• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Ford Cipta Jaket Pintar untuk Penunggang Basikal, Papar Emoji Digital untuk Keselamatan

Ford Cipta Jaket Pintar untuk Penunggang Basikal, Papar Emoji Digital untuk Keselamatan

February 12, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


SETIAP tahun, lebih 2,000 penunggang basikal terkorban dalam kemalangan jalan raya di bandar-bandar utama Eropah. Angka maut itu boleh dikurangkan jika ada cara komunikasi antara penunggang basikal, motosikal dan pemandu kenderaan lain.

Menyedari perkara ini, pengeluar automotif dari Amerika Syarikat, Ford mencipta prototaip jaket keselamatan untuk mencegah kemalangan.

BACA >>> Spidi Mission Beta Concept - Jaket Pelindung untuk Penunggang Elak Pencemaran Udara

Jaket pintar itu dipasangkan lampu LED pada belakang baju dengan memaparkan imej emoji digital sebagai isyarat atau tanda amaran kepada pengguna jalan raya lain. Emoji itu tidak akan menyala sendiri, tetapi pemakai jaket yang perlu mengaktifkannya dengan memilih simbol apa yang mereka mahu pengguna lain nampak.

Satu konsol butang emoji dipasangkan pada hendal basikal, terdiri daripada isyarat belok, tanda amaran, dan wajah emoji seperti senyum, sedih dan lain-lain. Jaket emoji itu juga membolehkan penunggang basikal memberikan ekspresi perasaan atau peringatan kepada orang lain.

Menurut jurutera Ford, konsol kawalan dicipta dengan meminimumkan gangguan terhadap fokus tunggangan pengayuh basikal. Buat masa ini, jaket pintar itu masih dalam bentuk prototaip dan belum ditawarkan untuk jualan, serta dihasilkan sebagai sebahagian kempen Share the Road (Kongsi Jalan Raya).

BACA >>> Held Perkenal Jaket Motosikal dengan Sistem Lampu LED

GALERI
jaket-emoji-ford-1
jaket-emoji-ford-2
ford emoji
ford emoji 2
ford emoji 1

SUMBER: YouTubeFordEurope | MotorPasionMoto

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Jaket Penunggang Basikal, Jaket Pintar, Jaket Pintar Ford, Prototaip Jaket, Prototaip Jaket Keselamatan, teknologi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
    #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
  • #SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?
    #SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?
  • WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!
    WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!
  • Tukar Enjin Wajib Mohon JPJ! Apa Jadi Kalau Tak Daftar?
    Tukar Enjin Wajib Mohon JPJ! Apa Jadi Kalau Tak Daftar?

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my