Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Filipina Lancar Toyota Vios (2020) Facelift dengan Rupa Diperbaharui
Auto Terkini

Filipina Lancar Toyota Vios (2020) Facelift dengan Rupa Diperbaharui

Han OthmanBy Han Othman26/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPERTI dimaklumkan sebelum ini, Toyota Motor Philippines melancarkan Vios (2020) versi dipertingkat (facelift) secara digital, semalam.

Model generasi ketiga itu, yang dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Santa Rosa, Laguna, mendapat sambutan menggalakkan di pasaran negara tersebut dengan mencatatkan jualan hampir 320,000 unit sejak debut pada 2003. Tahun lalu, Vios menguasai 38.6 peratus pasaran Filipina.

BACA >>> Inilah 6 Rahsia Kenapa Toyota Vios (2019) Kekal Relevan

Dalam pelancaran digital, Presiden TMP, Atsuhiro Okamoto berjanji akan terus menghasilkan Vios terbaik kepada dunia yang secara tidak langsung proses itu membantu ekonomi dan memberikan kehidupan kepada ribuan keluarga di Filipina.

“Vios baharu ini, kami sekali lagi mencipta semula kereta pilihan rakyat Filipina. Dengan rekabentuk dinaik taraf dan ciri baharu, kami betul-betul harap Vios baharu dapat meningkatkan tahap pemanduan anda,” katanya.

Vios baharu versi Filipina ditawarkan dalam sembilan varian: G (CVT, Manual), E (CVT, manual), XLE (CVT, manual), XE (CVT), J (CVT) dan J Base (Manual) pada harga bermula 671,000 peso (RM57,970) hingga 1.056 juta peso (RM91,240), iaitu pada harga lebih kurang sama seperti model terdahulu.

BACA >>> #PanduUji: Adakah Toyota Vios (2019) dengan Rupa Moden Masih Relevan?

Antara pembaharuan luaran ditampilkan ialah gril depan hitam berkilat dan lampu utama LED dalam tiga kluster, lampu siang (DRL) LED dan kampu kombi belakang LED dengan strip, manakala bahagian roda dipasangkan rim aloi 16-inci untuk varian G.

Varian premium mendapat ciri penghidup tanpa kunci (keyless), butang tekan mula dan pedal syif, manakala ciri keselamatan diberikan tiga hingga tujuh beg udara mengikut varian pilihan, termasuk Sistem Brek Anti-Kunci dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Bantuan Mula Daki (HSA).

Pengerusi TMP, Alfred TY berkata, Vios 2020 facelift baharu ini dibangunkan di bawah program Strategi Kebangkitan Automotif Komprehensif (CARS) yang menyediakan ribuan pekerjaan kepada rakyat Filipina.

“Di bawah program CARS, Vios adalah model perdana kita. Ia membantu hampir 55,000 rakyat menerusi rangkaian Toyota, 71 pengedar, 56 pembekal tempatan, dan banyak lagi perniagaan lain dan rakan dagang.

“Toyota Vios adalah simbol teknologi terbaik Jepun dan kerja tangan rakyat Filipina. Dalam fikiran saya, Vios sudah jadi kereta nasional Filipina. Dibuat dengan bangga di Filipina daripada rakyat Filipina untuk rakyat Filipina,” katanya.

BACA >>> SUV Toyota Yaris Cross Diperkenal, Guna Platform Yaris Hatchback

GALERI
Alfred TY Atsuhiro Okamoto Auto Terkini Roda4 sedan segmen-B sedan subkompak TMP Toyota Toyota Motor Philippines Toyota Vios (2020) Facelift
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

09/05/2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali Lebih Besar dengan Lapan Jenama, Lancar Portfolio Kereta Sewa Budget!

08/05/2026
HEV

Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

08/05/2026
Aksesori

Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

08/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
HEV

Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie08/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia โ€“ Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda4

Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

By Han Othman06/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.