• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Filipina Siar Klip Video Vios (2020) Facelift, Lancar 25 Julai Ini!

Toyota Filipina Siar Klip Video Vios (2020) Facelift, Lancar 25 Julai Ini!

July 23, 2020 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


Toyota Motor Philippines baru saja menyiarkan beberapa siri video acahVios (2020) versi dipertingkat (facelift), termasuk foto makluman pelancaraan digital menerusi Facebook Live yang dijadualkan berlangsung 25 Julai ini jam 6 petang.

Vios adalah antara model kereta popular di Malaysia yang bersaing sengit dengan Honda City dalam pasaran sedan segmen B bukan nasional.

Vios generasi ketiga serba baharu (foto atas) dilancarkan di Malaysia pada Januari 2019 dengan enjin 1.5L DOHC Dual VVT-i berkuasa 105hp dan tork 140Nm. DI Thailand, Vios generasi terkini dilancarkan negara juran itusejak tiga tahun lalu dengan nama Yaris Ativ.

Klip video acah Vios (2020) facelift yang disiarkan laman Toyota Motor Philippines itu memaparkan lakaran grafik sedan tersebut dari pandangan sisi, depan dan atas.  Setiap klip video memaklumkan tarikh dan masa pelancaran digital nanti.

Pandangan sisi menunjukkan rekaan rim dan siluet sisi badan, manakala rupa depan menunjukkan lampu depan dengan pencahayan LED bagi menggantikan unit halogen, dan akhir sekali adalah rekaan lampu baharu yang lebih halus.

Vios facelift baharu ini dijangka mengekalkan trenkuasa sedia ada. Di Malaysia, Vios dijual pada harga serendah RM76,101 hingga RM86,132 selepas pengecualian cukai jualan setakat hujung tahun ini.

Jom, kita layan dulu video acah Vios facelift!


Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Roda4, Sedan, Toyota Filipina, Toyota Motor Philippines, Toyota Vios (2020), Toyota Vios (2020) Facelift, Video Klip

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev