• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Akhirnya, Foto Proton Iriz Facelift Didedahkan – Siap Ada Arahan Suara ‘Hi Proton’!

Akhirnya, Foto Proton Iriz Facelift Didedahkan - Siap Ada Arahan Suara 'Hi Proton'!

February 1, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS tersiar beberapa foto intipan Proton Iriz facelift, termasuk hasil rekaan pereka amatur seperti TheAjerul, pengeluar nasional itu akhirnya mendedahkan gambar penuh model hatchback segmen-B itu.

Bagaimanapun, ini ialah foto acah dan masa bilakah akan dilancarkan masih jadi tanda tanya. Begitu juga tanda harga yang masih dirahsiakan Proton.

BACA >>> Proton Iriz Facelift Tanpa Kamoflaj Didedahkan, Bakal Tampil Ciri Arahan Suara 'Hi Proton'

Berdasarkan beberapa foto didedahkan itu, jelas kelihatan beberapa perubahan ketara dari segi rupa luaran dan dalaman Iriz facelift. Antaranya, bentuk kemasan gril depan diilhamkan daripada 'Ethereal Bow' yang diperkenalkan kali pertama pada model X70, manakala gril radiator menggunakan paten 'Infinity Weave' yang bakal menjadi signatur baharu Proton.

Begitu juga bampar depan dan belakang yang lebih sporty berbanding versi sedia ada. Lampu depan pula diambil daripada model Persona dan turut dipadankan dengan lampu siang (DRL) LED. Selain itu, Proton Iriz facelift juga bakal menampilkan warna baharu, biru muda.

Rekabentuk belakang juga tidak lagi kelihatan lencana Proton, sebaliknya digantikan perkataan 'P R O T O N', seperti tertera pada X70. Jika ditelitikan, ada huruf ‘R’ merah pada perkataan Iriz. Juga diberikan antena sirip yu dan rekaan rim aloi baharu.

BACA >>> Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?

ARAHAN SUARA 'HI PROTON'

Lebih menarik, unit infotaiment Iriz facelift diberikan nafas baharu dengan skrin berwarna, dibangunkan Proton dan ECARX, yang menawarkan ciri konektiviti, termasuk fungsi arahan suara (voice command) ‘Hi Proton’, sama seperti X70. Ini ialah hatchback segmen-B pertama Proton yang dilengkapi ciri sedemikian.

Maklumat lengkap mengenai unit infotainment itu akan didedahkan Proton menjelang tarikh pelancaran kelak.

BACA >>> Shukri: Proton Iriz Tak Kurang Apa-Apa, Sama Hebat dengan Model Lain

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 2019 proton iriz, 2019 proton iriz facelift, foto proton iriz facelift, gambar proton iriz facelift, harga Proton Iriz Facelift, hatchback segmen-B, Proton, Proton Iriz 2019, proton iriz facelift, Segmen B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran
    5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my