• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penghantar Barang Amazon Kena Pecat Sebab Curi PS5

Penghantar Barang Amazon Kena Pecat Sebab Curi PS5

November 30, 2020 By Azizi H Leave a Comment

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MISTERI kehilangan barangan tempahan atas talian terbongkar apabila seorang lelaki didapati mencuri bungkusan berisi Playstation 5 (PS5). Insiden itu berlaku di Britain membabitkan seorang pekerja penghantaran barangan Amazon yang kini dipecat serta-merta.

Salah laku penghantar barang itu sempat dirakamkan kamera seorang pelanggan, Jenni Walker yang membeli PS5 sebagai hadiah harijadi untuk anak lelakinya yang ke-16 tahun.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2020/11/Curi-PS5.mp4

Rakaman video itu dikongsikan suami Jenni, Richard Walker di media sosial yang menunjukkan penghantar tersebut membawa masuk semula kotak PS5 ke dalam van yang sepatutnya dihantarkan ke rumah pelanggan.

Susulan insiden itu, Jenni pantas menghubungi Amazon yang menyatakan akan menyiasat kejadian berkenaan. Bagaimanapun, Amazon sekadar menawarkan baucar hadiah bernilai £5 (RM27) sebagai ganti rugi sebelum dinaikkan kepada £50 (RM272), termasuk memulangkan semula wang.

Jenni tidak berpuas hati kerana mahu Amazon bertanggungjawab menggantikan unit PS5 tersebut. Jadi dia nekad memandu untuk bersemuka sendiri dengan bos syarikat berkenaan. Selepas menonton rakaman video, bos Amazon akhirnya mengakui penghantar barangan itu ialah pekerjanya dan memberi jaminan akan memecat pekerja berkenaan.

Amazon dalam kenyataan rasmi berkata;

Kami ada standard sangat tinggi untuk perkhidmatan penghantaran kami dan cara mereka melayan pelanggan. Penghantar yang terlibat tidak lagi buat penghantaran bagi pihak Amazon."

SUMBER: 9GAG | OxfordMail

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amazon, auto terkini, Playstation 5, PS5

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my