Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MV Agusta Brutale 1000 ABT – Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!
Roda2

MV Agusta Brutale 1000 ABT – Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

Abang HirataBy Abang Hirata18/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MV Agusta Brutale 1000 ABT

MODEL edisi terhad hasil kerjasama dengan ABT Sportsline, MV Agusta Brutale 1000 ABT diperkenalkan yang menggabungkan seni motosikal Itali dan kejuruteraan prestasi Jerman dalam satu pakej eksklusif.

Model itu dihasilkan 130 unit sahaja sempena ulang tahun ABT Sportsline ke-130, sekali gus menandakan lebih seabad legasi prestasi jenama Jerman itu.

Menurut MV Agusta, kerjasama tersebut menghimpunkan dua jenama yang berkongsi falsafah sama dalam aspek inovasi, ketelitian pembuatan dan pembangunan prestasi berorientasikan emosi pemanduan.

Kerjasama MV Agusta, ABT

MV Agusta Brutale 1000 ABT

MV Agusta berkata, Brutale 1000 ABT bukan sekadar model edisi khas, sebaliknya jentera yang menggabungkan teknologi moden, eksklusiviti dan elemen rekabentuk dalam satu pakej seimbang.

Kerjasama itu turut menggabungkan:

  • Warisan rekabentuk dan DNA perlumbaan MV Agusta
  • Kepakaran ABT dalam kejuruteraan automotif prestasi tinggi
  • Pembangunan berorientasikan prestasi dan emosi penunggang

Rekabentuk, Konsep Warna

MV Agusta Brutale 1000 ABT

MV Agusta Brutale 1000 ABT menggunakan gabungan warna Nero Carbonio Metallizzato dan Rosso Fuoco yang direka untuk menampilkan karakter agresif serta sofistikated.

Semua grafik badan menggunakan teknologi water decal premium yang disalut sepenuhnya di bawah lapisan clear coat bagi menghasilkan kemasan tinggi dan menyatu dengan permukaan badan motosikal.

Proses tersebut melibatkan:
  • Teknik manual
  • Kawalan kitaran pengerasan
  • Lapisan akhir khas untuk meningkatkan ketahanan dan rintangan UV

MV Agusta turut menampilkan elemen visual khas pada dua sisi motosikal:

  • Bendera Jerman bersama slogan ABT FROM THE RACETRACK TO THE ROAD
  • Bendera Itali bersama slogan ikonik MV Agusta MOTORCYCLE ART

Gabungan itu diwujudkan bagi menggambarkan hubungan visual antara kejuruteraan Jerman dan seni automotif Itali.

Ilham Automotif

MV Agusta Brutale 1000 ABT menerima beberapa elemen rekabentuk yang diilhamkan daripada dunia automotif prestasi tinggi dan teknologi perlumbaan.

Pelana menggunakan corak tekstur sarang lebah yang sinonim dengan kabin kereta prestasi premium, manakala kaliper brek Brembo Stylema menerima kemasan hitam bersama logo Brembo merah.

Antara komponen paling menonjol ialah penutup rim belakang gentian karbon yang diilhamkan daripada rim gaya turbofan perlumbaan.

Menurut MV Agusta, komponen tersebut bukan sekadar kosmetik, tetapi membantu:

  • Mengurangkan gelora aerodinamik di sekitar roda belakang
  • Meningkatkan kecekapan aerodinamik
  • Menyumbang kepada prestasi lebih baik

Trenkuasa

MV Agusta Brutale 1000 ABT

Model itu dikuasakan enjin 4-silinder sebaris 1,000cc yang patuh piawaian Euro 5+ sambil mengekalkan prestasi tinggi sinonim MV Agusta.

Enjin dipasangkan sistem ekzos Arrow Titanium slip-on empat saluran yang ditawarkan menerusi kit khas untuk kegunaan perlumbaan sahaja. Antara kemas kini diberikan ialah:

  • Aci sesondol baharu
  • Talaan semula pemetaan enjin
  • Sensitiviti pendikit dipertingkat
  • Nisbah kotak gear dioptimumkan
  • Nisbah akhir lebih pendek untuk pecutan lebih responsif

Berikut prestasi dihasilkan:

  • Output kuasa 201hp @ 13,500rpm dengan ekzos standard
  • Output kuasa 208hp @ 14,000rpm menerusi kit lumba bersama talaan ECU khas
  • 116Nm @ 11,000rpm

Kit perlumbaan khas itu turut merangkumi sistem ekzos Arrow Titanium empat muncung bersama talaan ECU khusus untuk kegunaan perlumbaan sahaja.

