Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Daripada Renault Kangoo kepada Mercedes-Benz Citan (2023), Harga Mula RM112k
Roda4

Daripada Renault Kangoo kepada Mercedes-Benz Citan (2023), Harga Mula RM112k

Abang HirataBy Abang Hirata15/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KERJASAMA antara pengeluar berbeza dalam dunia automotif sudah lama dilakukan, termasuk melibatkan jenama mewah seperti Mercedes-Benz.

Misalnya, kenderaan komersial dan rekreasi Mercedes-Benz Citan sudah dijenamakan semula daripada Renault Kangoo sejak generasi pertama lagi.

Seperkara menarik, Renault dan Nissan berada di bawah pakatan sama, yang mana Renault Kangoo turut dijenamakan sebagai Nissan NV200 sebelum diganti Nissan Townstar untuk generasi terbaru.

Model van panel Mercedes-Benz Citan (2023) generasi kedua diperkenal pada Ogos 2021 yang dibina berasaskan Renault Kangoo generasi ketiga, sama seperti Nissan Townstar.

Kedua-dua model, Renault Kangoo dan Nissan Townstar menggunakan platform CMF-CD yang dibangunkan Renault dan Nissan.

Kerjasama Mercedes-Benz dan Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi turut menghasilkan trak pikap Mercedes-Benz X-Class dengan enjin Renault digunakan pada Mercedes-Benz A-Class.

Di Britain, Mercedes-Benz mengumumkan tempahan van panel Mercedes-Benz Citan (2023) kini dibuka dan penghantaran varian kompak, L1 akan dibuat bulan ini, manakala varian L2, van kru dan model elektrik akan ditawarkan beberapa bulan lagi.

Spesifikasi Mercedes-Benz Citan (2023)

Premium
Progressive

Mercedes-Benz Citan L1 dan L2 menggunakan enjin 4-silinder diesel 1.5L dalam pacuan roda depan (FWD) dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik 7-kelajuan berkuasa 95hp dan tork 260Nm @ 1,750rpm.

Kapasiti tangki minyak 54 liter, dan jarak tinggi bumi 176mm.

Ada dua varian, Progressive dan Premium. Varian Premium dibezakan menerusi warna bampar sama dengan badan, aksen krom, kemasan papan pemuka hitam kilat. Juga dipasangkan kit luar Dynamic warna metalik, rim aloi khas dan pakej Light yang dilengkapi lampu puncak LED prestasi tinggi, Bantuan Lampu Besar dan lampu kabus depan.

Mercedes-Benz Citan varian L1 Progressive memiliki dimensi panjang 4,498mm dengan kapasiti muatan 667kg dan 666kg (Citan Premium).

Memiliki keupayaan tunda treler dengan berat kasar maksimum 3,500kg, dan ciri keselamatan seperti Bantuan Brek Aktif (ABA) dengan teknologi pengesan pejalan kaki, Bantuan Mula Daki (HSA), dan Bantuan Perhatian untuk mengesan pemandu mengantuk supaya berhenti rehat ketika penat.

Turut dilengkapi pengehad halaju, butang panggilan bantuan kerosakan kecemasan, bantuan parkir belakang dengan kamera undur.

Ciri keselamatan standard dilengkapi enam beg udara, sensor undur, pilihan Bantuan Titik Buta (BSA), Bantuan Kekal Lorong Aktif (LKAA) dan Bantuan Pengehad Halaju (SLA).

Menyediakan akses ke telefon pintar untuk fungsi pemantau kenderaan apabila berlaku kecurian, paras bahan api, perbatuan dan kunci kawalan jauh menerusi unit infotainment skrin sentuh 7 inci dengan arahan suara ‘Hey Mercedes’.

Juga ada konektiviti telefon pintar Android Auto atau Apple Carplay. Harga bermula £21,310 (RM112,830), tidak termasuk cukai.

BACA >>> Mercedes-AMG C 63 S E Performance 2.0L Hybrid (2023), Enjin 4-Silinder Terkuat Dunia!
BACA >>> Mercedes-AMG GT Black Series dengan DNA Jentera Lumba, RM1.8 Juta!

Progressive
Premium
Mercedes-benz Mercedes-Benz Citan Renault Kangoo Roda4 Van Panel Van Panel Mercedes-Benz
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BRABUS Bodo Rasmi Diperkenal Secara Global, Hanya Ada 77 Unit Seluruh Dunia!

    18/05/2026
    Mercedes Autohaus Kuantan
    Auto Terkini

    Pusat 4S Mercedes-Benz Terbesar di Pantai Timur, Asbenz Stern Autohaus Lancar di Kuantan

    18/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    18/05/2026
    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.