• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda PCX 160 (2021) Lancar untuk Pasaran Jepun, Kini Berkuasa 16hp, Harga RM15.8k

Honda PCX 160 (2021) Lancar untuk Pasaran Jepun, Kini Berkuasa 16hp, Harga RM15.8k

December 9, 2020 By Aryon Leave a Comment

191
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA PCX 160 (2021)
baru saja dilancarkan dengan trenkuasa 160cc berkuasa 16hp, melebihi angka kuasa pesaingnya, Yamaha NMAX (15.2hp).

Honda sebelum ini terlebih dahulu melancarkan PCX 125 untuk pasaran Eropah dengan rekabentuk dan ciri diperbaharui.

BACA >>> Honda PCX 125 (2021) Serba Baharu Lancar dengan Enjin Lebih Kuasa, Ciri Dipertingkat

Skuter maksi ini dihasilkan di Vietnam dan akan dijual sebagai model 2021 untuk pasaran Jepun. Versi ini juga dijangka menjengah pasaran Asean seperti Indonesia, Vietnam dan Malaysia.  Walaupun belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai pelancaran di Malaysia, tetapi tidak salah untuk berharap.

Kapasiti enjin 4-injap 4-lejang 156cc (sebelum ini 2-injap 149cc) penyejukan cecair dengan teknologi eSP+ memberikan angka kuasa lebih tinggi yang dicapai menerusi nisbah mampatan tinggi 12:1. Kuasa 16hp dicapai pada rev 8,500rpm, manakala tork 15Nm @ 6,500rpm. Jauh lebih berkuasa daripada model terdahulu (14.4hp, 113.2Nm).

Teknologi enjin juga berbeza. Misalnya, penegang rantai sesondol hidraulic (hydraulic cam chain tensioner, HCCT), yang tidak lagi menggunakan tekanan spring, tetapi tekanan minyak enjin seperti digunakan kapcai Honda Supra 100 (Wave) atau model C Series.

Selain itu, selain badan terotel lebih besar, penapis udara juga besar untuk mengawal kecekapan suapan masuk udara. Aci engkol juga direka baharu untuk mengurangkan getaran dan menghasilkan deruman enjin lebih senyap. Menurut Honda, operasi PCX 160 kini lebih halus pada setiap putaran enjin.

Rekabentuk kini tampil dengan ciri lampu LED penuh. Sistem henti menggunakan brek dwi-cakera dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada roda depan, sama seperti PCX 150 sedia ada. Juga dilengkapkan ciri kawalan tork (HSTC) untuk tunggangan lebih meyakinkan di permukaan jalan licin dan basah.

Ruang simpanan bawah pelana juga luas, manakala frem lebih ringan dan kuat. Roda menggunakan rim 14 inci di depan dan belakang 13 inci.

PCX 160 (2021) dijual pada harga 407,000 yen (RM15,895). Agak keras juga harganya, mungkin juga kerana berstatus import dari Vietnam. Mungkin harga pasaran Malaysia lebih mampu milik.

BACA >>> Honda PCX150 (2020) Lancar di Thailand dengan Empat Warna Baharu
BACA >>> HLYM Lancar Yamaha NMAX V2 (2020), Harga RM8.9k!

SPESIFIKASI
HONDA PCX 160

Enjin: 4-lejang 4-injap silinder tunggal 156cc penyejukan cecair dengan teknologi eSP+ dan PGM-FI
Kuasa & Tork: 16hp @ 8,500rpm; 15Nm @ 6,500rpm
Jarak Terendah: 135 mm
Tinggi Pelana: 764 mm
Berat: 132kg
Suspensi: Fork teleskopik (depan); Dwi-absorber (belakang)
Roda: 110/17-14 (depan); 130/70-13 (belakang)
Brek: Dwi-cakera dengan ABS (depan); cakera tunggal

honda-pcx-160-1
honda-pcx-160-2
honda-pcx-160-3
honda-pcx-160-4
honda-pcx-160-5
honda-pcx-160-6
honda-pcx-160-7
honda-pcx-160-8
honda-pcx-160-11
honda-pcx-160-9
honda-pcx-160-10
honda-pcx-160-12
honda-pcx-160-13
honda-pcx-160-14
honda-pcx-160-15
honda-pcx-160-16
honda-pcx-160-17
honda-pcx-160-18
honda-pcx-160-19
honda-pcx-160-20
honda-pcx-160-21
191
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda Japan, Honda Jepun, Honda PCX 160, roda2, skuter, skuter maksi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my