Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Model ‘Facelift’ dalam Automotif – Antara Trik, Strategi atau Realiti Pasaran?
Autotainment

Model ‘Facelift’ dalam Automotif – Antara Trik, Strategi atau Realiti Pasaran?

Han OthmanBy Han Othman31/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA mungkin perasan tentang istilah facelift (dipertingkat),redesign(reka semula) dan refresh (segar semula) dalam automotif. Semua istilah tersebut biasanya merujuk kepada jenis pengemaskinian sesebuah model kereta. Tetapi apakah maksud sebenarnya?

Kenapa ada refresh, facelift dan redesign dalam pasaran automobil moden? Adakah pengeluar mempunyai agenda tersembunyi? Adakah produk mereka tidak laku? Adakah pengguna diperdaya? Kami akan jawab persoalan ini seringkas mungkin.

BACA >>> Proton Persona (2019) Facelift Lagi Macho & Awesome!

1. REFRESH (SEGAR SEMULA)

Dalam dunia automotif, setiap model baharu menyaksikan pengeluar melakukan pengemaskinian dengan memperkenalkan beberapa perubahan seperti ciri baharu, warna baharu, dan pakej opsyen. Sebenarnya, proses pengemaskinian sesebuah model itu ialah proses biasa perniagaan automobil. Pengemaskinian yang dilakukan pula tidak begitu ketara dan kebiasaannya tidak dihebohkan.

Menerusi refresh, sesebuah model itu berada setahap lebih tinggi daripada pengemaskinian biasa. Sesebuah model konvensional itu biasanya memperkenalkan beberapa tambahan perubahan kecil eksterior seperti menukar rekaan bampar depan dan belakang, lampu dan rim baharu.

Dalam erti kata lain, refresh ialah perubahan sekecil mungkin yang dilakukan sebagai tambahan kepada versi normal sesebuah model tahun ke tahun.

BACA >>> Honda Malaysia Lancar HR-V Baharu, Tambah Varian Sport Hybrid i-DCD dan RS.

2. FACELIFT (DIPERTINGKAT)

Peugeot 308 (2009)
Peugeot 308 – Facelift (2011)

Facelift ialah kemas kini setahap di atas refresh. Istilah facelift juga dipanggil kemas kini major, atau dipanggil pengeluar sebagai rekabentuk semula. Maksudnya, sesebuah model mengalami proses pengemaskinian dengan menggabungkan banyak perubahan gaya, termasuk rombakan ke atas rekaan dalaman dan tambahan ciri baharu berbanding apa yang dijangka daripada model refresh.

Jika sesebuah kereta disebut facelift, ia sepatutnya tampil dengan rupa berbeza berbanding model sebelumnya bersama ciri dikemas kini dan kelengkapan baharu. Harga pula mungkin meningkat, tetapi model facelift masih lagi menggunakan enjin dan platform sama seperti model terdahulu.

BACA >>> Akhirnya, Foto Proton Iriz Facelift Didedahkan – Siap Ada Arahan Suara 'Hi Proton'!

3. REDESIGN (REKA SEMULA)

Model redesign akan mengalami perubahan ekstensif ke atas luaran dan dalaman, termasuk enjin berbanding model terdahulu. Jika anda mencari kereta redesign, jangkaan diharapkan ialah model yang dilengkapi teknologi terkini dengan rekabentuk dalaman moden dan gaya terkini. Harga model redesign juga lebih mahal, berpadanan tambahan pengemaskinian yang dibuat.

Kereta redesign jarang tampil dengan insentif dan tawaran harga istimewa berbanding model terdahulu berdasarkan permintaan tinggi pembeli.

BACA >>> #PanduUji: Kenapa Anda Perlu Beli Proton Saga 2016? Inilah Jawapannya…


REFRESH VS FACELIFT VS REDESIGN

Anda mungkin masih belum jelas dan sedikit keliru. Mari kita pergi kepada kesimpulan mudah antara perbezaan dan persamaan ketiga-ketiga aspek kemas kini di atas.

