Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»EV Mewah Zeekr X, Zeekr 009 Tayang kepada Umum di Malaysia, Tempahan Kini Dibuka!
Roda4

EV Mewah Zeekr X, Zeekr 009 Tayang kepada Umum di Malaysia, Tempahan Kini Dibuka!

Han OthmanBy Han Othman11/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR dan pembekal rasmi kenderaan elektrik (EV) Zeekr di Malaysia, Sentinel Automotive Sdn Bhd hari ini mempamerkan dua model baharu kepada umum, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) EV, Zeekr X dan kenderaan pelbagai guna (MPV), Zeekr 009 kepada media dan orang awam di ruang lobi Sunway Pinaccle, Petaling Jaya.

Zeekr ialah jenama dari China, juga subjenama bawah Geely Automobile Holdings diasaskan pada 2021 yang menumpukan kepada pembuatan EV berasaskan platform Arkitektur Pengalaman Mampan (Sustainable Experience Architectur, SEA).

Kedua-dua model kini boleh ditempah secara dalam talian menerusi pautan booking.zeekr.my/booknow dengan anggaran harga seperti berikut:

  • Zeekr X – Harga bawah RM180,000 dengan deposit serendah RM2,000
  • Zeekr 009 – Harga bawah RM370,000 dengan deposit serendah RM4,000

Zeekr X dan Zeekr 009 menetapkan standard baharu untuk EV mewah di Malaysia menerusi aspek gaya, keselesaan, prestasi, keselamatan dan teknologi termaju. Berikut spesikasi dua model tersebut:

1. ZEEKR X

Zeekr X ialah SUV elektrik penuh pasaran global yang menggabungkan ciri kemewahan, keselesaan, prestasi, keselamatan dan teknologi pintar termaju. Ada dua varian ditawarkan, iaitu Premium dan Flagship AWD

Berikut spesifikasi Zeekr X:

Luaran

  • Menampilkan rekabentuk nisbah emas (golden ratio), iaitu prinsip rekaan yang mengetengahkan keseimbangan dan keharmonian dalam aspek estetika dan kecekapan aerodinamik.
  • Rekabentuk mewah sporty yang menyerlah elemen versatiliti sama ada untuk pemanduan dalam bandar dan perjalanan jauh.
  • Rekaan lampu siang (DRL) LED unik yang memberikan imej tersendiri.
  • Hendal pintu jenis benam dan cermin tingkap tanpa frem.
  • Ada lima warna pilihan: Crystal White (putih), Mist Grey (kelabu cerah), Grid Grey (kelabu gelap), Palace Beige (kuning cair) dan Pine Green (hijau)

Dalaman

  • Ruang kabin menampilkan rekabentuk moden dan minimalis dalam trim Charcoal Black (hitam) dan Stone Grey (kelabu).
  • Material dalaman jenis lembut (soft-touch) dengan kemasan mawar emas metalik (metallic rose gold).
  • Ada bumbung suria panoramik bersaiz 1.2 meter persegi (M²) yang memberikan cahaya natural dalam kabin, dan turut diberikan perlindungan bahang untuk keselesaan ketika cuaca panas.
  • Lampu ambien dalam kabin boleh dikustom mengikut cita rasa dan mood pemandu.
  • Unit infotainment skrin sentuh 14.6 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Sistem bunyi premium dengan 13 pembesar suara Yamaha dan disediakan pengecas wayarles 50W.
  • Kluster instrumen dengan paparan dongak realiti terimbuh (AR-HUD).
  • Ada sistem arahan suara untuk akses bebas tangan.

Trenkuasa

  • Flagship AWD dijana bateri 66kWh dengan dwi-motor elektrik untuk output kuasa 315kW (422hp) dan tork 543Nm., setanding kereta sport di pasaran, manakala pecutan 0-1000kmj sepantas 3.8 saat.
  • Menyokong pengecasan pantas (DC) 150kW untuk 10 peratus-80 peratus masa mengecas.
  • Jarak perjalanan hingga 440km mengikut ujian Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).

