• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Ranger Raptor (2020) Baharu dengan Ciri Dipertingkat, Harga Mula RM208k

Ford Ranger Raptor (2020) Baharu dengan Ciri Dipertingkat, Harga Mula RM208k

April 2, 2020 By Azhan O Leave a Comment

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIME Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan Ford Ranger Raptor baharu yang dilengkapkan tambahan ciri keselamatan terkini berupa sistem bantuan pemanduan pintar seperti berikut:

  • Brek Kecemasan Autonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki (Autonomous Emergency Braking, AEB, with Vehicle and Pedestrian Detection): Direka untuk mengesan pejalan kaki dan kenderaan depan. Sistem akan mengeluarkan bunyi amaran kepada pemandu dan jika tiada respon pemandu, brek akan diaktifkan automatik.
  • Amaran Perlanggaran Depan (Forward Collision Warning, FCW): Mengesan potensi perlanggaran depan menerusi pengaktifan bunyi amaran. Sistem turut mengaktifkan sensitiviti bantuan brek untuk memberikan tindak balas menyeluruh apabila pemandu membrek.
  • Amaran dan Bantuan Tukar Lorong (Lane Departure Warning & Assist, LDWA): Sistem akan menggetarkan stereng untuk menyedarkan pemandu jika terkeluar dari lorong memandu secara tidak sengaja
  • Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist, LKA): Membantu kembali ke laluan memandu asal jika tiada respon pemandu.
ford-ranger-raptor-malaysia-1
ford-ranger-raptor-malaysia-2
ford-ranger-raptor-malaysia-3
ford-ranger-raptor-malaysia-4
ford-ranger-raptor-malaysia-5

Penambahbaikan ciri itu turut disertakan dengan port pengecas USB tambahan pada cermin pandang belakang, dan ciri lampu depan LED untuk pandangan lebih jelas ketika memandu malam.

Pengarah Urusan, Sime Darby Autio ConneXion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, penambahbaikan Ranger Raptor disempurnakan untuk menawan jalan raya dan menjadikan trak pikap itu lebih ideal untuk kegunaan harian dan menakluk laluan mencabar.

"Kami yakin Ranger Raptor akan terus merevolusikan pasaran untuk peminat trak pikap di Malaysia," katanya.

DNA Prestasi Ford yang disuntik pada Ranger ‘Built Ford Tough’, Raptor meletakkan penanda aras baharu sebagai satu-satunya trak pikap yang pantas di laluan lasak.

Ranger Raptor dijana enjin diesel 2.0L Bi-Turbo yang dipadankan transmisi automatik 10-kelajuan berkuasa 211hp dan tork 500Nm. Model ini memiliki ciri redahan air sedalam 850mm, dan sistem suspensi FOX Racing Shox serta Sistem Penguruan Rupa Bumi (Terrain Management System) dengan enam mod termasuk Mod Baja prestasi tinggi.

Ranger Raptor dijual pada harga bermula RM208,888 (atas jalan, tanpa insurans) dalam empat warna pilihan: Ford Performance Blue, Conquer Grey, Absolute Black dan Arctic White.

TEMPAHAN MENERUSI JURUJUAL DIGITAL

whatsapp-logo
ford-logo-2

Muzri berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelanggan yang mahu tahu mengenai pembelian Ranger Raptor baharu digalakkan berhubungsecara digital menerusi 'Jurujual Digital' yag baru sahaja dilancarkan, WhatsApp Live Chat.

‘Jurujual Digital’ itu akan membantu menjawab semua pertanyaan pelanggan mengenai produk dan promosi ditawarkan berlangsung, termasuk senarai harga kenderaan.

Sebarang pertanyaan mengenai Ranger Raptor (2020), sila  hubungi ‘Jurujual Digital’ Ford antara jam 9 pagi hingga 4 petang, Isnin-Jumaat. Pelanggan hanya perlu hantar mesej kepada talian WhatsApp +6019-204 1200 untuk memulakan perbualan dan semua pertanyaan akan dilayan dalam tempoh 24 jam, ataupun layari laman web sdacford.com.my.

Artikel Berkaitan

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ford, Ford Ranger Raptor (2020), Roda4, SIME Darby Auto Connexion (SDAC), Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my