Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW 430i Coupe M Sport Kini di Malaysia! Harga RM454k dengan Pakej RM5,048 Sebulan
Roda4

BMW 430i Coupe M Sport Kini di Malaysia! Harga RM454k dengan Pakej RM5,048 Sebulan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Group Malaysia memperkenalkan model generasi baharu BMW 430i Coupe M Sport (2021) versi import penuh (CBU) yang ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM454,800.

Pembaharuan diterima menjadikan fastback mewah ini lebih besar berbanding model terdahulu, tetapi masih mengekalkan prestasi pemanduan sebenar sebuah BMW.

Berikut ciri dan spesifikasi BMW 430i Coupe M Sport (2021) :

  • Dipacu enjin petrol 4-silinder pengecas turbo twin-scroll dengan teknologi Valvetronic, VANOS kembar dan Suntikan Ketepatan Tinggi (HPI) berkuasa 258hp dan tork 400Nm.
  • Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 5.8 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj.
  • Transmisi 8-kelajuan Steptronic Sport baharu membantu mengoptimumkan penggunaan petrol pada kadar 6.6 liter per 100km.
  • Menampilkan rekabentuk gril kidney baharu yang disusun secara vertikal dan dipanjangkan hingga bawah bampar. Mengaplikasikan rekaan honeycomb pada gril baharu.
  • Kedua-dua sisi gril mempunyai ventilator ambilan udara yang membuatkan profil kereta nampak lebih lebar.
  • Dimensi badan lebih besar berbanding model terdahulu, iaitu panjang 4,768mm (+130mm), lebar 1,852mm (+27mm), tinggi 1,383mm (+6mm) dan jarak roda 2,851mm (+41mm).

BACA >>> BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Versi CKD Kini di Malaysia! Harga RM708k

  • Memiliki pintu paling panjang bagi famili coupe BMW yang membantu menambah baik imej sporty. Muncung ekzos diberikan kemasan krom kilauan tinggi.
  • Dipasangkan rim aloi ringan M saiz 19 inci dengan jejari dwi-tona yang dibalut tayar campuran jenis run-flat, dan diapit kaliper brek M Sport biru.
  • Didatangkan bersama pakej M Aerodynamics, sistem lampu utama  BMW Laserlight dengan Bantuan Suluh Tinggi (HBA) dan lampu kabus LED.
  • Sarat dengan ciri bantuan pemandu termaju seperti teknologi antigelincir ARB, yang membantu mengawal masalah tayar menggelincir.
  • Menggunakan teknologi M Sport untuk sistem suspensi dan sistem, dan dibekalkan ciri stereng sport variabel (VSS).
  • Dipadukan bersama pakej standard Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC), terdiri daripada:
    • Kawalan Traksi Dinamik (DTC)
    • Kawalan Brek Belok (CBC)
    • Kawalan Brek Dinamik (DBC)
    • Sistem Brek Antikunci (ABS)
    • Bantuan Brek (BA)
Kabin
  • Kemasan kabin terdiri daripada kerusi sport, stereng kulit M, pedal M, upholsteri kulit Vernasca Leather dan bumbung antrasit BMW Individual. Trim kemasan Aluminium Tetragon dan tali keledar M.
  • Konsol tengah lebih tinggi untuk menetapkan ruang pemisah antara pemandu dan penumpang depan.
  • Instrumen panel dibalut Sensatec. Ada butang multikawalan pada stereng, ruang simpanan bawah perehat lengan hadapan dan kerusi boleh laras elektrik dengan fungsi memori.
  • Ada 11 pilihan lampu ambien bolehb diubah mengikut cita rasa peribadi. Sistem penyaman udara jenis tiga zon automatik.
  • Rekabentuk papan pemuka mengetengahkan konsep BMW Live Cockpit Professional menerusi unit infotainment digital penuh 12.3 inci, kluster instrumen 10.25 inci, 16 unit pembesar suara Harman Kardon Surround Sound System dan konektiviti Bluetooth, USB dan pengecas wayarles.
  • Kerusi belakang boleh lipat dalam konfigurasi 40:20:40 untuk memudahkan simpanan barang dengan tambahan luas 440 liter.
Sistem Bantuan Pemandu

BMW 430i Coupe M Sport (2021) dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju yang terdiri daripada:

 

  • Bantuan Had Kelajuan (SLA)
  • Amaran Trafik Depan dan Belakang
  • Amaran Pelanggaran Belakang
  • Amaran Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Tukar Lorong (LCW)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Amaran Pelanggaran Depan (PCW) dengan campur tangan brek
  • Bantuan Parkir dengan kamera pandang belakang
  • Bantuan Undur dengan ciri rakaman video
Pilihan Warna
  • Ada empat warna pilihan ditawarkan iaitu Arctic Race Blue Metallic (biru kelabu), Portimao Blue (biru), Alpine White (putih) dan (Black Sapphire (hitam).
  • Material kulit Vernasca Leather dengan sulaman benang hitam yang didatangkan dalam warna pilihan hitam, Tacora Red (merah) atau Cognac (coklat).
Program Pembiayaan Dinamik

BMW 430i Coupe M Sport (2021) boleh dimiliki dengan bayaran bulanan serendah RM5,048 untuk pembiayaan Balloon Financing Plan 80 peratus selama lima tahun menerusi Pelan Pembiayaan BMW (Balloon Financing Plan).

Semua pembeli menerima jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan dengan program servis percuma, bantuan jalanan dan Talian Hotline Kemalangan BMW, aplikasi mudah alih, Kumpulan Keahlian BMW, Kad BMW Privileges dan perkhidmatan atas talian BMW Service Online

Model ini boleh ditempah menerusi shop.bmw.com.my pada harga serendah RM1,000.

BACA >>> BMW F 850 GS 40 Years GS Edition Lancar di Malaysia, Harga RM85.5k
BACA >>> Depan Rumah Pun Tak Selamat, Mercedes-Benz Kena 'Bogel' Pencuri Profesional

BMW BMW 430i Coupe M Sport BMW 430i Coupe M Sport (2021) BMW Group Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Roda4

    Bentley Torcal Didedah Sebagai SUV Elektrik Baharu, Debut 23 September Ini

    08/07/2026
    Roda4

    Dacia Striker 2027, Bukti Kereta Mampu Milik Tak Perlu Nampak Murah!

    08/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.