Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Suzuki GSX-S150 dengan Fork USD, Swingarm R15
Bikin Auto

#BikinMotor: Suzuki GSX-S150 dengan Fork USD, Swingarm R15

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI GSX-S150 mempertahankan reputasi sebagai sportbike kompak serba canggih dengan penampilan moden yang sesuai trend masa kini.

Model berkenaan dijana enjin 147.3cc yang mampu menghasilkan kuasa 18.2bhp dan tork 13.8Nm serta dipadankan kotak gear manual 6-kelajuan. Bagi menawarkan tunggangan mantap, roda depan menggunakan suspensi jenis fork teleskopik dan monoshock di belakang.

Bagaimanapun, GSX-S150 yang anda lihat ini sudah tidak lagi menggunakan suspensi standard dari kilang. Pemilik dari Negara Seberang, Rivan merombak bahagian roda GSX-S150 miliknya dengan menggunakan komponen dari pesaingnya iaitu Yamaha R15. Jentera itu kelihatan padat dengan menggunakan fork terbalik (USD) dan swingarm pesaing itu.

Pemasangan fork USD itu turut mendapatkan stereng asli daripafa Yamaha yang kemudian dipadankan dengan kaliper depan GSX-S150. Master brek depan diambil daripada Kawasaki ZX-25R, set rim dan cakera original Honda CBR250RR serta dipadankan tayar Pirelli Rosso Sport 110/50.

Gear belakang menggunakan CRF uk 47/428 dan gear depan Satria FU uk 14T/428 bersama rantai SSS Oring. Komponen lain yang turut digunakan termasuklah kaliper brek belakang Brembo 2P, braket kaliper belakang/depan kustom, penapis Ferrox.

Pemasangan swingarm bukan plug-and-play, tetapi dikustomkan di bahagian sambungan antara frem dan swingarm, dan penapis kotak udara juga mesti dikemas kini serapi mungkin untuk mengelak tamparan ayunan dari swingarm itu sendiri.

“Untuk USD sebenarnya saya rancang gunakan Xabre 150, tapi kurang gagah kalau dilihat dari segi stereng, jadi saya ambil keputusan menggunakan stereng R15 VVA, keras tapi ganteng.

“Komposisi gear 14 dan 47 untuk motor ini disebabkan nap gear CBR250RR terlalu lebar dan perlu dipotong nipis, hingga perlukan gear yang cukup lebar dengan guna gear CRF ke nap gear yang sudah dipotong sekitar 1mm untuk memudahkan memasang gear tersebut.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Supra GTR150 Tukar Enjin CBR250RR dengan Kuasa 36.3hp!

“Dan ukuran gear depan 14 untuk menjaga tork tetap responsif dan bertenaga, terbukti kelajuan 150kmj dapat dengan mudah. Bahagian enjin langsung tidak berubah, semua original, termasuk palam pencucuh juga,” jelasnya.

Dari segi pembiayaan Rivan sudah melabur sekitar Rp15 juta (RM4,267)  kerana proses modifikasi berkenaan berjalan secara berperingkat dan GSX-S150 itu digunakan khas untuk tunggangan jarak jauh.

BACA >>> Thailand Lancar Suzuki GSX-S150 SE
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Sportbike Supaya Kekal Anggun, Bersih

 SUMBER: IwanBanaran

GALERI
bikinmotor kustom Modifikasi suspensi Suzuki Suzuki GSX-S150 SUZUKI Malaysia Automobile
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Urban Automotive perkenal dua projek besar Land Rover Defender
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Urban Automotive Rai Ulang Tahun ke-10 dengan Dua Projek Besar Land Rover Defender

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026
    Nissan Frontier Ultimate Build 2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build Tunjuk Keupayaan Overlanding dengan Enjin 3.8L V6

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.