Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Cepat, Buktikan Anda Peminat Sejati Presiden Donald Trump Dengan Beli Ferrari Ini!
Auto Terkini

Cepat, Buktikan Anda Peminat Sejati Presiden Donald Trump Dengan Beli Ferrari Ini!

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FERRARI F430 ini mungkin boleh digelar sebagai jualan Ferrari terbaik sepanjang tahun ini. Apa yang menarik tentang supercar tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan ia pernah dipandu Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45, Donald Trump. Dan kini, kereta itu dilelong!

Walaupun semua sedia maklum memang tiada F430 yang murah, tetapi F430 yang bakal dilelong rumah lelongan Auctions America sempena jualan Fort Lauderdale (31 Mac – 2 April 2017) ialah kereta model baharu yang pernah dibeli oleh Trump pada 2007.

Auctions America menganggarkan model itu bakal dilelong pada harga sekitar AS$250,000 – AS$350,000 (RM1.1 juta – RM1.6 juta), iaitu kira-kira 30 peratus lebih mahal berbanding Ferrari F430 biasa selepas mengambil kira status Trump sebagai selebriti dan ahli politik serta rekod perbatuan rendah kereta berkenaan.

Ferrari Rosso Corsa (Racing Red) itu pernah dijual pada 2011 kepada seorang pemilik baharu yang turut disertakan bersama satu salinan asli yang menunjukkan ‘pangkat’ kereta tersebut, iaitu alamat Menara Trump di New York dan tandatangan beliau yang pada masa itu masih belum membabitkan diri dalam politik.

BACA >>> Inilah 5 Kereta Kegemaran Presiden AS Baharu, Donald Trump

Menurut Auctions America, sebelum dijual, Presiden Trump memiliki F430 selama lebih empat tahun dan jumlah perbatuan pada masa itu cuma 3,862km atau kurang 1,000km setahun. Perbatuan di bawah pemilik sekarang pula masih di bawah 10,000km.

Namun, ada juga kalangan netizen atau penduduk AS agak sinis dengan lelongan berharga premium tersebut yang mendakwa status kontroversi Trump tidak melayakkan harga Ferrari miliknya itu menjadi begitu mahal.

Apa pula pendapat anda? Kalau berminat, cepat-cepat buat bidaan! 😛

SUMBER: Auctions America

Donald Trump Ferrari FERRARI F430 Ferrari Rosso Corsa
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

25/06/2026
Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

25/06/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

25/06/2026
Auto Terkini

Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.