Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Citroen C5 Aircross Versi ‘Real’ Bakal Meriahkan Segmen SUV Antarabangsa
Roda4

Citroen C5 Aircross Versi ‘Real’ Bakal Meriahkan Segmen SUV Antarabangsa

Han OthmanBy Han Othman18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CITROEN akhirnya mempamerkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaru, C5 Aircross pada Pameran Auto Shanghai 2017 selepas menyiarkan teaser lakaran SUV itu lebih kurang seminggu lalu. Tiada spesifikasi lengkap didedahkan, tetapi menurut laporan media permotoran China, Citroen C5 Aircross khabarnya dibangunkan atas platform PSA EMP 2 yang berkongsi kerangka binaan sama dengan Peugeot 2008 baharu (dipanggil 4008 di China).

Malah, model terbaru pengeluar Perancis itu juga akan menggunakan enjin sama, iaitu pengecajturbo berkapasiti 1.6L dan 1.8L berkuasa 204hp dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Versi 2.0L turbo juga dikatakan bakal menyusul.

BACA >>> Citroen Tunjuk Lakaran Dalaman C5 Aircross Menjelang Pameran Auto Shanghai 2017

Selain SUV versi biasa, Citroen juga akan melancarkan versi jarak roda panjang, sebagai lawan kepada Volkswagen Tiguan Allspace/L dengan 7-kerusi, tetapi segalanya masih spekulasi dan khabar angin dalam kalangan media permotoran di Negara Tembok Besar itu.

Citroen C5 Aircross dijangka dilancarkan di China pada suku ketiga tahun ini. Pengedar utama di republik komunis itu, Dongfeng-PSA akan bertanggungjawab dalam urusan pengeluaran tempatan, manakala pemasangan akan dibuat di Rennes, Perancis.

Mari lihat gambar-gambar menarik Citroen C5 Aircross versi real di bawah. Tangkap leleh hoii!

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Citroen Citroen C5 Aircross gambar Citroen C5 Aircross Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pameran Auto Shanghai 2017 Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

14/05/2026
Roda4

Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

14/05/2026
Auto Terkini

Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

13/05/2026
Toyota Corolla 60th Edition 2026
Roda4

Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

12/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
KTM 390 Series Launch
Roda2

KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

By Shazwan Hisam11/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.