Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Persona (2019) Facelift Lagi Macho & Awesome!
Auto Terkini

Proton Persona (2019) Facelift Lagi Macho & Awesome!

Abang GYLBy Abang GYL11/03/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Harga proton persona 2019 faceliftTANPA mengambil masa terlalu lama selepas Iriz, kini tiba giliran Proton Persona (2019) versi facelift pula dipertontonkan pada media.

Hadir dengan rekabentuk lebih sporty dan segar, Proton Persona (2019) facelift meneruskan legasi model SUV pertama Proton, X70. Sama seperti Iriz, Proton Persona (2019) facelift tampil beberapa perubahan ketara terutamanya rekaan luaran.

proton persona 2019 faceliftLEGASI PROTON X70

Antaranya, bentuk kemasan gril depan diilhamkan daripada ‘Ethereal Bow’ (Busur Awang-Awang) yang diperkenalkan kali pertama pada Proton X70. Manakala gril radiator menggunakan paten ‘Infinity Weave’ (Sulaman Infiniti) yang kini menjadi signatur baharu Proton.

Proton Persona (2019) facelift turut didatangkan dengan rekabentuk lampu kabus LED baharu yang membuat penampilan sedan ini lebih elegan, dan begitu juga bentuk bampar depan baharu.

Bampar belakang tampil ringkas dan sporty , tiada lagi lencana Proton, sebaliknya digantikan perkataan ‘P R O T O N’, seperti tertera pada X70 dan Iriz facelift.

Sekali imbas, tampak rekaan belakang Proton Persona (2019) facelift lebih lebar dan besar. Rekabentuk lampu dan lampu kabus belakang masih sama, cuma tiada perkataan VVT selain spoiler lebih kecil.

Model dipertingkat ini juga dipasangkan rekaan rim aloi 8-jejari bersaiz 15-inci, manakala antena ditukar daripada bentuk konvensional kepada jenis sirip yu, sama seperti Iriz 2019.

BACA >>> Tempah Proton Iriz (2019) Facelift Hanya RM9.99, Siap Ada Arahan Suara ‘Hi Proton’

ADA ‘HI PROTON’

Lebih menarik, unit infotaiment Proton Persona (2019) facelift turut diberikan nafas baharu menerusi paparan skrin berwarna yang dibangunkan Proton dan ECARX dengan ciri konektiviti, termasuk fungsi arahan suara ‘Hi Proton’, sama seperti X70 dan Iriz 2019. Ia sekaligus menjadikan Proton Persona (2019) facelift sebagai sedan segmen-B pertama Proton yang memiliki ciri sedemikian.

Selain itu, pedal gear juga baharu sama seperti X70, manakala kerusi turut diperbaharui dengan fabrik bertekstur. Begitu juga warna butang kawalan penyaman udara berubah kepada putih.

Proton iriz (2019) facelift turut didatangkan dengan paparan meter baharu bersama Paparan Multiinfo (MID) warna penuh. Butang kawalan ‘Mode’ yang pada asalnya di kanan stereng kini digantikan dengan butang ‘Voice Command’ untuk arahan suara ‘Hi Proton’.

BACA >>> Proton Persona Lama vs Facelift: Apa yang Baharu? Apa yang Berubah?

ENJIN & KOTAK GEAR SAMA, TAPI ADA TALAAN DIBERIKAN

Aspek mekanikal, tiada sebarang perubahan enjin mahupun transmisi dilakukan. Ianya masih kekal sama, tetapi beberapa talaan dilakukan untuk menjadikan ia lebih responsif dan jimat minyak. Begitu juga dengan kadar NVH yang diberikan peningkatan.

Harga? Buat masa ini tiada sebarang tanda harga didedahkan. Bagaimanapun, kami dimaklumkan harga Proton Persona (2019) facelift adalah lebih murah berbanding versi sedia ada. Apa-apapun kita tunggu majlis pelancaran tidak lama lagi.

Bagaimana? Pandangan kami, rekaan Proton Persona (2019) facelift memang lagi awesome!!!

BACA >>> Bocor Sijil Daftar Nama Proton X50, Model SUV Baharu Hampir Pasti Jadi Kenyataan

GALERI

proton persona 2019 facelift
enjin proton persona 2019 facelift
Harga proton persona 2019 facelift
proton persona 2019 facelift
harga servis proton persona 2019
enjin Proton Persona (2019) harga kereta persona baru Harga Proton Persona (2019) hi proton pandu uji Proton Persona (2019) Proton Persona (2019) proton persona baru proton persona facelift
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026

    2 Comments

    1. Lek on 11/03/2019 12:54

      Maaf la, model design proton persona keluaran pertama lebih cantik dan menawan.

      Reply
    2. Firdaus on 11/03/2019 20:28

      Sy nak bagi pendapat la kepada pihak proton…tak kisah ape jenis model proton…
      Kalau lambang tu..buat kepala rimau tu je..so yg bulat ke tiga segi ke tu x payah…sy ase lagi smart….

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.