• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bocor Sijil Daftar Nama Proton X50, Model SUV Baharu Hampir Pasti Jadi Kenyataan

Bocor Sijil Daftar Nama Proton X50, Model SUV Baharu Hampir Pasti Jadi Kenyataan

March 6, 2019 By Han Othman Leave a Comment

6.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUKAN lagi rahsia apabila Proton dikesan memandu uji Geely Binyue yang dikatakan bakal menjadi model baharu pengeluar nasional itu selepas X70.

Khabar terbaharu tentang model itu dikuatkan lagi dengan tersiar foto sijil tanda dagang @ trademark, X50 dengan kepala surat Perbadanan Harta Intelek Malaysia (lihat gambar bawah) yang dikongsikan portal permotoran, Carlist.my. Malah, Ketua Kejuruteraan Proton, Yang Jun turut mengesahkan Proton bakal memperkenalkan model baharu yang akan dijana enjin 1.5L pengecas turbo.

BACA >>> Instagram Geely Auto Tunjuk Tanda Pagar #ProtonX50 untuk Binyue?

Sebenarnya, spekulasi tentang nama X50 sudah menular sejak Geely memperkenalkan Binyue pada awal November tahun lalu. Tekaan nama ini dibuat berdasarkan status Binyue sebagai SUV yang lebih kecil daripada Boyue (X70) dan dikuatkan lagi dengan spekulasi dari satu Instagram bukan rasmi GeelyAuto dari China (sudah dipadamkan).

PLATFORM PELBAGAI VARIAN

Berdasarkan spesifikasi Binyue, X50 akan dibina atas platform modular BMA, yang dibangunkan bersama subsidiari Volvo dengan menawarkan lebih fleksibiliti untuk disesuaikan dengan pelbagai variasi enjin. Sebelum terlupa X50 ialah model SUV subkompak yang akan duduk sebaris dengan pesaing seperti Honda HR-V, Toyota C-HR dan Perodua Aruz.

Menariknya, harga ditawarkan akan berada dalam julat harga Aruz yang bermula RM72,900 hingga RM77,900. Apa yang pasti SUV ini akan lebih murah daripada X70 yang berharga bermula RM99,800. Jadi ramalan kami, hargaX50 mungkin dalam julat RM75,000 hingga RM90,000 untuk varian paling premium.

BACA >>> Harga, Spesifikasi Menarik Geely Binyue Jadi Penanda Aras Baharu SUV di Malaysia?

Amacam, ada sesiapa sudah teruja?

Related

6.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Geely, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Proton, Proton X50, SUV, tanda dagang, trademark, X50

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev