Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»FitCar PPV – Kereta Paling Sihat di Dunia yang Perlu Dikayuh untuk Bergerak
Roda4

FitCar PPV – Kereta Paling Sihat di Dunia yang Perlu Dikayuh untuk Bergerak

Abang HirataBy Abang Hirata04/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AMSTERDAM terkenal sebagai ‘bandar kayuh’ dengan hampir sejuta unit basikal berkeliaran di ibu kota Belanda tersebut. Cuaca yang mesra pengguna dan kesedaran tinggi kalangan masyarakat menjadikan basikal sebagai mod pengangkutan popular di negara Eropah itu.

Berdasarkan situasi di atas, bandar manakah selain Amsterdam yang sesuai untuk idea pelik seperti dikisahkan dalam artikel ini? Idea dimaksudkan itu ialah kereta yang digerakkan dengan kayuhan pedal seperti basikal. Ini bukan lawak jenaka kerana projek kereta kayuh, dikenali FitCar PPV, sudah hampir jadi realiti.

BACA >>> Pencemaran Udara Makin Buruk, Hanoi Bakal Haramkan Motosikal Menjelang 2030

Idea projek tersebut dicetuskan pelabur Arab Saudi, Nasser Al-Shawaf bersama rakan jurutera dari Belanda untuk menghasilkan kereta pertama dunia yang mampu membakar kalori. Projek itu berjaya dipasangkan pada prototaip kedua, Audi A4 Avant 2.0L petrol TFSI automatik, manakala prototaip pertama sebelum ini ialah kereta Smart.

Pedal kayuhan ala bot rekreasi tasik disambungkan kepada roda tenaga atau flywheel untuk menjana kuasa elektronik sebelum menggerakkan terotel minyak. Hasilnya, kereta bergerak seperti biasa melalui kayuhan biasa sebagai pengganti fungsi pedal minyak.

Sebagai ganti kepada fungsi pedal brek yang ditutup pedal kayuh dan flywheel, pereka menghasilkan brek tolakan tangan seperti terdapat pada kenderaan orang kurang upaya (OKU).

BANYAK MASA TERBUANG CETUS IDEA

Nasser berkata, ilham tentang projek itu tercetus selepas mendapati dia menghabiskan begitu banyak masa secara sia-sia ketika memandu. Jadi, kereta kayuh itu sekurang-kurangnya membantu pemandu bersenam dan pada masa sama dapat dipandu hingga sampai ke destinasi dituju.

Tetapan memandu sistem FitCar PPV tidak sukar dengan opsyen 3  jenis mod memandu:

  • Drive Slow – ketika trafik bergerak perlahan
  • Drive Fast – untuk kelajuan lebuh raya
  • No Drive – ketika terperangkap dalam kesesakan. Pedal boleh dikayuh tanpa kereta bergerak.

Ada juga butang kawalan untuk menambah beban kayuhan daripada ringan kepada berat ala basikal gimnasium.

Nampak macam lucu, tetapi ini memang projek serius. FitCar PPV sudahpun mendapat paten peringkat antarabangsa dan kini menunggu kelulusan pihak berkuasa kenderaan Belanda, Netherlands Vehicle Authority (RDW) supaya sah dipandu atas jalan raya serata Eropah.

Memang menarik, dan sekarang siapa pula yang berani membawa kereta kayuh ini ke Malaysia atau negara Asean? Kalau dijadikan kereta sewa mengelilingi Litar Antarabangsa Sepang, ataupun taman rekreasi pun idea yang baguskan?

BACA >>> #RetroAuto: MPV Mini Rupa Pelik, Daihatsu Materia (2007) Ini Pernah Popular di UK

GALERI
Amsterdam Audi A4 Belanda FitCar PPV Holland Kereta Kayuh Nasser Al-Shawaf Netherlands Roda4 teknologi
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.