Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ford Bangunkan Teknologi Keselamatan Guna Bluetooth Telefon Pintar
Auto Terkini

Ford Bangunkan Teknologi Keselamatan Guna Bluetooth Telefon Pintar

Han OthmanBy Han Othman21/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD menjalankan kajian berhubung teknologi komunikasi berasaskan telefon pintar yang mampu membantu memberi amaran kepada pemandu mengenai pejalan kaki, penunggang basikal dan sebarang objek yang mendekati laluan kenderaan dari titik buta.

Menurut Ford, teknologi keselamtan baharu itu mampu mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal menerusi aplikasi telefon pintar.

BACA >>> Ford Patenkan Teknologi Papar Maklumat Papan Iklan Jalan ke Skrin Kereta
BACA >>> Ford Perkenal RDE, Teknologi Elak Kereta Terbabas di Jalan Kampung

Caranya, kenderaan akan berkomunikasi dengan telefon pintar pejalan kaki dan penunggang basikal menerusi mesej Energi Rendah Bluetooth (BLE). Ford menjelaskan:

  • BLE mampu berfungsi tanpa bergantung kepada pengesan berasaskan garis atau sudut pandang.
  • Ini bermakna pejalan kaki dan penunggang basikal dapat dikesan walaupun terselindung di sebalik objek halangan seperti bangunan.
  • Kenderaan baharu Ford dengan ciri Teknologi Ford Co-Pilot360 mampu mengesan dan membantu memberi amaran kepada pemandu mengenai kehadiran pejalan kaki, penunggang basikal, penunggang motosikal dan lain-lain untuk kawasan yang tak dapat dilihat pemandu, sekali gus membantu pemanduan yang lebih meyakinkan.
  • Menerusi mesej LBE, lokasi pejalan kaki akan dihubungkan kepada kenderaan Ford.
  • Sistem kemudian akan mengira risiko potensi kemalangan, dan Ford SYNC akan memberikan amaran berserta bunyi kepada pemandu menerusi paparan grafik pejalan kaki, penunggang basikal atau lain-lain pada skrin infotainment.

KELEBIHAN BLE

Menurut Ford, BLE memiliki banyak kelebihan, iaitu:

  • Mampu beroperasi tanpa bergantung kepada pengesan garis atau sudut pandang seperti sensor kamera atau radar.
  • BLE digunakan meluas pada hampir kebanyakan telefon pintar dan serasi dengan teknologi kenderaan dihubungkan SYNC, tanpa memerlukan perubahan perkakasan.
  • BLE ialah teknologi yang tidak asing pada peranti elektronik peribadi seperti telefon pintar, peranti pemantau kecergasan, perkhidmatan berasaskan lokasi, hiburan dan banyak lagi.
  • BLE beroperasi menggunakan kuasa yang sangat rendah dengan bateri kecil dan mampu bekerja dalam tempoh masa lama.
  • Pengguna aplikasi BLE biasanya perlu memautkan (pairing) dua peranti. Namun, konsep BLE yang cuba dibangunkan Ford adalah menggunakan BLE sebagai suar yang mampu mengesan pelbagai peranti dengan ciri itu tanpa perlu dipautkan.
  • Sistem itu juga mampu membezakan antara pejalan kaki dan penunggang basikal serta objek lain berasaskan kelajuan dan penilaian risiko lain mengikut arah.
  • Peranti BLE juga kerap menukar saluran komunikasi, dipanggil loncatan frekuensi (frequency hopping) dalam band radia 2.4GHz untuk meminimumkan gangguan.

Penagarah Eksekutih Kajian dan Kejuruteraan Termaju Ford, Jim Buczkowski berkata;

Kami melibat aplikasi berpotensi lain untuk teknologi ini, termasuk mengesan zon pembinaan jalan dan pekerja pembinaan. Ford berinovasi untuk orang ramai, jadi berpotensi dimula dengan teknologi BLE yang sudah menjadi sebahagian kehidupan kita seharian kerana ia mampu milik dan efektif.

BACA >>> Ford Mustang Dark Horse (2023) Baharu, Mustang Prestasi Tinggi dengan Kuasa 500hp!
BACA >>> #BikinKereta: Ford F-150 Raptor Jadi Hennessey VelociRaptor 6×6, Harga Lebih RM1.8 Juta!

Auto Terkini Bluetooth Low Energy (BLE) Energi Rendah Bluetooth (BLE) Ford Jim Buczkowski Teknologi Ford
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.