• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Honda Supra GTR150 Tukar Enjin CBR250RR dengan Kuasa 36.3hp!

#BikinMotor: Honda Supra GTR150 Tukar Enjin CBR250RR dengan Kuasa 36.3hp!

June 9, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

14k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODIFIKASI mat motor Indonesia memang bukan biasa-biasa. Misalnya, model Supra GTR150 (Malaysia: RS150R) yang sedang anda lihat ini bukan lagi menggunakan trenkuasa asal 149.16cc DOHC berkuasa 16.1hp @ 9,000rpm dan tork 14.2Nm @ 6,500rpm.

Walaupun prestasi sedia ada sudah cukup bertenaga dengan kelajuan maksimum 122kmj dan pecutan 0-200m sepantas 10.7 saat, tetapi angka tersebut belum mampu memuaskan hari pemilik GTR150 ini.

Pemuda dari Jogyakarta, Fandi memilih menyalin enjin Honda CBR250RR pada kapcai miliknya itu. Nampak macam senang, tetapi bukan mudah kerana enjin berkapasiti lebih besar itu perlu dimuatkan seeloknya dalam frem kapcai. Ini memerlukan dia membuat frem tambahan untuk memuatkan enjin 250cc tersebut.

Jalinan casis mirip model siri CB dengan bahagian depan dibuat paip kiri kanan untuk mengikat enjin selain rangka tengah dirombak semula.  Bahagian mounting tengah berubah keseluruhan, manakala saiz enjin besar memaksa Fandi menggantikan swingarm dan monoshock. Ekzos standard pula digantikan dengan ekzos freeflow, begitu juga fender belakang.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Yamaha Y15ZR V3 Baharu dengan Enjin 155 VVA, Keyless!!!

Mod Honda Supra GTR150_2
Mod Honda Supra GTR150_3

Apa tidak dapat dipastikan adalah aspek elektrikal dan ECU kerana tidak didedahkan Fandi. Sepatutnya ada perubahan kerana tetapan enjin CBR250RR dan Supra GTR150 adalah berbeza. Pasti sangat mencabar kerana dia memerlukan ECM yang mampu melaraskan suntikan bahan api pada enjin 2-silinder GTR150 yang sebelumnya cuma silinder tunggal.

Jika itu berhasil, kuasa 36.3hp @ 12,500rpm dan tork 22.5Nm @ 10,500rpm milik CBR250RR kini menjadi Supra GTR150. Oppss... sepatutnya disebut GTR250!

BACA >>> Honda Indonesia Perkenal Supra GTR150 Facelift, Kini dengan Lampu Signal Capang

GALERI
Mod Honda Supra GTR150_4
Mod Honda Supra GTR150_5
Mod Honda Supra GTR150_6
Mod Honda Supra GTR150_1
Mod Honda Supra GTR150_3
Mod Honda Supra GTR150_2

SUMBER: IwanBanaran

Artikel Berkaitan

14k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Auto, bikin motor, bikinmotor, Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda CBR250RR, Honda Supra GTR150, Kapcai, Modifikasi, Moped, Restorasi, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my