Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Perbandingan: Apakah Beza Enjin Honda Vario 160, PCX160, ADV160?
Autotainment

#Perbandingan: Apakah Beza Enjin Honda Vario 160, PCX160, ADV160?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi motosikal Honda di Indonesia, Astra Honda Motor (AHM) mengadakan bengkel khas bersama sekumpulan pengamal media permotoran di republik itu.

Bengkel itu membabitkan perkongsian maklumat mengenai teknologi dan trenkuasa 160cc esP+ yang digunakan tiga model skuter Honda, Vario 160, PCX 160 dan ADV 160.

Berikut soal jawab antara media permotoran Indonesia dan Endro Sutarno (wakil Jabatan Servis Teknikal AHM):

Kenapa cagak (mounting) enjin Honda’s eSP+ 160cc diubah ke atas?

Tujuan utama ialah untuk membantu proses sejukan bahagian bawah enjin, jadi ada lebih banyak aliran udara. Kemudian, kenapa dipindah ke bahagian atas (cagak), ia untuk mengikat enjin lebih kuat daripada yang di bawah.

“Teknologi ini sudah digunakan sejak awal, model pertama yang guna kaedah itu ialah PCX125 generasi pertama.”

Adakah Honda ADV160 guna frem eSAF (enhanced Smart Architecture Frame)?

Belum lagi, HondaADV160 masih menggunakan model frem besi tubular, tetapi sudah menerima rekabentuk baharu.”

Kenapa tidak gunakan frem eSAF?

Teknologi eSAF memang bagus. Cuma kalau untuk  Honda ADV160), banyak benda perlu ditukar. (Frem) sekarang sebenarnya masih baharu, jenis dek rata seperti Honda Vario 160.

“Ini kerana asasnya sama  seperti digunakan Honda Beat, Scoopy dan Genio.”

Apakah kelebihan, kekurangan frem tubular dan eSAF?

Kelebihan eSAF adalah lebih ringan. Tetapi, frem keluli tubular digunakan Honda ADV160 juga ringan berbanding model sebelumnya.

“Sebabnya, setiap kali kami bikin produk baharu, kami akan hasilkan frem baharu yang lebih baik termasuk aspek rekabentuk.

“Rekabentuk frem tubular baharu Honda ADV160 dibuat untuk menampung jumlah ruang simpanan lebih besar.”

Kenapa pilih teknologi ABS saluran tunggal sedangkan ada HSTC (Honda Selectable Torque Control)?

Sebabnya, ABS saluran tunggal sudah mencukupi dan masih relevan digunakan skuter dalam kelas seperti ini.”

Kenapa Honda PCX dan ADV160 guna rim belakang 13 inci?

Dari aspek diameter menyeluruh, ia sebenarnya sama, termasuk ketinggian. Hanya bahagian belakang ada diameter lebih kecil supaya tayar yang digunakan dapat membuatkan (skuter) nampak besar. Ini juga untuk berikan cengkaman lebih baik, juga lebih selesa.”

Bolehkah absober Honda ADV160 dipasangkan pada PCX?

Buat masa ini, sistem suspensi dengan tabung hanya untuk Honda ADV160. Masih boleh digunakan untuk PCX, tetapi perlu buat beberapa penyesuaian.”

Apakah beza enjin 160cc eSP+ PCX, ADV dan Vario?

Honda PCX dan Vario ada perbezaan dalam (transmisi) CVT. Ini termasuk saiz bearing dan syaf pacu (drive shaft). Begitu juga ADV160.

“Perbezaan membabitkan diameter dan saiz. Ini termasuk aspek saiz gandar. Contohnya, diameter syaf pacu gandar Vario adalah lebih besar, model lain pula lebih kecil.

“Perbezaannya, syaf pacu gear PCX dan ADV lebih besar dan panjang berbanding Vario. Jadi, memang ada beberapa komponen berbeza dalam CVT untuk PCX, ADV160 dan Vario. Bukan semua boleh PNP (plug-and-play).”

Kenapa perlu ada kelainan dalam trenkuasa 160cc?

Tujuannya, membezakan karakter setiap produk.”

Bolehkah pengguna rasakan perbezaan itu?

Ya, ada beza tarikan awal (pecutan) antara PCX dan ADV dan juga kelajuan maksimum. Enjin sama, tetapi bezanya pada transmisi. Contohnya, CVT Vario ada perbezaan puli pacu (driven pulley), saiz roller dan ukuran tali sawat (berbeza dengan ADV160 dan PCX160).

BACA >>> #Perbandingan: Honda Vario 150 (2020) vs Honda Vario 160 (2022), Mana Satu Berbaloi?
BACA >>> BSH Lancar Skuter Honda Vario 160 (2022) di Malaysia, Harga Mula RM9.9k!
BACA >>> Honda PCX 160 (2021) Lancar untuk Pasaran Jepun, Kini Berkuasa 16hp, Harga RM15.8k
BACA >>> Honda Thailand Lancar Warna Baharu Skuter Premium PCX 160, Harga Mula RM10k!

SUMBER: WarungSep

autotainmen autoterkini Honda ADV160 Honda PCX160 honda vario 160 roda2 Skuter Honda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.