Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Spidi Mission Beta Concept – Jaket Pelindung untuk Penunggang Elak Pencemaran Udara
Aksesori

Spidi Mission Beta Concept – Jaket Pelindung untuk Penunggang Elak Pencemaran Udara

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR jaket motosikal, Spidi mendedahkan jaket teknikal pertama yang direka untuk membantu penunggang bernafas dengan tenang dan selesa serta mengelak pencemaran udara ketika menunggang dalam kawasan bandar.

Jaket Mission Beta Concept mempunyai sensor pada bahagian leher, iaitu dalam butang paling dekat dengan muka penunggang. Ia turut dilengkapi topeng antipencemaran udara dan sesuai digunakan untuk semua jenis helmet.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Trend Jaket Kulit yang Jadi Fesyen Cool Penunggang Motosikal

Sensor jaket ini mempunyai tiga peringkat respon terhadap amaran pencemaran udara secara masa nyata (real-time), iaitu rendah (low), sederhana (mid) dan tinggi (high). Jika sensor mengesan udara berkualiti rendah, penunggang atau pembonceng tidak perlu bimbang untuk menyarungkan topeng pelindung.

Jika pencemaran tahap sederhana atau tinggi dikesan pula, amaran akan dipaparkan berserta notifikasi kepada penunggang dan pembonceng supaya bersiap sedia memakai topeng pelindung.

Amaran disampaikan menerusi skrin OLED pada lengan kiri jaket dan juga amaran getaran. Skrin turut memaparkan maklumat lain seperti tarikh, masa, suhu dan kelembapan dalam jaket.

BACA >>> Inilah 10 Sebab Kenapa Mat Motor Malaysia Pakai Jaket Terbalik

Sensor jaket akan aktif sekiranya mengesan sebarang pergerakan, dan terpadam sendiri apabila tiada gerakan. Ini bermakna penunggang tidak perlu menekan apa-apa butang untuk mengaktifkan sensor. Teknologi jaket ini juga tidak memerlukan penunggang menghubungkan jaket dengan telefon pintar.

Ada kajian saintifik mendakwa penunggang dan pembonceng motosikal terdedah kepada pencemaran udara bandar setinggi 100 kali ganda berbanding pemandu kereta. Spidi masih tidak mengesahkan akan mengeluarkan jaket pelindung inovatif itu ke pasaran antarabangsa.

BACA >>> Held Perkenal Jaket Motosikal dengan Sistem Lampu LED

GALERI

SUMBER : RideApart |Motorcycle.com

 

aksesori jaket Jaket Pelindung Spidi Spidi Mission Beta Concept
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Kereta LEGO Technic 1:1 Koenigsegg Sadair’s Spear Pecah Rekod Di Goodwood

    26/06/2026
    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    08/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.