• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Ford Bangunkan Sistem Amaran Keluar Kereta, Elak Dirempuh Penunggang Basikal

Ford Bangunkan Sistem Amaran Keluar Kereta, Elak Dirempuh Penunggang Basikal

March 11, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda, kira-kira 60 penunggang basikal terbunuh atau parah setiap tahun akibat kejadian 'dooring' di Britain.

'Dooring' ialah istilah yang merujuk kepada perbuatan individu dalam kereta yang membuka pintu secara tiba-tiba yang menyebabkan penunggang basikal gagal mengelak atau membrek, sekali gus mengakibatkan kemalangan.

Menyedari risiko bahaya itu, Ford mengambil inisiatif membangunkan 'sistem amaran keluar' untuk kereta yang akan menyekat pintu daripada dibuka apabila mengesan kehadiran penunggang basikal dari arah belakang.

Sistem itu akan mengaktifkan kelipan lampu merah sekeliling perumah cermin sisi dan belakang pintu kereta sebagai amaran kepada pemandu, penumpang kereta dan penunggang basikal.

BACA >>>Ford Mustang Mach-E - Crossover EV Berkuasa dengan Jarak Perjalanan Hingga 600km!

Ada beberapa pengeluar kenderaan sudah memasang sensor untuk mengesan pengayuh basikal supaya sempat membrek, termasuk berfungsi sebagai amaran kepada pemandu tentang masalah titik buta. Teknologi dan sensor pengimbas itu akan disepadukan bersama sistem baharu Ford untuk keselamatan pengguna jalan raya .

Pasukan jurutera Ford juga sedang menguji mekanisma baharu untuk menyekat pintu daripada dibuka sepenuhnya menerusi sistem tersebut. Bagaimanapun pemandu kereta boleh mematikan ciri itu jika ada kecemasan.

Teknologi tersebut akan diuji pada model kereta pemanduan kiri (LHD) dan kanan (RHD) di pelbagai permukaan jalan dalam tempoh beberapa bulan lagi. Pembangunan sistem keselamatan itu juga sebahagian kempen Ford, Share The Road selepas ciptaan prototaip jaket emoji baru-baru ini.

BACA >>> Ford Cipta Jaket Pintar untuk Penunggang Basikal, Papar Emoji Digital untuk Keselamatan

SUMBER: DailyMail

Artikel Berkaitan

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Amaran Penunggang Basikal, Auto Terkini, Dooring, Ford, inovasi, Penunggang Basikal, Reka Cipta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
    Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
  • Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
    Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my