• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / FitCar PPV - Kereta Paling Sihat di Dunia yang Perlu Dikayuh untuk Bergerak

FitCar PPV - Kereta Paling Sihat di Dunia yang Perlu Dikayuh untuk Bergerak

September 26, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AMSTERDAM terkenal sebagai 'bandar kayuh' dengan hampir sejuta unit basikal berkeliaran di ibu kota Belanda tersebut. Cuaca yang mesra pengguna dan kesedaran tinggi kalangan masyarakat menjadikan basikal sebagai mod pengangkutan popular di negara Eropah itu.

Berdasarkan situasi di atas, bandar manakah selain Amsterdam yang sesuai untuk idea pelik seperti dikisahkan dalam artikel ini? Idea dimaksudkan itu ialah kereta yang digerakkan dengan kayuhan pedal seperti basikal. Ini bukan lawak jenaka kerana projek kereta kayuh, dikenali FitCar PPV, sudah hampir jadi realiti.

BACA >>> Pencemaran Udara Makin Buruk, Hanoi Bakal Haramkan Motosikal Menjelang 2030

Idea projek tersebut dicetuskan pelabur Arab Saudi, Nasser Al-Shawaf bersama rakan jurutera dari Belanda untuk menghasilkan kereta pertama dunia yang mampu membakar kalori. Projek itu berjaya dipasangkan pada prototaip kedua, Audi A4 Avant 2.0L petrol TFSI automatik, manakala prototaip pertama sebelum ini ialah kereta Smart.

Pedal kayuhan ala bot rekreasi tasik disambungkan kepada roda tenaga atau flywheel untuk menjana kuasa elektronik sebelum menggerakkan terotel minyak. Hasilnya, kereta bergerak seperti biasa melalui kayuhan biasa sebagai pengganti fungsi pedal minyak.

Sebagai ganti kepada fungsi pedal brek yang ditutup pedal kayuh dan flywheel, pereka menghasilkan brek tolakan tangan seperti terdapat pada kenderaan orang kurang upaya (OKU).

BANYAK MASA TERBUANG CETUS IDEA

FitCar-PPV-20
FitCar-PPV-15
FitCar-PPV-13

Nasser berkata, ilham tentang projek itu tercetus selepas mendapati dia menghabiskan begitu banyak masa secara sia-sia ketika memandu. Jadi, kereta kayuh itu sekurang-kurangnya membantu pemandu bersenam dan pada masa sama dapat dipandu hingga sampai ke destinasi dituju.

Tetapan memandu sistem FitCar PPV tidak sukar dengan opsyen 3  jenis mod memandu:

  • Drive Slow - ketika trafik bergerak perlahan
  • Drive Fast - untuk kelajuan lebuh raya
  • No Drive - ketika terperangkap dalam kesesakan. Pedal boleh dikayuh tanpa kereta bergerak.

Ada juga butang kawalan untuk menambah beban kayuhan daripada ringan kepada berat ala basikal gimnasium.

Nampak macam lucu, tetapi ini memang projek serius. FitCar PPV sudahpun mendapat paten peringkat antarabangsa dan kini menunggu kelulusan pihak berkuasa kenderaan Belanda, Netherlands Vehicle Authority (RDW) supaya sah dipandu atas jalan raya serata Eropah.

Memang menarik, dan sekarang siapa pula yang berani membawa kereta kayuh ini ke Malaysia atau negara Asean? Kalau dijadikan kereta sewa mengelilingi Litar Antarabangsa Sepang, ataupun taman rekreasi pun idea yang baguskan?

BACA >>> #RetroAuto: MPV Mini Rupa Pelik, Daihatsu Materia (2007) Ini Pernah Popular di UK

GALERI
FitCar-PPV-4
FitCar-PPV-19
FitCar-PPV-18
FitCar PPV 3
FitCar PPV 2
FitCar-PPV-10
FitCar-PPV-11
FitCar-PPV-9
FitCar-PPV-21
FitCar-PPV-20
FitCar-PPV-8
FitCar-PPV-22
FitCar PPV
FitCar-PPV-15
FitCar PPV 1
FitCar-PPV-16
FitCar-PPV-13
FitCar-PPV-5
FitCar-PPV-12
FitCar-PPV-14
2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Amsterdam, Audi A4, Belanda, FitCar PPV, Holland, Kereta Kayuh, Nasser Al-Shawaf, Netherlands, Roda4, teknologi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
    Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my