• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Depan Rumah Pun Tak Selamat, Mercedes-Benz Kena ‘Bogel’ Pencuri Profesional

Depan Rumah Pun Tak Selamat, Mercedes-Benz Kena 'Bogel' Pencuri Profesional

December 22, 2020 By Azizi H Leave a Comment

344
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMILIK Mercedes-Benz C-Class, Paul di Britain seakan tidak percaya menyaksikan kereta mewahnya hampir 'bogel' dikerjakan geng pencuri profesional. Apa yang mengejutkan, insiden itu berlaku di depan rumahnya.

Menurut Paul, dia dimaklumkan jiran pada jam kira-kira 4 pagi mengenai insiden tersebut. Selepas menuju ke kereta, dia cuma mampu terpaku melihat begitu banyak komponen dicuri seperti rim dan tayar, pintu, bonet, but, kerusi dan penutup tangki minyak.

Paul sebenarnya sengaja memarkir kereta di luar kerana pulang lewat dan tidak sempat menyimpan kereta di jalan masuk rumah atau garaj.

Anak angkat mangsa, Emily Heely berkata, kerugian sangat besar. Kecurian itu dipercayai didalangi geng pencuri profesional dan dibuat secara terancang dalam keadaan sunyi.

Heely berkata;

Mereka ambil bonet, empat tayar, dua pintu, dan pintu but. Macam-macam komponen dalam kereta juga diambil termasuk kerusi pemandu dan penumpang."

Lebih menyedihkan, pasukan forensik memberitahu Heely yang tidak banyak bukti ditemui kerana geng jenayah itu seakan cukup mahir meleraikan setiap komponen kereta mangsa tanpa meninggalkan bukti.

Menurut mekanik, pencuri itu mensasarkan bampar depan dan lampu utama kerana harga sensor dua komponen itu sangat mahal. Namun, mungkin kerana terlalu berhati-hati, pencuri hanya sempat buka nombor plat sahaja.

Heely juga menasihatkan pemilik kereta supaya berfikir dua kali sebelum meninggalkan kereta di tempat berisiko. Beliau mencadangkan semua orang mengunci kereta dan memarkir di garaj atau kawasan selamat.

BACA >>> Lexus LX570 Paling Banyak Jadi Buruan Pencuri Kereta Jepun Sepanjang 2020
BACA >>> Penghantar Barang Amazon Kena Pecat Sebab Curi PS5

Mercedez kena lerai[3]
Mercedez kena lerai[1]
Mercedez kena lerai[5]
Mercedez kena lerai[2]
Mercedez kena lerai[4]

SUMBER: WonderfulEngineering

344
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Britain, Mercedes-Benz C-Class, Pencuri, Pencuri Profesional, Roda4, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my