Jika kemas kini minor ke atas model setiap tahun ialah normal, refresh tampil menggabungkan kemas kini tersebut dengan sedikit sentuhan terkini ke atas gaya luaran, dan mungkin juga sedikit perubahan dalaman. Contohnya, pengenalan warna baharu, rim sport baharu atau set audio baharu.

Facelift pula menambahkan ekstra ciri baharu dan biasanya menawarkan kemas kini gaya yang signifikan sama ada luaran atau dalaman. Contohnya, perubahan bentuk lampu belakang bulat kepada bersegi (lihat foto bawah), dan rekaan gril daripada bentuk horizontal kepada bersilang (crosshatch), dan seumpamanya.

Honda Civic FD
Honda Civic FD – Facelift

Akhir sekali, redesign ialah pengemaskinian penuh membabitkan proses kerja semula bermula peringkat bawah yang biasanya ditampilkan dengan rekabentuk serba baharu dengan banyak ciri terkini, termasuk kemasan dalaman dan trenkuasa baharu. Contoh: Toyota Camry (XV50) dan Toyota Camry (2018).

Bagaimanapun, tidak kurang juga sesetengah pengeluar yang mengeluarkan model tanpa menepati maksud sebenar antara refresh dan facelift. Mungkin mereka terkeliru, atau menganggap kedua-dua istilah itu sama saja, ataupun sekadar strategi pemasaran. Dari sudut pengaruh jualan, model facelift lebih gah didengar berbanding refresh.

BACA >>> Tiada Lagi Rekabentuk ‘Abah’, Toyota Camry (2018) Bakal Tampil Lebih Seksi

Kita juga boleh saja mengetahui bahawa sesebuah kereta refresh boleh ada di pasaran saban tahun sepanjang kitaran hayat sesebuah kereta itu, manakala facelift pula tampil pada pertengahan tahun atau pertengahan kitaran hayat (tahun ke-3-5) sesebuah model tersebut bagi membantu mengekalkan kesegaran rupa dan faktor relevan model berkenaan di pasaran. Sebaliknya, redesign memulakan proses kitaran hayat baru sesebuah kereta yang selalu disebut pengeluar sebagai model All New atau Serba Baharu.

Fahamkan? 🙂


KENAPA PERLU REFRESH, FACELIFT DAN REDESIGN? TRIK ATAU REALITI?

Industri automotif moden sudah mengalami banyak perubahan daripada pasaran kecil yang bersifat domestik kepada perusahaan besar rentas sempadan.Hari ini, terdapat berjuta-juta pekerja yang terbabit dalam industri automotif termasuk perniagaan lain yang bergantung kepada survival sesebuah pengeluar automobil.

Persaingan, kehendak dan tuntutan pasaran automotif juga berubah sama sekali. Model Proton Perdana dan pengeluar seperti Mitsubishi adalah contoh klasik tentang kegagalan sesebuah pengeluar melakukan proses refresh, facelift dan redesign hingga membuatkan kesukaran menembusi pasaran segmen-D yang didominasi model pesaing seperti Honda Accord dan Toyota Camry.

BACA >>> Dunia Sudah Tidak Berminat, Tiada Lagi Mitsubishi Lancer

proton-perdana-v6
PROTON Perdana V6

Maksudnya, sesebuah model yang dibiarkan tanpa apa-apa sentuhan kemas kini hanya akan menyebabkan ia tidak relevan di pasaran, dan akhirnya ditinggalkan pesaing-pesaingnya.

BACA >>> Gambar PROTON Perdana 2016 Warna Putih Bocor!!!

Perodua ialah contoh terbaik tentang bagaimana istilah refresh, facelift dan redesign berjaya meletakkan model keluaran pengeluar itu kekal relevan di mata pembeli walaupun membabitkan model yang sama bertahun-tahun.

Bagi orang biasa, anda mungkin berpendapat ia sebahagian muslihat atau trik pengeluar. Ada juga berpendapat model itu sudah tidak laku (tidak sepenuhnya betul). Tetapi fakta yang tidak boleh diubah ialah refresh, facelift dan redesign ialah realiti pasaran dunia automotif masa kini.

apakah itu facelift autotainment Facelift facelift dalam automotif model dipertingkat model facelift model refresh Redesign Refreshment Reka Semula Tayar Merekah
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.