Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BSH Lancar Honda ADV 160 (2023) di Malaysia, Harga RM12.9k
Roda2

BSH Lancar Honda ADV 160 (2023) di Malaysia, Harga RM12.9k

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize10/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

WAKIL pengedar rasmi motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda ADV 160 (2023) ke pasaran tempatan pada harga asas RM12,999 seunit, tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Berbeza ADV 150 dalam 2-injap, Honda ADV 160 (2023) hadir dengan 4-injap untuk respons pecutan lebih pantas. Berikut perincian ­­­­­­­­­­­­­skuter advencer tersebut:

REKABENTUK

  • Lampu utama LED dengan lampu siang (DRL), juga LED.
  • Panel meter digital penuh dengan butang konfigurasi yang diasingkan pada hendal.
  • Bar hendal lebih tirus.
  • Lampu belakang LED bentuk X dengan Signal Henti Kecemasan (ESS).
  • Rim 14 inci dengan tayar 110/80 (depan), dan rim 13 inci dengan tayar 130/70 (belakang).
  • Tinggi pelana 780mm, lebih rendah 15mm daripada ADV 150.
  • Panel badan lebih besar berbanding ADV 150 walaupun memiliki konsep rekabentuk sama.
  • Visor angin boleh laras lebih tinggi.
  • Butang tetapan meter diasingkan antara bar hendal dan panel meter.
  • Tayar semi dwi-guna (semi dual purpose) yang lebih lebar untuk memudahkan tunggangan di permukaan jalan mencabar.

TRENKUASA

  • Trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 156.9cc penyejukan cecair berkuasa 15.8hp (11.8kW) @ 8,500rpm dan 14.7Nm @ 6,500
  • Enjin eSP+ baharu memberikan lebih kuasa, tork dan jimat bahan api.

SPESIFIKASI DAN CIRI

  • Penggunaan bahan api 45km per liter mengikut piawaian Kitaran Ujian Motosikal Dunia (WMTC)
  • Pengecas USB 5V 2.1A dalam kotak konsol
  • Ruang simpanan bawah pelana lebih besar (30 liter)
  • Suspensi fork teleskopik di depan, dan dwi-absorber Showa di belakang.
  • Jarak tinggi bumi 165mm, berat 133kg, dan jarak roda1,324mm.
  • Memiliki dimensi panjang 1,950mm, lebar 763mm, dan tinggi 1,196mm
  • Kapasiti tangki petrol 8.1 liter.
  • Dilengkapi sistem henti-mula Honda ISS (Idling Stop System) yang membantu menjimatkan penggunaan bahan api ketika berhenti seketika.

KESELAMATAN

  • Sistem brek cakera tunggal jenis petal 240mm dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan, dan cakera tunggal petal 220mm (belakang).
  • Ada ciri Signal Henti Kecemasan (ESS) untuk varian ABS. Kedua-dua lampu signal belok berkelip serentak apabila membrek mengejut.
  • Dilengkapi sistem kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang membantu mengimbangkan putaran roda dan mencegah tayar belakang tergelincir, terutama di jalan licin.
  • Dilengkapi sistem kunci pintar Honda berserta sistem penggera.

Warna

Ada dua warna pilihan ditawarkan:

  • Mat Charcoal Gray Metallic (kuning)
  • Vivacity Red (merah)

Harga & Waranti

  • RM12,999 (tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran).
  • Pembelian dipakejkan bersama waranti kilang dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba duahlu).

Menurut BSH, stok Honda ADV 160 (2-23) akan dihantar ke pengedar seluruh negara dalam hujung minggu ini.

BACA >>>> BSH Lancar Honda Wave Alpha (2023) dengan Enjin Patuh Euro4, Harga RM5.1k
BACA >>>> BSH Perbaharui Honda RS-X (2023) dengan Grafik Lebih Segar, Sporty! Harga Mula RM9.6k
BACA >>>> BSH Lancar Skuter Honda Vario 160 (2022) di Malaysia, Harga Mula RM9.9k!
BACA >>>> #Perbandingan: Apakah Beza Enjin Honda Vario 160, PCX160, ADV160?

2023 Boon Siew Honda (BSH) Honda ADV 160 Honda ADV 160 (2023) skuter skuter advencer
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.