Suspensi Elektronik Öhlins

MV Agusta Brutale 1000 ABT

MV Agusta Brutale 1000 ABT dilengkapi sistem suspensi elektronik Öhlins prestasi tinggi yang direka untuk memberikan ketepatan kawalan maksimum dan keyakinan lebih tinggi kepada penunggang.

Komponen digunakan terdiri daripada:

  • Fork terbalik (USD) Öhlins Nix EC dengan rawatan permukaan TiN di depan
  • Monoshok belakang progresif EC TTX
  • Damper stereng EC dengan mod boleh laras manual elektronik dan automatik

MV Agusta Brutale 1000 ABT

Sistem tersebut membolehkan pelarasan elektronik dilakukan pada:

  • Kadar mampatan suspensi
  • Kadar lantunan suspensi
  • Talaan casis mengikut posisi tunggangan

Rim Tempa, Aerodinamik

MV Agusta Brutale 1000 ABT

Rim tempa depan dan belakang digunakan bagi meningkatkan ketegaran serta mengurangkan berat tidak berspring untuk pengendalian lebih tangkas.

MV Agusta turut menggunakan penutup rim belakang gentian karbon yang diilhamkan daripada aerodinamik kereta lumba bagi membantu:

  • Mengurangkan gelora
  • Meningkatkan kecekapan aerodinamik

Rim depan menerima jalur merah halus yang dipadankan dengan warna Rosso Fuoco pada badan motosikal.

Sistem Brek Ilham Lumba

MV Agusta Brutale 1000 ABT

Sistem brek menggunakan cakera depan Braking Batfly bersaiz 320mm yang direka khusus untuk kegunaan perlumbaan.

Cakera tersebut menggunakan geometri saluran khas untuk:

  • Meningkatkan penyejukan haba
  • Menghasilkan fungsi pembersihan kendiri secara berterusan

Ia dipadankan bersama kaliper monoblok Brembo Stylema bagi memberikan:

  • Prestasi membrek lebih konsisten
  • Modulasi brek lebih baik
  • Kuasa henti tahap litar

Pelana Alcantara

MV Agusta Brutale 1000 ABT

MVAgusta Brutale 1000 ABT menggunakan pelana khas berbalut Alcantara yang dipilih kerana kualiti sentuhan premium dan kaitannya dengan kabin automotif prestasi tinggi. Pelana tersebut menerima:

  • Corak jahitan sarang lebah
  • Lapisan busa sokongan setebal 5mm

Gabungan tersebut membantu meningkatkan:

  • Keselesaan
  • Ketahanan
  • Sokongan ergonomik untuk penunggang

Komponen Gentian Karbon

MV Agusta Brutale 1000 ABT

Sebanyak 19 komponen menggunakan binaan gentian karbon dengan kemasan plain weave. Komponen tersebut termasuk:

  • Sokongan pelindung lumpur depan kanan dan kiri
  • Penutup kotak udara
  • Penutup pendawaian papan pemuka
  • Saluran udara dalaman kanan dan kiri
  • Panel sisi tangki bahan api kanan dan kiri
  • Panel bawah pelana baharu bersama logo MV Agusta dan ABT kanan dan kiri
  • Penutup lampu projektor
  • Spoiler depan
  • Pelindung haba kanan dan kiri
  • Penutup rim belakang
  • Kowl enjin bahagian klac dan kotak gear
  • Kowl pelana penumpang bercat
  • Panel bawah belakang

Kit Khas Pemilikan

MV Agusta Brutale 1000 ABT

Setiap MV Agusta Brutale 1000 ABT didatangkan bersama pakej khas yang merangkumi:

  • Ekzos Arrow Titanium Slip-on bersama pemetaan ECU khas
  • Cakera depan Braking Batfly
  • Kowl pelana penumpang gentian karbon bercat
  • Plat pelarasan pivot swingarm
  • Penutup motosikal khas
  • Kit sambutan dan sijil ketulenan
  • Kotak khas komponen kecil dan manual arahan

Pengeluaran, Harga

MV Agusta Brutale 1000 ABT

MV Agusta Brutale 1000 ABT akan dihasilkan dalam jumlah hanya 130 unit bagi pasaran global dengan pengeluaran dijadualkan bermula pada suku keempat 2026.

Harga jualan di Itali ditetapkan pada €40,990 (RM188,930).

MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta Brutale 1000 ABT
MV Agusta MV Agusta Brutale MV Agusta Brutale 1000 MV Agusta Brutale 1000 ABT roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    17/05/2026
    Roda2

    Suzuki GSX-8T, GSX-8TT Menang Red Dot Award 2026

    14/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    11/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.