Teknologi Keselamatan

  • Mendapat rating 5-bintang dalam ujian Euro NCAP dan Green NCAP
  • Ciri keselamatan membabitkan lima kamera dan lima radar serta menyokong Sistem Bantuan Pemandu Termaju Tahap 2+ (ADAS Level 2+)
  • Pakej ADAS terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Tukar Lorong Automatik (ALC), Kawalan Tengah Lorong (LCC), Bantuan Kekal Lorong (LKA) [termasuk Amaran Keluar Lorong (LDW), Elak Keluar Lorong (LDP) dan Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)], Sokongan Mitigasi Perlanggaran Depan (CMSF), Sokongan Mitigasi Perlanggaran Belakang (CMSR), Amaran Buka Pintu (DOW), Bantuan Trafik Lintas Depan (FCTA), Bantuan Trafik Lintas Belakang (RCTA), Brek Kecemasan Parkir (PEB), Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Gerak Elak (EMA) dan Monitor Prestasi Pemandu (DPM).
  • Ada ciri Bantuan Parkir Automatik (APA).

2. ZEEKR 009

Zeekr 009 ialah MPV elektrik mewah yang menggabungkan rekabentuk megah, keselesaan kelas dunia, prestasi hebat dan teknologi termaju dalam satu pakej.

Berikut spesifikasi Zeekr 009:

Luaran

  • Mengetengahkan rekabentuk berani dan elegan yang sentiasa menyerlah di jalanan.
  • Gril depan menampilkan gaya berani dan menyerlah yang mudah dicam selain tampil berbeza berbanding model jalanan lain.
  • Memiliki dimensi panjang 5,209mm, lebar 2,024mm, dan tinggi 1,812mm, manakala jarak roda 3,205mm.
  • Sistem suspensi udara dwi-kamber boleh laras ketinggian dan tahap redaman.
  • Didatangkan dalam tiga warna pilihan: Phantom Black (hitam), Electric Blue (biru gelap) dan Crystal White (putih)

Dalaman

  • Kerusi kelas pertama Sofaro daripada material kulit Nappa untuk kualiti mewah dan keselesaan berpanjangan.
  • Varian 6-kerusi menyediakan dulang kerusi tersembunyi di tempat duduk baris kedua.
  • Ada peti ais 8.6 liter dengan fungsi sejuk dan panas.
  • Kerusi baris kedua juga dilengkapi fungsi urut dan ventilasi selain bar kawalan pintar untuk akses kepada kawalan kerusi dan penyaman udara.

  • Juga disediakan kamera definisi tinggi (HD) untuk memantau penumpang di baris ketiga seperti kanak-kanak.
  • Penumpang di tempat duduk baris ketiga disediakan butang elektrik untuk memudahkan akses masuk dan keluar.
  • Unit infotainment skrin sentuh 15.05 inci OLED dengan pelbagai akses seperti navigasi, media, maklumant dan tetapan kenderaan.
  • Ada monitor bumbung OLED 17 inci untuk penumpang belakang untuk pengalaman teater premium menerusi sistem bunyi Yamaha dengan 30 pembesar suara, termasuk dalam penyandar kepala!
  • Pemandu diberikan paparan dongak realiti terimbuh (AR-HUD).
  • Ada tiga pilihan kemasan dalaman: Black (hitam), Stone Grey & Polar White (kelabuh dan putih), dan Midnight Blue & Polar White (biru dan putih).
  • Tahap kesenyapan kabin dinilai pada 64.5dB pada halaju 120kmj.

Trenkuasa

  • Dijana bateri 116kWh dengan dwi-motor elektrik untuk output kuasa 450kW (603hp) dan tork 693Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat. Ini setanding pecutan dan ketangkasan sebuah kereta sport.
  • Menyokong pengecasan DC 150kW untuk tempah mengecas 10 peratus-80 peratus cuma 30 minit.
  • Jarak perjalanan hingga 582km mengikut WLTP

Teknologi Keselamatan

  • Dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang terdiri daripada Kawalan Tengah Lorong (LCC), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Sokongan Mitigasi Perlanggaran Belakang (CMSR), Sokongan Mitigasi Perlanggaran Depan (CMSF), Sistem Kekal Lorong (LKS), Pengesan Titik Buat (BSD), Amaran Buka Pintu (DOW), Pengecam Tanda Jalan (TSR), Pemantau Prestasi Pemandu (DPM), Amaran Pengingat Halaju (SRW) dan Brek Kecemasan Parkir (PEB)
Zeekr X
Zeekr 009
Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) kenderaan elektrik pelbagai guna (MPEV) MPV Elektrik Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP) Roda4 Sentinel Automotive Sdn Bhd Sustainable Experience Architecture (SEA) SUV Elektrik Zeekr 009 ZEEKR X
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.