Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Ford Keluarkan LEGO Sempena Rai Kemenangan WRC 2017
Autotainment

Ford Keluarkan LEGO Sempena Rai Kemenangan WRC 2017

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD meraikan kemenangan dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) 2017 dengan mengeluarkan miniatur kereta rali hasil kolaborasi dengan syarikat mainan kubikel popular, LEGO.

Ford Fiesta M-Sport WRC kini menyertai jentera lumba lain dalam siri Speed Champions seperti 1968 Mustang Fastback, dan dijual pada harga AS$19 (RM74) di Eropah dan AS$18 (RM70) di Britain.

BACA >>> Tidak Mampu Beli McLaren 720S Sebenar? Jangan Bimbang, LEGOkan ada!

Ford Fiesta M-Sport WRC tersebut terdiri daripada 203 kubikel kecil berukuran 13sm panjang dan 6sm lebar, serta turut dihiasikan grafik lumba seperti kereta rali sebenar, termasuk gerbang roda maskular dan spoiler tinggi serba dramatik. Miniatur pelumba turut diberikan yang boleh didudukkan dalam kereta dengan memasukkannya menerusi cermin depan boleh tanggal.

Menurut Ford, set LEGO itu turut memuatkan pilihan trim rim bersama dua bonet boleh tukar yang salah satu daripadanya sesuai untuk pemanduan malam dengan lampu sorot khas yang tidak ubah seperti kereta sebenar.

“Siri LEGO Speed Champions adalah cara menyeronokkan untuk meraikan kejayaan jentera Ford dalam sukan permotoran. Kami harap ia akan memberikan inspirasi kepada generasi akan datang yang bakal menjadi pereka, jurutera dan pelumba rali,” kata Pengarah Sukan Permotoran Ford Global, Mark Rushbrook.

BACA >>> #GIMS2017: Ford Fiesta ST (2017) dengan Enjin 3-Silinder Akhirnya Tunjuk Muka

Ford Fiesta WRC, yang dibangunkan berasaskan kereta jalanan biasa, memenangi kategori Pemandu dan Pembina WRC 2017 dengan Sebastien Ogier sebagai pelumba, dan Julien Ingrassia sebagai pembantu pemandu

Masih dahagakan kejayaan, WRC musim ini Ford mengekalkan jentera sama Fiesta berenjin 4-silinder 1.6L Ecoboost pengecas turbo berkuasa 380hp dan tork 450Nm dengan transmisi sekuensial 6-kelajuan.

SUMBER: Car Scoops

autotainment Ford Ford Fiesta Ford Fiesta M-Sport WRC Ford Fiesta WRC Kejuaraan Rali Dunia (WRC) Kejuaraan Rali Dunia (WRC) 2017 LEGO Roda4 Sebastien Ogier
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
McLaren 788HS 2027
Roda4

Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.