Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Ferrari F430 Milik Donald Trump Tidak Laku Dilelong, Mujurlah Ada Pembeli ‘Kautim’
Autotainment

Ferrari F430 Milik Donald Trump Tidak Laku Dilelong, Mujurlah Ada Pembeli ‘Kautim’

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUPERCAR milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Ferrari F430 yang diramalkan menjadi lelongan terbaik tahun ini gagal dilelong sepanjang tiga hari sesi jualan Fort Lauderdale berlangsung bermula 31 Mac – 2 April lalu.

Menurut AutoNews, bidaan supercar itu terhenti pada harga AS$240,000 (RM1.06 juta), iaitu AS$10,000 (RM44,295) lebih rendah daripada jangkaan jualan. Namun, seorang pengumpul yang merasakan dia perlu memiliki kereta itu memutuskan menambah jumlah bidaan kepada AS$270,000 (RM1.19 juta) hanya selepas beberapa minit sesi lelongan tamat.

BACA >>> Cepat, Buktikan Anda Peminat Sejati Presiden Donald Trump Dengan Beli Ferrari Ini!

PEMBELI MISTERI BELI SAAT AKHIR

Bagaimanapun, rumah lelongan AuctionsAmerica, tidak mendedahkan sebarang maklumat tambahan tentang apa yang terjadi di sebalik sesi jualan selepas siri lelongan rasmi itu berakhir, termasuk tidak mendedahkan butiran pembeli.

Selain nilai selebriti dan status yang ada pada diri Trump, faktanya, pembelian Ferrari F430 bukanlah  bentuk pelaburan yang bagus kerana harga sebenar model tersebut di pasaran kereta terpakai adalah sekitar AS$150,000 (RM664,425). Malah, ada model yang dijual lebih murah.

Ferrari F430 itu dipercayai satu-satunya supercar yang pernah dipandu Trump. Model berkenaan dibeli Presiden negara Uncle Sam tersebut dalam kondisi serba baharu pada 2007 dan berada dalam jagaannya selama empat tahun dengan jumlah perbatuan 3,862km sebelum dijual kepada pemilik kedua dengan jumlah perbatuan keseluruhan mencapai 9,656km.

Tahniah kepada pemilik baharu bekas Ferrari milik Presiden AS. Mungkin kalau Trump melakukan sesuatu yang menggemparkan sepanjang berada dalam tampuk kuasa Rumah Putih, nilai pasaran kereta tersebut akan mencanak naik. Jika tidak, mungkin kereta sport itu sesuai saja dibawa timbang kati.

Namun, apa yang masih lagi menjadi persoalan, siapakah pembeli saat akhir itu? Mungkinkah dia ialah individu yang diupah Trump untuk menjaga reputasinya? 😛

SUMBER: Car Scoops

autotainment Donald Trump Ferrari Ferrari Donald Trump FERRARI F430 kereta lelong Supercar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

McLaren 788HS 2027
Roda4

Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

09/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.