Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Continental MaxContact MC7 – Tayar Prestasi Tinggi untuk Pemandu Asia Pasifik!
Aksesori

Continental MaxContact MC7 – Tayar Prestasi Tinggi untuk Pemandu Asia Pasifik!

SyafieBy Syafie17/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CONTINENTAL Tyres memperkenalkan MaxContact MC7, iaitu tayar yang direka mengikut landskap bandar yang memenuhi keperluan pemandu Asia Pasifik (APAC).

Tayar baharu ini juga mampu menghasilkan prestasi pemanduan berkualiti tinggi, dan meningkatkan pemanduan harian ke tahap lebih baik dengan kawalan maksimum menerusi pengendalian tepat serta dinamik.

Ketua Pengurusan Produk Continental Replacement Tyres APAC, Tolga Mutlu berkata;

Dibangunkan dan diuji pasukan terdiri daripada 25 jurutera dan pakar bahan dengan lebih 8,000 jam ujian dalam R&D (kajian dan pembangunan), kami menghasilkan tayar bergaya dan berprestasi tinggi yang memenuhi keperluan unik pemandu yang mencari keterujaan dalam pemanduan harian.”

Kelebihan Tayar MaxContact MC7 Baharu

1. Kawalan Maksimum untuk Keterujaan Pemanduan Maksimum

  • Pengendalian lebih terperinci dan kestabilan luar biasa ketika mengambil selekoh tajam atau pusingan sudut pada halaju tinggi.
  • Pengoptimuman agihan tekanan dalam tayar supaya pemandua lebih terkawal dan stabil.
  • Memaksimum permukaan sentuhan jalan bagi mencipta jejak lebih luas dengan bunga tayar Cornering Macroblocks.
  • Kompaun Reflex MaxContact MC7 menghasilkan rintangan tinggi terhadap deformasi tayar (tyre deformation).
2. Teknologi Silika Baharu untuk Pemanduan Stabil dan Selamat
  • Memastikan keselamatan ketika musim hujan yang kerap di negara APAC.
  • Menghasilkan cengkaman dipertingkat dengan jarak membrek lebih pendek.
  • Ciri 3D Laser-cut Slipes meningkatkan cengkaman dan brek dalam situasi jalan basah atau hujan.
  • Mengurangkan risiko satah air (aquaplaning) dengan mengetepikan air melalui alur tayar.
  • Mempunyai sebatian ReFlex bagi memindahkan tenaga kinetik kepada haba ketika membrek.
3. Pemanduan Lebih Senyap dengan Pemutus Bunyi Dinaik Taraf
  • Ciri Two-in-1 Noise Breaker 3.0 dinaik taraf  untuk memecahkan gelombang bunyi.
  • Mencegah bunyi terkumpul dan masuk ke dalam kabin kereta.
  • Pemanduan lebih senyap walaupun menggunakan kereta sport.

Tayar MaxContact MC7 terbaharu ini menawarkan saiz antara 16 inci hingga 21 inci dan boleh dibeli di semua pasaran APAC bermula suku pertama 2024.

aksesori Auto Terkini Continental Tyres MaxContact MC7 tayar kereta
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.