Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ford F-150 Tremor – Trak Pikap Siri F-150 untuk Versi Lebih Lasak
Auto Terkini

Ford F-150 Tremor – Trak Pikap Siri F-150 untuk Versi Lebih Lasak

Abang HirataBy Abang Hirata14/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI PASARAN sekarang ini, selain kerancakan model kenderaan utiliti sukan (SUV), satu lagi segmen kenderaan yang tidak kurang hebat ialah trak pikap. Perhatikan bagaimana pengeluar memperhebatkan tawaran sedia ada dengan menampilkan rekabentuk model lebih menyerlah dan lengkap.

Jika trak pikap suatu masa lalu cuma dipasangkan spesifikasi asas, tetapi kini semakin hebat dengan pelbagai teknologi canggih dan komponen premium. Dunia ubah suai pula sentiasa rancak sejak dulu.

Di Amerika Syarikat (AS), ada pengenalan model baharu untuk trak pikap ikonik Ford, iaitu F-150 Tremor yang juga tawaran terbaharu selepas Super Duty Tremor dan Ranger Tremor.

F-150 Tremor direka dan dibikin untuk pelanggan yang mahukan trak pikap dengan ekstra keupayaan off-road berbanding pakej FX-4 sedia ada. Ia juga hasil pemerhatian bagaimana pelanggan menggunakan trak di ladang jagung dan lokasi mencabar.

Sama seperti F-150, Tremor menggunakan frem besi kekuatan tinggi dan badan aluminium kekuatan tinggi (military-grade). Ia dibina berasaskan varian SuperCrew dengan enjin 3.5L EcoBoost V6, dan dipadankan transmisi automatik 10-kelajuan dalam standard pacuan empat roda (4WD).

Perubahan suspensi dipertingkat menerusi spring depan dan belakang yang ditala baharu untuk menjadikan trak pikap ini lebih tinggi dengan tayar lebih mencengkam permukaan rupa bumi. Hab roda (knuchle hub) depan diubah supaya sesuai untuk tambahan jarak 30.9mm kelegaan bumi.

Mengenai suspensi, absorber monotiub depan dan tiub kembar (twin tube) belakang ditala untuk redaman lebih lembut pada halaju rendah, termasuk tambahan redaman dan kawalan ketika meredah laluan off-road mencabar.

Tayar semua rupa bumi (all-terrain) Grabber 33 inci dipadankan rim 18 inci kemasan kusam yang turut menambah jarak kelegaan bumi, dan 25mm inci lebih lebar dan nampak meyakinkan untuk melakukan tugasan off-road.

Jenis sudut yang ada pada kenderaan jenis SUV atau trak pikap.

Semua naik taraf dilakukan itu menyumbang kepada sudut dakian 27.8º, sudut breakover 21.6º dan kelegaan bumi 277mm. F-150 Tremor ini juga mempunyai penambahan jarak 38mm di belakang dan 25mm di depan.

Bagi mengharungi laluan mencabar, trak pikap ini dilengkapi kunci diferensial belakang dan diferensial depan, termasuk cciri diferensial gelincir terhad (LSD) depan Torsen. Varian tertinggi F-150 Tremor dilengkapi kotak pindah (transfer case) jenis tork atas permintaan (torque on-demand), sama seperti unit prestasi tinggi, F-150 Raptor.

Kotak pindah canggih itu mengabungkan keupayaan pacuan semua roda (AWD) dan 4WD bagi menangani laluan off-road mencabar. Berikut ciri dimiliki F-150 Tremor:

  • Keupayaan tunda 4.9 tan.
  • Keupayaan beban maksimum 855kg.
  • Bekalan kuasa 2.0kW daripada Pro Power Onboard – Sesuai untuk alatan elektrik seperti gergaji, pemampat udara dan sebagainya.
  • Bonet dan bahagian depan baharu dengan penampilan lebih maskulin dan agresif.
  • Pemijak sisi ala Raptor yang dipasang dekat badan.
  • Bampar belakang dengan ekzos kembar high-flow dan dua cangkuk penyelamat.
  • Suis berkuasa pada konsol siling untuk memudahkan sambungan winc dan pemampat udara.
  • Pakej lampu off-road Rigid.
  • Pilihan Trail One-Pedal Drive, iaitu fungsi satu pedal untuk bergerak ke depan dan brek ketika melalui permukaan mencabar seperti laluan berbatu.
  • Turut ditawarkan sebagai pilihan pembelian, ialah kamera 360º, Ford Trail Toolbox, Trail Turn Assist.
  • Pelbagai mod pemanduan, iaitu  Normal, Sport, Tow/Haul, Eco, Slippery, Deep Snow/Sand, Mud/Rut, Rock Crawl. 
  • Kawalan Turun Curam sebagai ciri standard dan pilihan pembelian Kawalan Trail yang berfungsi seperti Kawalan Jelajah, tetapi khas untuk pemanduan off-road.

Umumnya, F-150 Tremor ini dikhaskan untuk pelanggan F-150 yang mahukan ekstra atau lebih ciri untuk gtrak pikap mereka yang tidak terlalu ekstrem seperti F-150 Raptor.

BACA >>> Ford Ranger Raptor (2020) Baharu dengan Ciri Dipertingkat, Harga Mula RM208k
BACA >>> Ford Mustang Mach 1 (2021) yang Lebih Berkuasa daripada Mustang GT! Harga RM214k

Ford Ford F-150 Ford F-150 Tremor Roda4 Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Geely Preface TCR menang perlumbaan sulung di Misano!

    20/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    20/05/2026
    Polis tahan 15 individu nyala suar di Bukit Bintang.
    Auto Terkini

    Promosi Kedai Pakaian Tukar Padah, Polis Tahan 15 Individu Buat Aksi Nyala Suar

    20/05/2026
    Auto Terkini

    KLIMS 2026 Kembali Lebih Besar Di MITEC, Fokus Masa Depan Mobiliti Malaysia

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    MV Agusta Brutale 1000 ABT
    Roda2

    MV Agusta Brutale 1000 ABT – Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    By Abang Hirata18/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.