk segmen trak pikap. Ini bukan trak pikap biasa, Raptor ialah model yang menggabungkan prestasi dalam satu pakej. Harga pula bukan biasa-biasa, tetapi kekal mendapat sambutan seperti yang boleh dilihat dalam negara kita.

Beberapa tahun di pasaran, Ford memperkenalkan Ranger Raptor baharu, Februari lalu. Tidak lama kemudian, pengeluar dari Amerika Syarikat (AS) itu melancarkan model tersebut di negara jiran, Thailand, penghujung Mac lalu.

Ranger Raptor baharu dijana enjin 3.0L EcoBoost V6, sama seperti Bronco Raptor. Enjin yang lebih besar juga bermakna kuasa lebih tinggi dengan angka 395hp dan tork 583Nm, atau 286hp dan tork 491Nm untuk pasaran Eropah. Sebagai perbandingan, Ranger Raptor 2.0L EcoBlue Biturbo Diesel berkuasa 211hp dan tork 500Nm.

Mengenai harga, Ranger Raptor pasaran Thailand dijual 1,869,000 baht (RM239,770).

Terbaharu, Ford membuka tempahan Ranger Raptor untuk pasaran Britain. Berapa harganya? Bermula £57,340 (RM316,330) termasuk cukai, manakala penghantaran akan dibuat dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Pengguna Britain turut ditawarkan beberapa pilihan seperti berikut:

  • Raptor Splash Decal Pack: £600 (RM3,310).
  • Raptor Pack: £1,860 (RM10260) yang terdiri daripada palang kargo belakang dan penutup kargo berkuasa.
  • Warna Code Orange (jingga): £720 (RM3,970).
  • Warna lain: Arctic White (putih) dan Blue Lightning (biru).

Selain enjin berkuasa, Ranger Raptor menggunakan komponen premium seperti suspensi FOX® Live Valve dan sistem ekzos aktif dengan empat mod untuk pelarasan bunyi berbeza. Pemanduan pula, ada tujuh mod boleh dipilih untuk merentasi pelbagai permukaan muka bumi.

Bahagian dalam, papan pemuka Ranger Raptor ibarat kereta elektrik dengan kluster instrumen 12.4 inci digital sepenuhnya dan unit infotainment skrin sentuh 12 inci.

Bagaimanakah pasaran tempatan? Masih belum kedengaran dan bagaimanakah pula enjin besar 3,000 cc yang menggunakan bahan api petrol? Bolehkah pengguna tempatan menerimanya? Tidak dinafikan pengguna tempatan agak sensitif dengan enjin besar, tetapi ia perkara biasa untuk segmen trak pikap.

Namun, ada laporan mengatakan Ford bakal memperkenalkan Ranger Raptor dengan enjin diesel 2.0L Biturbo di beberapa pasaran terpilih.

BACA >>> Ford Mustang California Special (2022), Sensasi Amerika Kini di Eropah, Harga RM285k
BACA >>> Rumah Tiada Elektrik? Ford F-150 Lightning (2022) Boleh Bantu Cas Sampai 3 Hari!

Ford Ranger Raptor 2022.01
Ford Ranger Raptor 2022.02
Ford Ranger Raptor 2022.03
Ford Ranger Raptor 2022.04
Ford Ranger Raptor 2022.05
Ford Ranger Raptor 2022.06
Ford Ranger Raptor 2022.07

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Ranger, Ford Ranger Raptor, Ford Ranger Raptor 2023, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
  • Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan
    Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my