• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Perkenal RDE, Teknologi Elak Kereta Terbabas di Jalan Kampung

Ford Perkenal RDE, Teknologi Elak Kereta Terbabas di Jalan Kampung

March 16, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

386
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TEKNOLOGI bantuan pemanduan yang ada pada kereta moden hari ini memang canggih. Antara ciri ditawarkan adalah teknologi Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Aid/Assist, LKA).

LKA berfungsi menetapkan kembali haluan kereta dalam laluan asal secara automatik apabila pemandu terleka atau kereta mula tersasar ke sisi.  Walaupun tanpa dua punca itu, atau pemandu dalam situasi sedar, LKA masih tetap berfungsi automatik apabila diaktifkan dan menjadi sebahagian ciri pemanduan autonomi.

Namun ,LKA masih ada beberapa kelemahan seperti kegagalan mengecam objek tepi jalan seperti jalur permukaan jalan raya (road marking) yang masih memerlukan campur tangan pemandu. Bagaimanapun, perkembangan teknologi terkini menyaksikan sistem itu semakin hari semakin bertambah baik.

BACA >>> Ford Bangunkan Sistem Amaran Keluar Kereta, Elak Dirempuh Penunggang Basikal

TEKNOLOGI RDE YANG LEBIH CEKAP

Terbaharu, Ford memperkenalkan teknologi Pengesan Pinggir Jalan (Road Edge Detection, RDE) yang mampu membantu pemanduan di kawasan luar bandar supaya kereta tidak terbabas atau tersasar ke bahu jalan.

RDE akan mengimbas jalan di depan dan secara lembut mengembalikan haluan kereta ke laluan asal. Sistem ini direka untuk digunakan di jalan raya luar bandar yang kurang sempurna seperti tiada jalur jalan, atau jalan tidak berturap.

RDE mampu bekerja cekap dalam halaju 72-112kmj dengan bantuan sensor kamera di bawah cermin pandang belakang untuk memantau kawasan bahu jalan 50 meter di depan dan 7 meter di sisi. Sekiranya kereta yang asalnya berada atas jalan berturap dikesan tersasar ke jalan tanah, rumput atau kelikir, sistem akan mengaktifkan sokongan stereng secara lembut untuk mengelak kereta terbabas.

BACA >>> Ford Cipta Jaket Pintar untuk Penunggang Basikal, Papar Emoji Digital untuk Keselamatan

Teknologi RDE diprogramkan menggunakan algoritma canggih sebagai ciri baharu kepada LKA untuk mengenal pasti situasi perubahan dari jalan biasa ke sisi jalan. Sistem itu juga turut memberikan sokongan ke atas stereng untuk jalan dengan jalur tetapi terhalang salji, daun atau hujan.

Uniknya, RDE tidak bertindak secara mengejut. Walaupun prasokongan stereng diaktifkan, tetapi apabila pemandu dikesan berada dalam kawasan bahu jalan, sistem cuma akan menggetarkan stereng supaya pemandu sedar dan membetulkan haluan. Pada malam pula, sistem akan menggunakan cahaya lampu jalan untuk berfungsi seperti situasi memandu siang.

Di Britain, sistem RDE, yang juga sebahagian LKA, kini menjadi ciri standard Ford Focus, Kuga dan Puma, serta akan diperluaskan untuk model Ford lain.

BACA >>> #BikinKereta: Ford Transit Custom - Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty

2019_FORD_KUGA_STATIC_1
Ford Focus 2018
Ford Puma

Artikel Berkaitan

386
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Ford, Lane-Keeping Aid, LKA, Pengesan Pinggir Jalan (RDE), RDE, Road Edge Detection, teknologi, Teknologi Bantuan Pemandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
    YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my